13 June 2011

TAHNIAH HAZAMA AF9!





Tahniah buat Hazama kerana menjuarai Akademi Fantasia ke sembilan yang juga terakhir. Memang tepat ramalan aku teka dan yakin Hazama memang layak menjadi juara AF9 kali ini. Aku menilai Hazama bukan kerana dia seorang artis yang sudah punya pengalaman tetapi kerana dia sangat berbakat. Paling penting Hazama bijak menghargai peluang yang diberikan oleh pihak Astro untuk menjadi sinar bintang di AF9.  Kalau nak ikutkan sebelum ni aku tak tahu apa-apa pun pasal Hazama dan tak berminat nak tahu pasal dia. Sudahlah aku duduk di ostel ASWARA yang tak ada tv jadi lagilah buat aku tak tahu apa-apa pasal AF9 ni. So, bila cuti semester dah start akulah ratu tv asyik klik itu ini tengok cerita apa yang ada kat tv. Then, aku bukak AF9 pulak so kat situ la aku dah jatuh cinta dengan Hazama. Jatuh cinta sebab dia sangat berbakat dengan suara, gaya, kesungguhan, semangat dan aksi dia yang sangat kuat. Lepas tu aku pun dah mula minat kat dia dah tak akan terlepas pun bila giliran dia nyanyi. Hoho..Kawtim la Pak Lang Hazama! :-)

Tahniah juga naib juara AF9, Lena. Yeaah, aku suka perempuan ni sebab dia berbakat woo. First time AF9 perkenalkan pelajar-pelajar ni Lenalah yang berjaya menarik perhatian aku. Aku tak kisah pun orang kata dia gedik sebab aku bukan menilai dari situ. Aku menilai dari suara dia yang serak basah dan seksi tu. Memang mantap Lena kalau dia nyanyi nak-nak bagi lagu rock sikit best jugak. Memang tak sia-sia aku mengharapkan Lena dapat masuk final sebab dia mantap dan kuat untuk menonjolkan bakat dia.

Aku rasa paling tak setuju bab imuniti sebab Fina yang dapat. Entah, aku tengok Fina kekurangan aura untuk menarik perhatian aku sebab asyik terjerit-jerit dengan vokal tinggi dia. Memang la hebat dapat buat vokal naik meninggi tapi terlebih pun tak boleh sebab dah terjerit-jerit aku dengar. Sayangnya, Fina tak dapat menggunakan kelebihan imuniti tu dengan baik. Aku lebih suka kalau yang dapat masuk final ialah Erul. Nasib baik  Fina tak jadi juara AF9 kalau tak kecewalah aku sebab dia tak punya kekuatan untuk menjadi juara.

Sebut pasal Erul ni dia satu batch dengan aku kat ASWARA. Orangnya tak sombong, mesra, baik dan selalu tersenyum tapi aku tak gunakan kelebihan Erul untuk pendapat aku ni. Aku suarakan pendapat aku ni sebab aku tengok Erul ada kelebihan tersendiri yang punya bakat yang cukup kuat. Tidak mengapa Erul walaupun kamu tersingkir tapi ilmu sudah ada pasti menjadi pegangan untuk kamu pergi mana-mana dalam industri seni ni.

Last kali Azri.. Hurm, aku tengok Azri bersungguh-sungguh buat persembahan malam ni tapi agak kekurangan sedikit. Mungkin penyampaian dia tak dapat 'menyambung' dengan perhatian aku dan dianggap kelemahan sikit. Tak apa Azri, kamu sudah ada nama tersendiri dan moga-moga terus kekal beraksi di persada seni dengan identiti sendiri. Kamu harus buktikan Azri, chaiyok! :-)

Aku ni bajet komen dan mengkritik segala bagai macamlah pergi tengok secara live, haha.. Tak, sebenarnya aku tengok AF9 ni depan tv je sambil melentok kepala dengan body kat kerusi malas je, hehe.. Daa, korang babai!

Post a Comment