14 June 2011

UBAT GIGI FORMULA DR.RODZI MENAKJUBKAN!



UBAT GIGI FORMULA DR.RODZI 

Aik, apa hal pulak dengan ubat gigi aku post kali ni? Bajet aku dah dapat tawaran dan terima jadi duta ubat gigi pulak, haha.. Sebenarnya, tak ada apa-apa la cuma mahu kongsi bersama korang jer. Aku ni kalau nak promosi produk apa-apa yang pernah aku guna memang aku suka sangat. Bagi je kat aku bahagian promosi dan pengaruh orang tertarik nak dapatkan sesuatu produk tu memang kerja aku, hehe..

Okey, berbalik kepada ubat gigi formula Dr.Rodzi ni sebenarnya ada banyak kelebihan tau berbanding dengan ubat gigi lain. Serius, aku tak tipu korang sebab kalau aku tipu aku dapat dosa. Tak mahulah macam tu! Sebelum aku nak cerita lebih lanjut lagi pasal ubat gigi ni aku nak kongsi pengalaman aku guna ubat gigi ni.

Orang pertama yang memperkenalkan ubat gigi ialah ayahku, Cik Dam Hensem. Masa tu kalau tak silap aku still sekolah rendah lagi. So, bila dah besar ni aku pun dah selesa dan suka sangat guna ubat gigi ni. Mana taknya kalau aku pakai ubat gigi memang terbaiklah. Bayangkan sebelum guna ubat gigi ni terasa ada benda-benda melekat kat celah gigi tapi lepas je guna ubat gigi ni korang nak tahu? Haaa, bersih, cantik, licin dan aku terasa selesa sangat dengan gigi aku. Ringan, entah tak tahu nak cakap macam mana sebab okey sangat-sangat bila pakai ubat gigi ni. Berbeza sangat dengan jenama lain. Alah iklan je lebih tapi tak semuanya menepati apa yang diiklankan. Kalau aku sakit gigi aku guna ubat gigi ni je lepas tu tak letak banyak pun. Letak sikit je sebab sikit pun dah berbuih banyak. Baguskan? Baik korang guna produk ni sebab tak rugi pun :-)


Mesti korang nak tahu lagikan apa yang menarik pasal ubat gigi ni? Jom kita kongsi sama-sama okey..

Ubat gigi formula Dr.Rodzi dicipta oleh Dr.Rodzi. Siapa Dr.Rodzi? Beliau ialah seorang doktor pergigian dalam tahun 1995 yang merupakan orang pertama mencipta ubat gigi gamat. Beliau telah mengambil masa selama 30 bulan untuk mengkaji 2000 penyakit pesakit beliau yang berkaitan dengan masalah gigi, gusi dan rongga mula. Oleh itu, beliau telah berjaya menghasilkan satu formula yang unik untuk mengatasi masalah tersebut dengan ubat gigi formulanyanya. Kehebatan dan kejayaan beliau membuatkan beliau mendapat Anugerah Tokoh Inovasi Sains 1995 dan Anugerah Gemilang 2005.

Lebih menarik lagi ubat gigi formula Dr.Rodzi berbeza dengan ubat gigi lain sebab ia TIDAK menggunakan gelatin dalam adunannya. Ini bermakna ia bersih, suci dan halal. Ia juga TIDAK menggunakan bahan kimia dan ia selamat digunakan. Ia juga menggunakan pati gamat yang tulin dengan adunan herba-herba yang mengandungi eugenol yang boleh mempelbagaikan kegunaannya. Ia juga boleh digunakan untuk kepelbagaiangunaan dengan hanya 1 tiub ubat gigi sahaja.

KELEBIHAN UBAT GIGI FORMULA DR.RADZI

UBAT KUMUR, UBAT GIGI, PECAH MULUT, ULSER MULUT,MENGETATKAN GIGI YANG LONGGAR, PENDARAHAN GUSI ,NAFAS BERBAU, MELECUR, MERAWAT LUKA, JERAWAT, LENGUH SENDI, GIGITAN SERANGGA, MERAWAT BISUL dan SAKIT GIGI


CARA DAN TEMPOH RAWATAN


Sebagai ubat gigi biasa
a. Membersih dan mencegah kereputan - guna hari-hari
b. Mengetatkan gigi yang longgar 7-14 hari
c. Gusi berdarah atau bengkak 1-3 hari
d. Nafas berbau (halitosis) 3-7 hari


Sebagai ubat kumur (campurkan sedikit ubat gigi kedalam 1/2 gelas air suam)
a. Tonsilitis 2-3 hari
b. Sakit tekak dan serawan mulut 1-3 hari


Sebagai ubat sapu (campur dengan air dan sapu)
a. Pecah bibir dan pecah tumit 2-3 hari
b. Kulit terbakar terkena api tiada melecur dan tiada parut
jika disapu serta-merta
c. Luka - 1 hari
d.Gigitan serangga - 1 hari
e.Bisul - 1-7 hari (tiada nanah/bernanah)
f. Sakit gigi - 1-2 hari

HARGA : RM 10.00. Agak mahal jugak la berbanding dengan ubat gigi lain. Korang tengok je saiz dia tak la besar sangat tapi yang penting kelebihan dia untuk kepelbagaigunaan tu. Okey, korang boleh dapatkan kat mana-mana farmasi. Sekian, nak tidur. Mengantuk. Assalamualaikum dan salam sejahtera :-)




Post a Comment