06 July 2011

ALHAMDULILAH, RESULT TERBAIK :-)




Bukak portal pelajar ASWARA selepas memasukkan no matrik dan kad pengenalan untuk melihat keputusan peperiksaan semester 2 tahun 1.. Hati berdebar-debar. Gelisah. Takut. Lafaz kalimah Bismillah dengan nama Allah S.W.T aku klik di 'Keputusan Peperiksaan'. Nafas ditarik dengan perlahan-lahan. Kegelisahan dan ketakutan semakin menguasai emosi. Mengalahkan situasi seperti mahu bertemu dengan bakal mak mertua,hehe. Muncul juga keputusan peperiksaan di skrin putih laptop kesayanganku...


*
*
*
*
*

3.48

Aku tersenyum.

Tersenyum lagi.

Alhamdulilah, syukur! Itu sahaja aku dapat katakan. 
Kegelisahan, ketakutan dan berdebar-debar sudah hilang dimamah dengan sebuah senyuman manis keriangan di wajahku. Alhamdulilah.

Keputusan peperiksaan semester 2 lebih baik dan cemerlang berbanding dengan semester 1 : 3.29. Alhamdulilah lagi :-)

Melihat pointer 3.48  aku terfikir sejenak.. Oh hanya 2 nombor sahaja aku perlu dapatkan  dan ditambah untuk melayakkan aku mendapat Anugerah Dekan. Aku tersenyum kembali. Aku fikir aku tidak harus tamak dengan nombor tersebut. Aku berpuas hati dengan keputusanku. Bagi aku itu satu hadiah dan kenikmatan buat aku sendiri setelah bersusah payah menghadapi cabaran menyiapkan segala tugasan dan berperang dengan dunia peperiksaan. Jujur aku akui semester 2 agak mencabar buatku sehingga aku hampir-hampir tersungkur dan menganggap keputusan peperiksaanku nanti mungkin jatuh mendadak berbanding dengan semester 1. Alhamdulilah, Allah mengirimkan kekuatan dan semangat untukku supaya bangkit kembali. Aku bersemangat dan ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan peperiksaan semester akan datang dengan lebih cemerlang. Insya Allah, Amin..

Tapi...

Senyumanku terhenti. Hilang. Terkilan juga ada. Kecewa melihat salah satu keputusan subjek peperiksaanku tercorak  satu bentuk 'C'. Subjek lain pula hanya terhias dengan corak 'A' dan 'B'. Entah, aku memang terkilan. Subjek tercorak 'C' ni aku sudah berusaha bersungguh-sungguh. Tugasan yang sangat susah dan mencabar aku siapkan dengan terbaik walaupun  mahu memberontak tertekan. Kertas subjek ini juga aku jawab dengan terbaik. Tiada satu pun aku tinggalkan soalan yang wajib dijawab. Semuanya penuh. Jadi, di mana kesilapanku?

Sudah. Mahu hentikan bicara tentang kekecewaan itu.

Aku bersyukur apa yang aku miliki. 
Aku gembira. Aku masih mampu tersenyum dengan keputusan peperiksaanku yang menyandarkan aku terus gigih bangkit kekal terus maju
Alhamdulilah, syukur! 
Syukran Ya Allah :-)

Post a Comment