05 July 2011

SELAMAT DATANG RUMAH BARU

Hampir 6 hari aku tak update blog ibarat macam setahun tak jumpa internet. Maklumlah orang macam aku gila berblog mestilah rindu nak menulis walaupun cerita itu hanyalah pendek. Okey, dipendekkan cerita hari Khamis bertarikhkan 30.6.2011 aku dan family dari Besut bertolak ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan rombongan sekolah mak aku. Mak aku ni semua ahli keluarga kami diangkut sekali pergi KL, waah gembiranya! Hehe.  

Hari Jumaat rombongan kami ke beberapa tempat sehinggalah petang pergi The Curve dan Sogo. Aku tengok cikgu-cikgu perempuan dah rambang mata macam tak ingat dunia. Masuk saja pusat membeli-belah "Sale!Sale!Sale!". Hah, itu saja kerja diaorang sampai lupa nak makan. Beria-ria shopping sakan sangat pun tak boleh jugak. Aku cuci mata je dan malam tu jugak kawan aku, Edd Luigi ambil aku dari Bangi pergi ke Selayang kat rumah Asean. Rindu gila dengan diaorang ni kalau boleh nak buat tarian poco-poco + shuffle je. Rindu beb!

Keesokkan harinya (hari Sabtu), petang tu aku, Edd Luigi dan Asean pergi ambil adik aku, Fatma tercampak kat Shah Alam kat rumah Sis Long. Aku bawak balik budak kecik tu duduk sekali dengan aku kat rumah Asean. Esoknya hari Ahad, aku, Edd Luigi, Asean dan Fatma pergi ke LRT Masjid Jamek ambil Nadiah Zaini dari Perak nak pergi ke suatu tempat.

Tempatnya ialah ke Sentul. Sebenarnya, di Sentul ada rumah sewa yang kitaorang nak duduk. Kalau ikutkan dalam dilema jugaklah sebab fikir tempat tinggal. Okey, tahu result dapat asrama atau tidak pada 21.7.2011. Start belajar pulak 24.7.2011. Tak ke termengah-mengah nafas dan berbelit-belit wayar otak nak fikir nak duduk rumah sewa atau asrama. Mana taknya tarikh nak tahu asrama dengan start study dekat sangat. Kalau dapat asrama tak apa lah tapi kalau tak dapat? Naya jawabnya. So, aku buat keputusan aku duduk rumah sewa walaupun hakikatnya nak duduk asrama sebenarnya,huhu. Puncanya, pengambilan pelajar tahun ni dua kali ganda sebelum tahun aku. Asrama pulak tempatnya kecil dan kebiasaanya pelajar tahun 1 diberi keutamaan dahulu tingal di asrama. Lorh, sedar tak sedar aku dah masuk tahun 2. Dah jadi senior. Wow!

Sudahlah, aku tak nak pot pet banyak sangat sebab aku nak tunjuk beberapa gambar yang aku snap kat rumah sewa sebagai rumah kedua aku selain rumah di kampung. Macam biasa la aku jadi jurugambar bertulis,hehe.. Jom..




Tengah menunggu Encik Mauri dengan Puan Hazlina datang kat rumah..


Penaja utama gambar wajib kena ada lagi.. Biasa la gila glamour katakan..haha
Aku dengan adik, Fatma.



Ini saja barang yang dibawa nak bersih dan cuci rumah tersayang..


Siap ada pintu gate lagi.. Okey jugak sebab keselamatankan.. 
Rak kasut pun ada jugak...


Pintu rumah sewa yang bakal disentuh-sentuh oleh penghuni baru nanti..


Wahh, terpesona aku dibuatnya. Cantik. Besar. Luas
Siapa ada dua kipas syiling lagi. Meja makan yang sudah ada di situ.
 Kabinet untuk televisyen pun ada juga (belakang meja makan). Sukanya!


Ruang tamu dari depan pintu. Luas
Korang nak buat shuffle nak tergolek-golek macam ayam golek pun boleh. 
Sejuk. Nyaman. Tenang
Itu saja yang dapat aku komen bila jejak kaki ke ruang tamu.


Ini lorong gadis-gadis dalam rumah ni. 
Apa lagi aku pun serbu la tengok setiap bilik.


Ini bilik paling besar tau. Ada sekali dengan tandas. 
Bilik ni share dengan empat orang
Aku, Edd Luigi, Asean dan Nadiah Zaini.
Itu bukan model bilik okey. Sekadar gambar hiasan.kihkih.



Inilah bilik air dalam bilik paling besar. Boleh tahan jugak bilik air dia. 
Tak adalah sempit pun. Sederhana je.
Kalau setakat korang nak basuh baju ala-ala tebar roti canai
 macam kedai mamak boleh sangat la.. Hehe..


Ini bilik medium. Boleh tahan jugaklah bilik ni. 
Kalau nak berdua atau bertiga orang kongsi dalam satu bilik boleh tahan. 
Selesa. 


Ini bilik small. aku tengok gaya bilik tak macam small pun.
Dah macam gaya bilik medium je. Huhu. Luas dan selesa.
Nak share dua orang pun boleh kot tapi nak privacy mestilah sorang-sorang je..


Ini bilik air untuk bilik medium dan small. Bilik air ni pun okey juga
Sama macam bilik air dalam bilik paling besar.
 Korang nak buat gaya tebar basuh baju ala-ala roti sardin ke telur boleh sangatlah tu.. Hehe


Ini dapur. Ya, aku suka dapur ni. Tak sempit. Luas. Selesa.
Kalau nak tengok mana-mana rumah pastikan tengok bahagian dapur dulu. 
Penting sebab hari-hari kita nak masak kena la selesa.


Ini tempat sebelah dapur. Ruang nak sidai pakaian.
Selesa jugak sebab  ruang dia panjang.


Selepas serbu semua setiap bahagian bilik dalam rumah barulah kami berkumpul.
Berbincang tentang agreement dan beberapa perkara.
 Kesimpulannya, kami berempat sangat berpuas hati dengan rumah sewa kami ni. 
Ish, tak sabar-sabar nak duduk rumah sewa ni nanti.


Ini pemandangan luar dari tingkap ruang tamu.
 Lupa pulak nak bagitahu rumah sewa kami bertingkat pada 22 daripada 23 tingkat.
Mak oii, tinggi!
Kalau aku nak tunggu masuk lif agak-agak sempat la kot aku nak lipat baju dulu ke. Hehe.

Aku puas hati dengan rumah sewa ni apabila :

Di ruang tamu dan setiap bilik ada kipas. Menjimatkan duit kitaorang tak payah beli kipas.

Bilik air yang sangat selesa dan tempat shower dijarakkan sedikit dari tempat tandas.

Ada gate di pintu rumah dan setiap tingkap bilik dan jugak bahagian dapur,

Setiap bilik yang selesa dan menyenangkan.

Nyaman, sejuk dan tenang sangat.

LRT depan kawasan apartmen rumah sewa dalam sekitar 5 minit berjalan kaki.

Kemudahan kedai runcit, pasar malam, kedai  makan dan teksi berdekatan bila keluar dari kawasan apartmen.

Sistem keselamatan apartmen kemas, selamat dan ketat.


 Okey.. Itu sahaja pasal rumah sewa. Puas hati. Apa-apa pun ke mana aku pergi sekalipun aku tak lupa bawa  kekasih hati sekali.

Kura-kura tersayang, Baby

SELAMAT DATANG RUMAH BARU :-)


Post a Comment