18 July 2011

KENA PATUK ULAR!



Aku dengan dua orang sepupuku, Ayu dan Mirul pergi jalan-jalan ke suatu tempat. Aku tak pasti apa nama tempat tu. Sedang jalan-jalan ada seekor ular berwarna putih muncul tiba-tiba. Tak disangka ular putih tu datang serang kami. Tiba-tiba aku terkena patukan ular putih.... Lepas tu ular putih tu mati sebab kena pukul dengan orang ramai. Kasihan...

"Itu aje la Ayu mimpi semalam!" bangun dari tidur dan celik mata Ayu bercerita tentang mimpi dia. Aku tersenyum. Mimpikan mainan tidur. Aku tidak kisah sangat mimpi aku kena patuk ular sebab itu mimpi Ayu. Kalau aku yang mimpi aku ambil kisah jugak, haha. Alah, mimpi aje la kot bukannya benda serius sangat pun tapi kadang-kadang mimpi jugak boleh jadi petunjuk untuk kita. Argh, tak ada apa-apalah mimpi Ayu tu. Biarkan saja....


Sebenarnya, aku dah lama tak bermimpikan pasal ular. Kali terakhir aku mimpi pasal ular masa tingkatan 3. Itu pun dua kali aku mimpi lepas tu dah tak ada sampailah sekarang. Mimpi pertama masa tu aku dengan abang kandungku, Abang Ngah naik basikal nak pergi rumah arwah datukku, Tok Cik. Masa nak pergi tu ada seekor ular hitam bersaiz kecil dan kurus melilit di pokok. Mula-mula aku tak bagi Abang Ngah lalu depan ular tu tapi Abang Ngah pergi jugak. Laju betul Abang Ngah kayuh basikal masa melintas depan ular tu. Ular hitam tu melompat dari pokok dan cuba terbang dekat aku. Aku dah menjerit takut. Lepas tu ular tu tak berjaya sebab lompatan dia tak menjadi dan dia jatuh atas jalan. Ular tu tengok je tapi dah tak kejar. Psiko je mimpi ular hitam ni.. Haha..


Mimpi kedua pulak masa tu aku duduk kat rumah arwah Tok Cik dengan Abang Ngah. Masa tengah borak-borak aku tengok la ada seekor ular ni berwarna kuning keemasan. Cantik, bercahaya, tubuh dia sederhana ,kulit dia memang unik dan jinak. Tak garang. Ular tu datang dekat aku nak cuba sentuh aku tapi dia macam takut. Masa tu la arwah Tok Cik tegur dan menegah ular kuning tu jangan usik aku. Aku ingat lagi arwah Tok Cik kata "Jangan kacau cucu aku! Dia masih muda lagi. Tunggu bila dia dah besar..." Dia tak melawan pun dan dia tengok aku je. Ular kuning tu perlahan-lahan pergi dari rumah arwah Tok Cik. Lepas dari mimpi kedua ni aku dah tak ada mimpi apa-apa pasal ular sampailah sekarang ni. Bila sebut pasal ular terus aku ingat mimpi kedua ni dan terbayang teguran arwah Tok Cik tu. Sejak arwah Tok Cik dah tak ada barulah mimpi ular datang balik. Itu pun mimpi Ayu je. Aku harap semuanya baik-baik dan okey.. Amin..

Nota : Meremang bulu roma bila tengok ular. Geli dan takut! Tapi... Aku suka tengok kulit ular sebab cantik dan unik sangat :-)

Post a Comment