01 June 2011

STESEN HENTIAN PUTRA : PANAS + PENAT!


Hurmm, meh nak pot pet sikit. 29/5/2011 aku dengan Yien nak balik kampung di Terengganu. Sis Long & Abang Dee datang ambil kitaorang nak hantar ke Stesen Hentian Putra. Sebelum pergi situ, Abang Dee pergi Chow Kit ada urusan sikit jual beli barang. Peerghh, panas giler lepas tu dah la masa lalu kat Chow Kit, Encik-encik tak original warganegara duk gatai tegur-menegur. Sebenarnya, takut jugak lalu situ sebab faham-fahamlah Chow Kit ni macam mana. Tak boleh blah ada yang siap menyanyi lagu 'Kalau Berpacaran'. Dia ingat show macam Allahyarham Sudirman ke? Huahua... Lepas siap beli barang barulah kitaorang gerak pergi Stesen Hentian Putra. Mak oii, ramainya manusia kat situ! Kitaorang terus pergi gerai makan kat tingkat atas. Perggh, yang ni betul-betul menguji kesabaran. Panas tahap antarabangsa! 

Korang bayangkan dah la panas, kipas kebanyakan rosak lepas tu lampu dekat dengan meja. Tak ke panas? Aku dah tak sanggup nak makan dalam keadaan panas macam tu dan aku minum milo ais je. Lepas tu kitaorang turun balik dan ambil barang kat kereta. Hanya Allah saja yang tahu betapa panasnya kat situ. Aku dah berpeluh-peluh dan tak tahan sangat aku ajak Yien tukar baju. Tukar baju beb sebab panas tahap melampau. Masuk toilet pulak bau tak menyenangkan dan agak tidak menyelesakan jugak la bagi aku. Nak tak nak aku dengan Yien  cepat-cepat salin baju sementara tunggu bas datang. Aku tengok jam baru pukul 9.00 malam dan bas bertolak pukul 9.30 malam. Aku berdoa Bas Sani Express kesayanganku datang cepat-cepat, tak tahan panas kot!

Aku risau jugak dengan anak angkat aku, Kura-kura : Baby. Sekali dengan Kura-kura : Baby aku angkut balik kat kampung. Kesian jugak dia kalau lemas dengan keadaan panas, huhu. Pukul 9.30 malam Bas Sani Express dah sampai. Kitaorang bawa barang-barang kat Bas Sani Express sumbat apa yang patut dalam perut bas. Aku naik dulu sebab nak tengok tempat. Aku letak barang dan duduk di tepi tingkap. Lepas tu aku nak turun balik sebab nak jumpa Sis Long dengan Abang Dee dulu. Baru nak bangun Yien datang dengan barang dia yang agak banyak. Aku tak boleh nak keluar sebab tersekat dengan barang Yien. Lepas tu bas dah nak gerak. Aku mesej Sis Long sebab tak dapat turun dari bas tersekat dengan barang. Mujur Sis Long nampak jadi aku hanya mampu melambai ajelah dari jauh, huhu. Sis Long & Abang Dee, sorry tak dapat turun jumpa korang sebelum nak balik. Apa pun, thanks sebab sudi hantar dan temankan kitaorang kat Stesen Hentian Putra.

Bas Sani Express bertolak dan Abang Dee call aku. Dia kata tak elok aku tak salam dengan Sis Long. Hurmm, aku agak bengang jugaklah sebab orang tak boleh faham dengan keadaan aku. Ini kali pertama aku tak sempat bersalam dengan Sis Long. Aku pun tak suka juga buat macam ni tapi sebab benda lain punya pasal buat aku jadi macam ni. Mood aku dari tadi dah slow-slow jadi makin bertambah slow membuatkan aku jadi naik angin. Bengang kot orang kata macam tu kat aku dah la aku ni tak boleh panas sebab aku alahan kulit dan aku terlalu penat! Yien dah faham dengan cara aku yang tak ada mood. Aku sandarkan kepala aku sambil pegang kemas-kemas beg  Baby. Keadaan moody yang menyakitkan hati tambah lagi aku dah mula sakit kepala. Berdenyut-denyut kepala aku ni sakit sampai aku rasa nak hantuk je kepala kat tingkap. Aku tahan aje pening kepala dan cuba tidur. Mahu menenangkan kepala yang sakit dari mood yang entah apa-apa.Aku tertidur.

Pukul 10 lebih aku terbangun balik dan tengok Yien tidur dengan lenanya. Aku jenguk Baby bimbang kalau dia mati sebab sejuk dengan aircond bas. Cuak jugak. Tengok-tengok, Alhamdulilah hidup lagi :-). Sampai kat Merapoh pukul 1 lebih kalau tak silap aku, aku tukar air Baby lepas tu minum dengan Yien. Bas Sani Express gerak balik dalam pukul 2 lebih dan Yien dengan jayanya terlentok balik. Aku? Hurmm, tak dapat tidur. Langsung tak dapat tidur. Sekejap aku usik-usik Baby lepas tu tengok jalan yang gelap. Bosan juga lepas tu aku layan memori dengan seseorang membuatkan aku kerinduan juga pada dia. Entah, aku terasa kehilangan dia walaupun dia ada lagi dalam hidup aku. Layan memori aku tertidur juga dalam pukul 4. Pukul 4 lebih aku tersedar balik dan tengok aku dah nak sampai Jerteh. Aku text ayah aku datang ambil aku. Sampai di Jerteh, aku dengan Yien tunggu family kitaorang datang ambil. Aku menarik nafas lega dan bersyukur sebab selamat sampai ke destinasi yang dirindui.

p/s : ada yang kurang bersetuju dengan aku sebab beli tiket dan naik Bas Sani Express. Yelah baru beberapa hari lalu ada kes bas ni accident dan aku pula cari pasal. Meh nak cakap sikit, sebenarnya accident ke apa semua tu daripada kehendak Allah. Kalau Allah nak bagi kita hidup, selamatlah kita tapi kalau sebaliknya faham-fahamlah ya. Jangan mudah salahkan bas aje tapi ingat juga ketentuan Allah. Terima kasih bas Sani kerana beri yang terbaik dan aku berharap tiada lagi kes accident ya, Insya Allah. Bye korang!
Post a Comment