18 June 2011

SELAMAT HARI BAPA




Masih belum terlambat untuk melafazkan SELAMAT HARI BAPA buat ayahanda tercinta, Mat Adam bin Awang Hamad. Ya,lelaki yang dilahirkan pada 27 Mac 1957 kian meningkat usianya masih kuat menempuhi kehidupan bersama isteri dan anak-anak tersayang. Siapa Ayah? Siapa Abah? Siapa Daddy? Siapa Papa? Siapa Abi? Siapa Walid? Siapa Bapak? Siapa pun mereka adalah punya satu persamaan iaitu lelaki. Lelaki yang punya keluarga dan menjadi ketua yang memimpin isteri dan anak-anak ke jalan kebenaran. Itu sudah pasti :-)

Dulu masa kecik-kecik siapa selalu dukung sambil memujuk Sang Puteri tidak menangis?

Siapa selalu peluk dan cium bila ingin melenakan Sang Puteri tidur dengan nyenyak?

Siapa yang selalu sanggup pagi-pagi mengejutkan Sang Puteri bangun tidur untuk pergi sekolah?

Kalau Sang Puteri sukar mencelik mata siapa yang mendukungnya ke bilik air dan memandikan Sang Puteri untuk pergi ke sekolah?

Kalau balik sekolah siapa yang masakkan sedap-sedap walaupun kepenatan bekerja seharian?

Siapa yang sanggup memonteng kerja gara-gara terpaksa menemani Sang Puteri cengeng pada hari pertama dan kedua di tadika?

Siapa yang sanggup datang ke sekolah semata-mata mahu menyelamatkan Sang Puteri dibuli oleh rakan lelaki?

Siapa yang menemani Sang Puteri ke klinik gigi walaupun sang puteri melompat dari kerusi tak mahu dicucuk jarum?

Siapa selalu menghantar Sang Puteri ke sekolah siang dan malam walaupun mengantuk dan kepenatan?

Siapa selalu sanggup berulang alik dari jauh tempat kerja semata-mata menghantar dan  mengambil Sang Puteri  ke sekolah?

Siapa selalu menghulurkan duit saku sekolah bila diminta oleh Sang Puteri?

Siapa yang selalu akan mengusik dan mengacau Sang Puteri dengan senyuman manis?

Siapa yang sanggup membiarkan Sang Puteri mengejarnya walaupun keadaan tidak sihat?

Siapa yang akan membuatkan Sang Puteri merajuk dan mengamuk?

Siapa yang suka ambil gambar Sang Puteri walaupun tengah menangis?

Siapa yang sanggup merelakan Sang Puteri berusia 12 tahun masih duduk di ribaannya?

Siapa yang selalu bertanya tentang Sang Puteri sihat atau tidak, sudah makan atau belum, kerja sekolah sudah buat atau belum?

Siapa yang membelikan buku nota komputer semata-mata untuk Sang Puteri jadi pandai?

Siapa yang baik hati menunaikan janji membelikan telefon Nokia 6300 untuk Sang Puteri?

Siapa yang selalu buat Sang Puteri kadang-kadang tertawa mahupun geram gara-gara usikannya?

Siapa yang suka panggil Sang Puteri 'musang' sebab suka tidur?

Siapa yang bagi pengaruh Sang Puteri suka tengok WWE sampai sekarang?

Siapa yang suka belikan ayam dan coklat kegemaran Sang Puteri?

Siapa yang selalu mengajar Sang Puteri tentang adab sopan waktu makan, bertemu dengan orang, jaga kebersihan dan menjaga tingkah laku?

Siapa selalu menelefon dan menghantar mms Sang Puteri setiap hari  bila terlalu berjauhan walaupun berada di wad hospital?


Siapa yang terpaksa merelakan tadah telinga bila mendengar Sang Puteri suka menyanyi?

Siapa yang selalu membuatkan Sang Puteri seringkali risau dengan kesihatannya yang kadangkala tidak mengizinkan?

Siapa yang selalu membawa Sang Puteri bila Sang Puteri merengek mahu mengikut ke mana-mana walaupun sudah besar?

Siapa yang selalu bawa Sang Puteri memancing di sungai walaupun Sang Puteri geli pegang cacing?

dan

siapa selalu yang akan.........................

SIAPA?

Sanggupkah manusia ini melakukan apa sahaja buat sang puteri walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga, duit dan apa-apa lagi?

Hanya seorang sahaja yang sanggup berbuat demikian...

:: AYAH ::
:: AYAH ::
:: AYAH ::

Ayah, terima kasih kerana sanggup berkorban apa jua demi anakmu, K.Chik. Walaupun K.Chik selalu nakal dan selalu buat ayah pening kepala tapi ayah tetap layan kerenah K.Chik. Terima kasih ayah. Kasih ayah sampai bila-bila K.Chik junjung dan dakap erat-erat kasih ayah.

 Selamat Hari Bapa, Ayah. Semoga Allah sentiasa merahmati Ayah dalam apa jua keadaan. Doa K.Chik buat Ayah semoga sentiasa diampunkan segala keburukan, sentiasa dalam lindunganNYA , semoga panjang umur dan semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik

Sayang ayah sangat-sangat! Muaaahhhxxx!

Post a Comment