28 July 2011

ASWARA BERPUISI DI KUANTAN


Okey esok terbang ke Kuantan, Pahang..
Ada acara dari Fakulti Penulisan Kreatif..
Selama empat hari katanya..
Entah apa acara yang menanti kami semua..
Pelajar senior iaitu tahun 2 dan 3..
Kura-kura tersayang jugak diangkut bawa bersama..
Moga perjalanan pergi dan kembali kami selamat di bawah lindungan rahmatNYA, 
Amin..

Jadi..

MALAM PUISI WARISAN ASWARA
Bertempatkan di JKKN Pahang di Taman Budaya Negeri Pahang, Kuantan
Pada 30 Julai 2011
Pukul jam 8.45 malam
Puisi dideklamasikan oleh penyair : SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, Prof. Rahman Shaari, Marsli N.O, Teo Wei Sing, Daeng Ramliakil, Roslan Madun, Mohd Ridzuan Harun, Wardah Munirah dan lain-lain lagi.
Anda semua dijemput hadir untuk malam berpuisi..


Okey, motif aku sebenarnya memandangkan aku berada di Kuantan selama empat hari dengan lama dan jayanya.. Maka kemungkinan aku tak akan mengupdate blog dengan entri dengan tulisan panjang.. Hehe.. Nanti bila aku dah balik ke Kuala Lumpur aku update blog ya.. 

Nota : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan  dan Selamat Berpuasa :-)

26 July 2011

HARI PERTAMA DI ASWARA 'DUNIA' SEMESTER 3


Awal pagi aku sudah bangun untuk menyambut hari pertama kembali ke kuliah di ASWARA. Pagi-pagi juga sudah bising dan kecoh dengan suara teman serumahku. Benar, teruja dan gembira menguasai diri masing-masing sehinggakan mereka bersemangat mandi dan bersiap untuk ke kuliah.  Sebelum itu aku sempat bersarapan sebelum ke kuliah kemudian barulah kami menjejak kaki masuk dalam kereta. Ini ada gambar dalam perjalanan ke ASWARA di bawah :

Senyum tak perlu kata apa-apa..
Iyalah memanglah kena senyum je..
Takkan kau snap gambar muka kau boleh bercakap dalam gambar pulak..
Adoiyaai, sengal pulak aku ni. Kihkih.

Boleh pulak korang bergambar depan trafic light yer?
Dah lampu hijau cepatlah drive..
Pon! Pon! Pon!
* Jangan tiru aksi kami bergambar di jalan raya, kihkih *

Okey dah sampai ASWARA dengan jayanya lepas tu kami tujuh orang ni pun menjejak kaki ke ASWARA.. Rindu suasana asrama masa semester 1 dan 2.. ASWARA pun dah bertukar rupa.. Warna-warni sana sini gamaknya aku tengok macam dah koleksi warna tadika.. Suka! Lepas tu kami lepak di Cafe Bunga Raya.. Eh dah ada tv rupanya.. Makin kaya nampak ASWARA ni sebab banyak perubahan kot, haha..  


Hah, sengih-sengih selagi nak sengih..
Nanti dah start study, sibuk dengan assigment korang tak mampu nak sengih..
Monyok dan muram ada la sebab stress dengan study..Haha

Datang cafe bukan nak makan minum pun..
Tolong menambahkan perasa bising dan kecoh aje kitaorang ni..
Haha!

Jadual my fakulti..

Sebut aje pasal jadual aku ada dua berita gembira dan buruk, hehe.. Pertama setelah diteliti-meneliti aku mendapati aku hanya perlu menyibukkan diri dan muka aku kat ASWARA hanya hari Isnin, Rabu dan Khamis sahaja.. Wah, sukanya mak! So, hari Selasa dan Jumaat aku free sangat-sangat dan boleh bergembira berehat di rumah. Okey, sesiapa nak ajak aku keluar dating pergi mana-mana boleh buat temujanji dulu yer.. Nanti isi borang dating dulu lepas tu aku akan tapis mana yang layak je tau.. Ceh, iya-iya je aku ni bajet artis terkenal macam dah 15 kali menang Artis Paling Popular Bintang Harian je.. Hahaha! Gurau je la, hehe..

tapi.....

Berita buruknya hari Khamis jangan siapa-siapa menggedik nak ajak aku keluar dating.. Kenapa? Arrgh, tidak dari pagi sampai petang aku memang kena tayang muka dalam kelas.. Maknanya aku ada empat kelas dalam satu hari, penat tuu.. 

Ya, aku sekarang tahun 2 sebagai senior! Juniorjangan nakal-nakal, tolong hormat senior, jangan berlagak dan angkuh, jaga diri baik-baik daripada kejutan budaya, belajar bersungguh-sungguh dan jom kita berkawan!

Hari pertama di ASWARA sudah ada sesi perjumpaan fakulti penulisan tahun 1,2 dan 3 dengan pensyarah dan dekan. Hari pertama jugak sudah ada sesi berkenalan dengan beberapa junior. Hari pertama jugak sudah ramai orang di cafe walaupun panas sekali pun tapi tetap kecoh dan meriah. Hari pertama jugak sudah masuk dewan kuliah utama (DKU) untuk subjek teras, Bangsawan dengan Encik Rosman. Itu hari pertama.. Hari kedua, ketiga dan seterusnya bla bla bla tak tahu lagi.. Harap semuanya okey! :-)

Ayuh,
MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI
dengan
ASWARA



24 July 2011

MARI MAKAN DURIAN :-)


Okey, kali ni aku nak try buat entri pendek itu pun kalau aku mampu la.. Haha! Tak nak cakap banyak sebab kisahnya pendek je.. Malam kira-kira pukul 9 malam lebih aku, Sis Long, Abang Dee, Abang Ngah dan Kak Ngah keluar mencari durian untuk dijadikan santapan perut kitaorang, haha.. So, memandangkan gerai durian bertentangan dengan I-City berjaya mengumpul keuntungan duit yang banyak sebab semua durian sudah habis disapu oleh pelanggan lain..Abang Dee pun bawak kitaorang pergi ke Seksyen 15 cari durian dan nasib baik ada. Kitaorang pilih-pilih dulu sebelum nak beli.. Tengok gambar kat bawah ni dulu okey.. Macam biasa aku jurugambar yang tak bertauliah snap keadaan sekeliling untuk dipantau,hehe..

Abang Dee tengah sibuk memilih durian..
Tengah pilih durian pak cik-pak cik terkejut pandang aku  belakang diaorang..
Aku lupa kamera aku ada flash pulak.. Mana diaorang tak terkejut dengan pusingan yang sangat pantas,hahaha

Pilih bang jangan tak pilih..
Sebab Abang bawak awek saya bagi diskaun lebih sikit..
Eh boleh pulak aku buat dialog poyo ya? Haha

Suami isteri ni sedang memantau keadaan..Hehe..

Lepas tu kitaorang singgah kat kedai makan untuk minum-minum.. Eh bukan minum-minum aje tapi bersantap sekali sebab lapar sangat kot.. Alhamdulilah, syukur perut duduk diam sebab kenyang.. Okey, kitaorang terus balik rumah sebab plan nak makan kat rumah.. Abang Dee tak dapat join kitaorang sekali sebab ada hal.. Aku usik Abang Dee gaya bunyi macam ni..

"Betul ni Abang Dee tak nak makan sekali? Nanti tengah bawak motor tangan asyik duk lap mulut keluar air liur sebab teringatkan durian.. Lepas tu Abang Dee kata ruginya aku tak dengar cakap Nabilah makan durian sekali..." 

Abang Dee dah gelak aku usik dia.. Haha..Okey, lepas tu masuk rumah kitaorang berkumpul mengadap durian.. Sebelum tu snap dulu sebab kami adik-beradik termasuk Kak Ngah memang gila glamour snap sana sini depan camera, haha.. Nah, aku kasi korang bersantap dengan gambar durian yang aku ambil tak semuanya la tau..





Inilah durian yang telah dibedah oleh doktor Nahar (Abang Ngah).. Haha..

Sekarang aku dah mula sakit kepala.. Urat kepala aku sebelah kanan dah mula perlahan-lahan tegang macam kena tarik.. Dari mata sampai la ke belakang telinga urat kepala aku semakin tegang.. Adoii, sakitnya.. Perut aku pun mula rasa mual nak buat hal.. Tekak aku pun dah mula rasa lain.. Tak mahu muntah-muntah.. Aku benci muntah sebab perit dan pedih.. Tak sanggup wooo... 

Ish baru beberapa ulas makan dah buat perangai betul.. Belum sebiji terus pun.. Dulu aku lagi la susah nak makan durian.. Makan seulas dua aje badan terus panas dan perut meragam nak muntah.. Sekarang ni aku try belajar makan durian lagi walaupun aku tahu kesan dia pun sedap macam durian, haha.. Okey korang aku nak stop kat sini sebab dah tak tahan sakit kepala aku menjadi-jadi..  Harap-harap esok semuanya okey, Insya Allah.. Amin..

Nota : Terima kasih Victoria Vexia untuk petua yang sangat berguna..Nanti saya cuba amalkan okey.. Thanks again :-)

23 July 2011

SUGAR GLIDER : LEMAN SANGKAR SANGAT COMEL!

Hye, korang.. Aku sekarang ni duduk kat rumah akak aku, Sis Long di Shah Alam.. Alah rumah Sis Long ni dekat dengan I-CITY jer.. Agak-agak kalau rumah Sis Long aku tak ada elektrik boleh pinjam cahaya lampu dari I-CITY je.. Kihkih.. Sudah 3 hari aku duduk sini sejak hari Khamis lagi (21.07.2011).. Masuk rumah Sis Long terus aku sebut 'LEMAN'.. 

Eh siapa pulak Leman? Adakah dia suami Sis Long? Adakah dia anak jiran sebelah rumah Sis Long? Adakah dia pemain bola sepak negara? Ahhh, semuanya salah! Hahaha.. Sebenarnya dia ialah seekor binatang yang sangat la comel yang selalu buat aku nak gigit-gigit aje dia.. Okey, Leman Sangkar ni ialah sugar glider jantan dan mempuyai mata yang besar dan bulat.. 

Aku tak nak cerita panjang-panjang sebab aku nak kasi korang tengok gambar Leman Sangkar dulu.. Oh ya, aku sengaja kaburkan beberapa gambar kerana latar belakang agak sensor bagi aku yang bertudung ni.. Faham-fahamlah ye, hehe.. Jom, tengok Leman Sangkar sambil berpot-pet...



Nama dia ialah Leman Sangkar.. Keturunan spesis sugar glider.. Baru empat bulan dibela oleh Sis Long..Sangat manja dan comel.. Kalau dia tak kenal orang dia agak garang.. Bajet melindungi diri dari ancaman musuh, wakaka! Cara dia tunjuk garang ala-ala kucing.. Kalau sentuh jugak dia gigit, haha.. Garang dia tak lama pun sekejap je sebab bila dah sentuh dia lama-lama sikit barulah dia jinak dan jadi budak baik.. Harga si Leman ni RM300..


\

Leman ni suka sangat main bersembunyi dengan aku.. Mula-mula dia akan bersembunyi tepi atau belakang katil.. Lepas tu aku panggil nama dia.. Jeng jeng jeng, tengok dia pun keluar dari katil.. Siap main cak cak dengan aku belakang laptop lagi.. 




Okey, bila dia dah habis main cak cak dengan aku terus keluar dari belakang laptop.. Leman ni suka sangat dengan laptop.. Tengoklah gaya dia sentuh laptop.. Dia sentuh sambil cium laptop banyak kali..



Lepas tu bukan skrin laptop je dia sentuh tapi dengan butang-butang laptop aku dia sentuh.. Tengoklah gaya Leman ni bila dapat main dengan laptop.. Teruja sakan, haha.. Lama jugak dia cuit-cuit laptop aku sampai aku boleh snap gambar dia.. 



Leman suka lompat-lompat mana tempat yang dia suka.. Kadang-kadang penat jugak aku nak jaga dia ni kalau nak main dengan dia.. Nakal betul sampai buat aku geram dengan dia.. Senang cerita Leman ni macam budak-budak yang suka main.. Agak degil kalau dibiarkan lama-lama.. Jadi kalau nak main dengan dia kena pantau selalu..



Okey bila dia dah penat main masa untuk tidur.. Tengoklah gaya dia tidur.. Comelkan? Kan? Kan? Alahai macam baby la Leman ni.. Nak tidurkan dia senang aje.. Kasi dia di tempat gelap sebab Leman ni suka tempat gelap.. Lepas tu biarkan dia duduk tempat gelap dan dia terus tidur.. Tak susah pun nak tidurkan dia ni.. Leman ni dah tak macam gaya sugar glider lain sebab kaum spesis dia yang lain memang tidur tengah hari tapi dia tak.. Dia ni tengah hari still lagi boleh main lompat sana sini..



Dia ni kalau dah tidur memang dah tak sedar.. Tidur lena betul sampai aku usik-usik pun tak nak bangun.. Letaklah kat mana-mana tempat pun memang dia syok tidur lena,huhu..  Comel giler dia ni tidur macam baby.. Lupa pulak Leman ni suka sangat dengan telefon.. Contohnya, dia pantang tengok telefon aku berwarna merah mesti dia berebut nak pegang jugak.. Aku pun hairan dengan telefon pun dia suka main.. Kalau dia nak main sembunyi dengan aku mesti aku tunjuk telefon aku.. Terus dia datang nak sentuh telefon aku..




Aku sentuh dia ni pun tak nak bangun.. Makin syok tidur ada la.. Aku baru nak lepaskan jari aku dia pegang jari aku kemas-kemas.. Amboi, kau ingat jari aku ni bantal golek kau ke? Haha.. Serius, dia memang binatang yang sangat comel.. Leman ni ala-ala versi kucing jugak la.. Suka menikus lepas tu gigit manja-manja.. Bagi la apa benda pun dia memang suka menikus..



Haha.. Tak sopan betul Si Leman tidur.. Ada ke patut tidur mengangkang dah la dalam blog aku ni,haha.. Sebenarnya Sis Long yang buat dia macam tu.. Sis Long nak tunjuk kat aku yang Leman ni ada sayap.. Alahai comelnya sayap dia.. Dah gaya macam sepupu kelawar je, haha.. Kalau rajin urut-urut la tubuh dia sebab nak hilangkan lenguh dia.. Urutnya korang tarik lembut je sayap dia lepas tu lepaskan perlahan-lahan.. Mesti dia suka tapi jangan tarik kuat-kuat.. Menggelepar pulak benda ni kang, haha..



Bila dah bangun apa lagi mestilah nak bergambar pulak..Sepatutnya gambar ni okey tapi sebab Leman tak duk diam-diam tengoklah hasilnya.. Dah la time ni berebut nak pegang telefon aku, kacau betul Leman ni.. Lupa pulak, Leman ni suka bergayut di baju.. Jadi korang pakai la baju lengan panjang ke bagi dia panjat-panjat kat baju.. Dia tak lari ke mana-mana pun.. Kadang-kadang dia suka masuk dalam baju sebab dalam bajukan gelap.. Itulah gaya dia kalau nak tidur sangat..



Akhirnya Leman berposing dengan baik.. Leman ni jinak dan manja sangat.. Dia suka makan benda manis.. Tak susah pun bagi dia makanan.. Roti, buah dan apa-apa je la memang dia makan.. Dia ni kalau time makan kena bersuap.. Manja jugaklah sambil duduk di atas tangan atau riba bila nak makan..Kadang-kadang dia minum air teh selain air putih biasa tu.. Satu je aku tak suka dengan Leman ni.. Kalau nak kencing atau berak bukan nak bagitahu pun.. Suka hati dia je nak derma tempat dia suka kalau nak kencing dan berak.. Haha.. Walaupun dia suka benda ni dengan sesuka hati tapi najis dia tak berbau mahupun berbau busuk.. Okey la kan..

Okey, setakat ni saja aku nak bercerita pasal si Leman Sangkar yang sangat comel ni.. Kejap lagi  nak main cak cak dengan dia lagi.. Kalau korang berminat nak tahu pasal spesis si Leman ni aku cadangkan beberapa blog yang korang boleh rujuk.. Click kat bawah ok..






Okey, aku letak video kalau korang nak tengok aksi Leman ni sebelum aku nak hi hi bye bye entri ni.. 




AKU SAYANG LEMAN SANGKAR!

22 July 2011

MILO, KAU MEMANG TERBAIK!



Kali ni sengaja aku nak buat entri pasal Milo.. Milo? Siapa yang tak suka Milo sila buat muka poyo.. Siapa yang suka Milo sila buat muka tersengih macam dapat duit sejuta sambil tunjuk gigi korang semua.. Kihkih!


Dulu masa aku kecik-kecik aku suka sangat dengan Milo.. Suka sangat-sangat sampaikan asyik berangan nak pergi kilang Milo.. Nak pergi kilang Milo lepas tu ambil semua Milo bawak balik rumah.. Lepas tu nak simpan kat dapur rumah biar jadi stok banyak-banyak.. Hish, dah jadi budak ribena pun dah gedik berangan fantasi..Hehe..


Masa aku di zaman kanak-kanak ribena yang bersekolah rendah memang pantang tengok Milo.. Pergi kedai mesti jeling-jeling kat Milo.. Senang cerita mana-mana tempat yang ada Milo mesti aku jeling sambil gigit bibir nak merasa Milo tu.. Sebenarnya, aku ni suka sangat meratah Milo.. Kerja aku bila Milo ada kat rumah memang ratah dan tolong habiskan Milo kat rumah secepat mungkin.. Lepas tu Mak atau Ayah pun terpaksa beli yang lain.. Kesian diaorang, haha.. Aku memang suka ratah Milo tapi tak suka buat Milo jadi minuman.. Kalau nak buat minum agak susah la aku nak terima hakikat Milo tak boleh kena ratah.. Kena telan semua sekali..



Gara-gara teruja sangat dengan Milo aku sanggup simpan duit semata-mata nak beli Milo.. Masa tu aku still kanak-kanak ribena gigih ni simpan duit baki sekolah lepas tu bila dah cukup mesti pergi beli Milo.. Kanak-kanak lain sibuk beli mainan dan segala bagai tapi aku nampak Milo je,haha.. Bila dah dapat Milo apalagi kerja aku mesti la ratah Milo.. Syok ratah Milo sebab time lidah merasa Milo macam dunia aku yang punya,haha.

Aku ingat lagi ayah selalu pergi rumah arwah datuk di Hulu Terengganu. Arwah nenek tiri aku kalau nampak kereta ayah aku kat pagar rumah mesti cepat-cepat masuk kat dapur. Bukan teruja nak buat air tapi risau aku datang serbu dapur.. Kalau aku dah datang mesti la aku tolong cepat habiskan stok Milo rumah tu,haha.. Arwah nenek tiri aku ni memang takut kalau aku datang rumah arwah datuk. Lepas tu mesti dia cepat-cepat sembunyikan Milo kat mana tempat tersorok sebab tak nak kasi aku ratah Milo. Kedekut betul la, haha.. Alah walau dia sembunyi sekalipun mesti gagal sebab aku mengadu kat arwah datuk aku nak Milo.. Arwah datuk aku ni memang baik orangnya.. Baik sangat dan selalu sangat manjakan cucu dia termasuklah aku sekali.. Arwah datuk pun kasi Milo untuk aku then arwah nenek tiri aku hanya mampu menjeling tajam aje kat aku.. Aku lagilah gedik ratah Milo depan arwah nenek tiri sambil bermanja dengan arwah datuk aku.. Haha.. 

Berbeza pulak dengan suasana rumah arwah datuk sebelah emak aku. Arwah datuk aku ni tak kisah sangat pun kalau aku ratah Milo. Dia tengok je. Tak kata apa-apa pun. Nenek aku pun sama dan tahu sangat hobi aku baik hati tolong habiskan Milo diaorang,haha.. Kadang-kadang nenek bagi aje aku ratah Milo sesuka hati aku je.. Ni yang buat aku sayang nenek,hehe.. 


Gara-gara Milo punya pasal aku terpaksa telan air liur dan mampu menjeling dari jauh dalam kedai runcit.. Masa tu time puasa.. Faham-fahamlah bila berpuasa mesti ada je benda terliur dan mengidam nak merasa apa-apa.. Bila dah buka puasa memang aku cari terus Milo.. Milo!Milo!Milo! 

Sekarang bila dah besar ni aku still lagi ratah Milo, haha! Eh walaupun aku ni still ratah Milo tapi  Aku pun dah boleh terima hakikat..Milo untuk diminum bukan sekadar untuk diratah aje.. So, senang cerita aku memang tak boleh berpisah dengan Milo.. Kalau keluar mana-mana memang Milo watak utama dalam order di kedai makan, restoran dan apa-apa lagi.. Kalau aku tengah marah, sedih dan merajuk kasi aje aku Milo.. Aku ni pantang jumpa Milo memang cepat jadi baik,haha.. Aku suka Milo sebab Milo memang best!

SAYA SUKA MILO!



Nota : Aku nak berehat. Perut aku mengada-ngada sakit mentang-mentanglah musim berbulan ni.. Biasalah perempuankannnnn... Adoii, sakit dan memenatkan! Babai korang & terima kasih singgah blog ni :-)

20 July 2011

NASI AIR... YUMMMY!

Terima kasih buat teman tersayang, Nuru  dan juga adik Nuru, Apih sebab sudi temankan aku menikmati makanan yang aku idam-idamkan sebelum start cuti semester lagi. Nasi air! Eh lupa kalau korang yang guna bahasa Melayu standard mestilah panggil nasi buburkan? Aku ni panggil nasi air sebab akukan guna dialek Besut, Terengganu. I ni budak kampung aje,kihkih..Okey, masa duduk di Kuala Lumpur aku siap ingatkan sepupu-sepupuku, Naa dan Ayu termasuklah kakakku, Sis Long nak makan sama-sama nasi air dengan diaorang. Sayangnya, diaorang tak dapat jugak makan sekali dengan aku sebab masing-masing sibuk. So, semalam aku pun ajak Nuru temankan aku makan nasi air ni. Jom intai nasi air buatan Besut, hehe..


'

 Milo ais satu.. Kurang manis tapi kaw! 
Aku bagi gred A- sebab kedai ni tak pernah fail dengan permintaan aku. 
Best dan cemerlang mengikut arahan pelanggan..


 Inilah dia nasi air atau nasi bubur..
Sedap.. Best.. Syok..
Tambah pulak dengan ayam dan black pepper banyak-banyak.
Perghh, memang bestlah! 
Gred : A


 Nampak aje simple dengan hidangan nasi air dengan Milo ais..
Tak kisah pun sebab yang lebih penting kenikmatan dan kepuasan merasai..
Memang bestlah.. Kalau boleh nak tambah lagi sebab best..
Gred : A-


Alhamdulilah dan syukur..
Kenyang. Puas. Menepati citarasa.
Sebelum naik Kuala Lumpur sekurang-kurangnya berpeluang jugak merasai nasi air.
Jam sudah pukul 6.30 petang.
Mahu pulang.. Pukul 9.30 malam naik bus Sani mahu bertolak ke Kuala Lumpur.
Terima kasih Nuru & Apih :-)

18 July 2011

NIKMATNYA MILO AIS...




Milo ais satu!
"Kurang manis tapi kaw"
Itu trademark saya bila bersuara di mana jua saya berada..
Tidak kira saya tengah bergembira, bersedih, ,merajuk, marah dan apa jua keadaan..
Milo ais tetap di hati..
*
*
*
(MIYLO MEOW)



Nota : Masih belum sentuh apa-apa barang untuk dikemaskan. Malam esok sudah berangkat ke Kuala Lumpur bersama Yien @ Princess Keiko. M.A.L.A.S tapi H.AR.U.S juga melaksanakan apa yang perlu dibuat..

KENA PATUK ULAR!



Aku dengan dua orang sepupuku, Ayu dan Mirul pergi jalan-jalan ke suatu tempat. Aku tak pasti apa nama tempat tu. Sedang jalan-jalan ada seekor ular berwarna putih muncul tiba-tiba. Tak disangka ular putih tu datang serang kami. Tiba-tiba aku terkena patukan ular putih.... Lepas tu ular putih tu mati sebab kena pukul dengan orang ramai. Kasihan...

"Itu aje la Ayu mimpi semalam!" bangun dari tidur dan celik mata Ayu bercerita tentang mimpi dia. Aku tersenyum. Mimpikan mainan tidur. Aku tidak kisah sangat mimpi aku kena patuk ular sebab itu mimpi Ayu. Kalau aku yang mimpi aku ambil kisah jugak, haha. Alah, mimpi aje la kot bukannya benda serius sangat pun tapi kadang-kadang mimpi jugak boleh jadi petunjuk untuk kita. Argh, tak ada apa-apalah mimpi Ayu tu. Biarkan saja....


Sebenarnya, aku dah lama tak bermimpikan pasal ular. Kali terakhir aku mimpi pasal ular masa tingkatan 3. Itu pun dua kali aku mimpi lepas tu dah tak ada sampailah sekarang. Mimpi pertama masa tu aku dengan abang kandungku, Abang Ngah naik basikal nak pergi rumah arwah datukku, Tok Cik. Masa nak pergi tu ada seekor ular hitam bersaiz kecil dan kurus melilit di pokok. Mula-mula aku tak bagi Abang Ngah lalu depan ular tu tapi Abang Ngah pergi jugak. Laju betul Abang Ngah kayuh basikal masa melintas depan ular tu. Ular hitam tu melompat dari pokok dan cuba terbang dekat aku. Aku dah menjerit takut. Lepas tu ular tu tak berjaya sebab lompatan dia tak menjadi dan dia jatuh atas jalan. Ular tu tengok je tapi dah tak kejar. Psiko je mimpi ular hitam ni.. Haha..


Mimpi kedua pulak masa tu aku duduk kat rumah arwah Tok Cik dengan Abang Ngah. Masa tengah borak-borak aku tengok la ada seekor ular ni berwarna kuning keemasan. Cantik, bercahaya, tubuh dia sederhana ,kulit dia memang unik dan jinak. Tak garang. Ular tu datang dekat aku nak cuba sentuh aku tapi dia macam takut. Masa tu la arwah Tok Cik tegur dan menegah ular kuning tu jangan usik aku. Aku ingat lagi arwah Tok Cik kata "Jangan kacau cucu aku! Dia masih muda lagi. Tunggu bila dia dah besar..." Dia tak melawan pun dan dia tengok aku je. Ular kuning tu perlahan-lahan pergi dari rumah arwah Tok Cik. Lepas dari mimpi kedua ni aku dah tak ada mimpi apa-apa pasal ular sampailah sekarang ni. Bila sebut pasal ular terus aku ingat mimpi kedua ni dan terbayang teguran arwah Tok Cik tu. Sejak arwah Tok Cik dah tak ada barulah mimpi ular datang balik. Itu pun mimpi Ayu je. Aku harap semuanya baik-baik dan okey.. Amin..

Nota : Meremang bulu roma bila tengok ular. Geli dan takut! Tapi... Aku suka tengok kulit ular sebab cantik dan unik sangat :-)

06 July 2011

ALHAMDULILAH, RESULT TERBAIK :-)




Bukak portal pelajar ASWARA selepas memasukkan no matrik dan kad pengenalan untuk melihat keputusan peperiksaan semester 2 tahun 1.. Hati berdebar-debar. Gelisah. Takut. Lafaz kalimah Bismillah dengan nama Allah S.W.T aku klik di 'Keputusan Peperiksaan'. Nafas ditarik dengan perlahan-lahan. Kegelisahan dan ketakutan semakin menguasai emosi. Mengalahkan situasi seperti mahu bertemu dengan bakal mak mertua,hehe. Muncul juga keputusan peperiksaan di skrin putih laptop kesayanganku...


*
*
*
*
*

3.48

Aku tersenyum.

Tersenyum lagi.

Alhamdulilah, syukur! Itu sahaja aku dapat katakan. 
Kegelisahan, ketakutan dan berdebar-debar sudah hilang dimamah dengan sebuah senyuman manis keriangan di wajahku. Alhamdulilah.

Keputusan peperiksaan semester 2 lebih baik dan cemerlang berbanding dengan semester 1 : 3.29. Alhamdulilah lagi :-)

Melihat pointer 3.48  aku terfikir sejenak.. Oh hanya 2 nombor sahaja aku perlu dapatkan  dan ditambah untuk melayakkan aku mendapat Anugerah Dekan. Aku tersenyum kembali. Aku fikir aku tidak harus tamak dengan nombor tersebut. Aku berpuas hati dengan keputusanku. Bagi aku itu satu hadiah dan kenikmatan buat aku sendiri setelah bersusah payah menghadapi cabaran menyiapkan segala tugasan dan berperang dengan dunia peperiksaan. Jujur aku akui semester 2 agak mencabar buatku sehingga aku hampir-hampir tersungkur dan menganggap keputusan peperiksaanku nanti mungkin jatuh mendadak berbanding dengan semester 1. Alhamdulilah, Allah mengirimkan kekuatan dan semangat untukku supaya bangkit kembali. Aku bersemangat dan ingin berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan peperiksaan semester akan datang dengan lebih cemerlang. Insya Allah, Amin..

Tapi...

Senyumanku terhenti. Hilang. Terkilan juga ada. Kecewa melihat salah satu keputusan subjek peperiksaanku tercorak  satu bentuk 'C'. Subjek lain pula hanya terhias dengan corak 'A' dan 'B'. Entah, aku memang terkilan. Subjek tercorak 'C' ni aku sudah berusaha bersungguh-sungguh. Tugasan yang sangat susah dan mencabar aku siapkan dengan terbaik walaupun  mahu memberontak tertekan. Kertas subjek ini juga aku jawab dengan terbaik. Tiada satu pun aku tinggalkan soalan yang wajib dijawab. Semuanya penuh. Jadi, di mana kesilapanku?

Sudah. Mahu hentikan bicara tentang kekecewaan itu.

Aku bersyukur apa yang aku miliki. 
Aku gembira. Aku masih mampu tersenyum dengan keputusan peperiksaanku yang menyandarkan aku terus gigih bangkit kekal terus maju
Alhamdulilah, syukur! 
Syukran Ya Allah :-)