12 June 2011

YEAHHH, TERENGGANU MENANG!




Aku duduk dalam bilik sibuk mengadap lappy Compaq kesayanganku lepas tu dengar kepoh suara mak, ayah dan adik aku kat depan tv. Oh,lupa  pulak ada siaran langsung perlawanan bola sepak malam ni antara Terengganu dengan Kelantan untuk Piala FA 2011. Aku pun tidurkan lappy aku lepas tu heret sekali si Spongebob Kuning join diaorang sekali tengok bola sepak. Aku ni nak kata minat sangat pun tak tapi kalau setakat nak tengok tu bolehlah. Alah, like-like je! Aku tengok ramai gila penyokong kedua-dua negeri. Hoho, merah lawan putih, gempak kot.

Masa first start main tu aku tengok dua pasukan ni dah nampak aura semangat main tapi yang paling aku tengok bersungguh-sungguh Terengganu. Mana taknya asyik serang-menyerang Kelantan tanpa henti-henti tapi sayangnya nak boleh dapatkan gol tu memang susah. Tabik la Kelantan sebab dia punya pemain pertahanan kuat  dari serangan Terengganu yang banyak kali jugaklah. Lebih nak tambah 'ketabikan' tu aku bagi kat pemain kesukaan aku, Khairul Fahmi Che Mat @ Apeq. Perggh, dia punya cara nak pertahankan bola dari masuk jaring tu memang kaw-kaw dia halang. Terbaiklah Apeq lu! Penjaga gol Terengganu, Sabrini pun tak kurang hebat jugak. Malam ni nampak dia punya kesungguhan untuk mempertahankan serangan Kelantan dan kali ni nampak kekuatan berbanding sebelum ini.

Kelantan dapat gol pertama lepas tu apalagi Terengganu makin bangkit bersemangat nak lawan balik yang ditambah masa 4 minit. Masa tu aku tengok pemain Kelantan segelintir 'main-main' sebab sangka mungkin Terengganu tak mampu nak 'menceroboh' pertahanan diaorang. Saat-saat akhir, rezeki katakan pemain Terengganu sepak bola lepas tu salah seorang pemain Kelantan, Daudsu 'tertolong' bola tu masuk gol. Kesian aku tengok Daudsu  sebab dia sedih dan mesti kesal sebab masukkan bola tu walaupun tak sengaja. Apa-apa pun kena ucapkan terima kasih kat beliau sebab kiranya 'membuka' pintu rezeki untukTerengganu malam ni.

Lepas tu apalagi tambahan masa lagi la wei sebab seri ni 1-1. Main-main punya main aku tengok Terengganu betul-betul bersungguh serang Kelantan habis-habisan. Cuma kelemahan aku tengok pemain Terengganu bila dah nak hampir jaringan tu dua, tiga orang aje yang ada kat situ. Agak kerugian jugaklah sebab baru nak sepak tak ada pemain Terengganu lain kat situ. Walau pun begitu, akhirnya pemain Terengganu dengan jayanya memasukkan gol dengan usaha 'sendiri' dan Alhamdulilah syukur sangat-sangat kerana juara akhirnya menjadi milik Terengganu. Inilah dinamakan rezeki walaupun di saat-saat akhir tak semestinya kita sudah mengalah. Ada usaha dan kesungguhan maka adalah kejayaan sebagai hadiah terbaik.


Cuma kat sini aku nak persoalkan tentang sikap penyokong bola sepak. Pertama, aku agak kebengangan jugak la sebab pemain tengah sibuk fokus main ada juga segelintir penyokong yang tak cerdik. Kenapa? Mana taknya tak payahlah nak main laser-menyelaser semua tu. Lepas tu campak bunga api segala bagai. Korang ingat ni time nak sambut Hari Raya ke? Ish,ish.. Tak elok buat macam tu. Tak baik buat perangai macam tu. Buat malu aje! Sudah-sudahlah buat perangai tak cerdik ni sebab nanti tempias kena kat orang lain pula.


Kedua, mula-mula awal permainan aku tengok cantik, kemas dan meriah dengan penyokong yang sangat ramai. Bagus tapi masalahnya kemeriahan tu tak lama. Aku tak berkenan dengan cara mana-mana penyokong macam ni, mentang-mentanglah pasukan yang disokong tu hampir kekalahan MAKA nak diangkat punggung nak balik rumah. Tak payahlah sampai nak kecewa dan menyesal segala bagai sampai belum habis permainan bola sepak korang dah nak blah macam tu. Ini ke dipanggil sokongan? Adoiii, tak cukup tu. Tak kiralah pasukan yang disokong menang atau kalah sokongan tu tetap kena ada. Kalau tak ada sokongan semangat dan kesungguhan pemain juga pudar. Paling seronok aku tengok time penyokong Kelantan siap menyanyikan lagu untuk menyokong pasukan Kelantan. Wah, terharulah pulak! Hehe.

Apa-apa pun tahniah buat Terengganu dan buat Kelantan walaupun tak menang tahniah jugak. Kelantan mungkin kali ini tiada rezeki tapi persembahan korang terbaik malam ni. Buat penyokong Terengganu, jom kita raikan kemenangan ni makan kerepok lekor sama-sama. Go Terengganu, chaiyok bebeh! :-)





Masya Allah, terliur pulak aku tengok gambar kat atas ni. Air liur ni aku tahan je sebab bestnya dapat makan keropok lekor. Aku ni dahlah 'hantu' keropok lekor. Mana-mana aku pergi nak-nak kalau ada pasar malam atau singgah ke Kuala Terengganu mesti aku beli. Sedapnya, esok nak mintak parents belikan keropok lekor. Yummy! :-)


Post a Comment