24 June 2011

PERTEMUAN RINDU DI PANTAI :-)


Petang kelmarin aku ada buat 'perjumpaan' dengan teman-teman lama. Sudah hampir setahun tidak bersua mata saling berpandangan tanpa iringan suara mereka. Rindu. Aku telefon teman-teman katakan mahu ketemu kerana rindu. Mereka juga sama dengan aku, baguslah. Mujur Intan, Maryam dan Nuru sekampung memudahkan kerja aku mengambil mereka cuma Azie menunggu di Kampung Raja. Aku pandu kereta menuju ke Kampung Apal untuk 'kutip' satu-persatu mereka semua. Senyuman manis terukir di bibir apabila sudah ketemu. Rindu yang tak mampu diluahkan dalam kata-kata. Cukup hanya senyuman bermakna dari teman tersayang. Cukup teman bertiga ini kuambil terus kutuju ke Kampung Raja. Sampai di Masjid Pengkalan Nyireh, Azie sudah duduk di situ. Ya, sangat kecoh dengan suasana kali ini. Gembira bersua muka. 

Terusan kami ke Pantai Bukit Keluang yang menjadi rakaman memori kami bersahabat. Masing-masing punya bicara bersuara sambil bergelak tawa riang. Lebih riang Maryam membawa anak saudaranya sekali bersama kami. Makan-makan kerepok lekor bersama air kelapa yang cukup menyelesakan perut sambil bergambar. Aduhaii, kecoh dan gamat sekali bila berenam di sebuah meja sahaja. Mata pengunjung memandang kami beberapa kali. Tidak mengapa bising hanya sekali sekala. Paling penting sesi bergambar pasti ada. Serahkan sesi bergambar padaku. Aku ratu bergambar,haha! Jom mencelik mata memandang kepingan-kepingan gambar yang diambil pertemuan rindu kami semua kat bawah..

Makanan penaja utama

:: Makanan kesukaan aku yang wajib dinikmati bila ke pantai ::

Watak Utama : Aku dan teman-teman

:: Nuru : Si gadis pendiam dan pemalu tetapi serasi di hati ::

:: Intan : Teman yang suka bercakap dan menyenangkan  ::

:: Azie : Teman baik yang sentiada di sisi walaupun selesa dengan senyuman ::

:: Maryam : Gadis yang sentiasa ceria dan mesra setiap masa ::

Watak sampingan : Kucing

:: Bercanda dengan wajah yang comel ::

Aksi 

:: Syamel , anak saudara Maryam : Suka makan dan pandai bergambar ::

:: Mahu bergambar ya? Biar aku pula gambarkan untuk korang, hehe! ::


:: Teman yang sentiasa dirindui ::

:: Aku suka dengan senyuman Nuru. Manis! ::

:: Si kecil yang aktif tetapi mencuit hati ::


:: Kenangan gadis PPYT yang sentiasa bergeng ke mana-mana ::

:: Bila bergambar harus terus bergambar,hehe ::

:: Senyum selalu kerana aku sentiasa mengingati kalian walaupun nakal ::

Sedang bersesi gambar awan pula mendung mahu kegelapan. Hati rasa tidak senang hati dengan cuaca yang tiba-tiba berubah. Aku melihat jam berdetik pukul 5.27 petang. Petang masih muda. Belum mahu kelihatan senja tapi aku terus mengajak teman-teman pulang bimbang kalau hujan. Ya, hujan di pantai bagi aku sangat membimbangkan. Masuk dalam kereta dan keluar dari kawasan pantai hujan turun dengan lebatnya. Masya Allah, hujan turun lebat tanpa henti. Kilat pula sesekali muncul mendebarkan aku yang sedang memandu kereta. Ini kali pertama aku memandu kereta dalam keadaan hujan lebat bersama teman-teman. Aku tawakal dan berdoa moga kami semua dilindungi Allah. Bimbang ribut membawa padah. Aku mahu selamat sampai ke rumah bersama teman-teman. Aku menghantar Azie ke rumah saudaranya di Kuala Besut. Hujan masih lebat lagi. Debaran hati masih belum terhenti malah bertambah
kencang. Menakutkan. Selepas menghantar Azie terus kuhantar tiga sahabat sekampung. 

Di Kampung Apal hujan kelihatan mahu berhenti menyimbah bumi. Syukur, moga henti kilat itu. Aku menghantar Maryam kemudian Intan pula. Akhir sekali Nuru kuhantar kerana aku mahu ditemani oleh teman. Takut juga hujan-hujan keseorangan menghantar teman. Lagipun rumah Nuru berdepan dengan jalan raya. Selepas menghantar Nuru barulah aku pulang. Hujan sekadar berintikkan membasahi kereta dan bumi. Hanya lagu menemani aku keseorangan. Alhamdulilah, aku selamat juga sampai di rumah. Syukur. Teman-teman ada masa lagi kita akan ketemu lagi. Nanti hari dan waktu akan diaturkan untuk pertemuan rindu sebelum aku dan Azie berangkat ke Kuala Lumpur kembali. 

Catatan : Tidak sampai sebulan aku duduk di rumah pipiku makin tembam. Bila tersenyum mata menjadi sepet. Tubuh juga memberat. Aduhaai.. Apa sudah jadi? Haha. Tidak mengapa masa inilah mahu menikmati makanan yang enak dan lazat. Nanti di Kuala Lumpur susah mahu dinikmati lagi. Pipi juga tidak setembam itu lagi. Mata sepet mungkin menjadi sedikit besar bila dicelik. Sengaja juga aku berskema mewarkah certa kali ini. Moga kalian terhibur, terima kasihOkey, babai! :-)
Post a Comment