20 June 2011

PENAT TAPI ENJOY!


Tengah syok lena tidur aku dengar suara ayah panggil aku. Aku ni mamai angguk je,haha. Lepas tu ayah tanya "Nak ikut pergi Kota Bharu tak?". Aku angguk je lagi sebab mamai. Malas nak buka mata,haha. Adik aku yang tengah syok peluk aku bangun mendadak. Dia lompat dari katil lepas tu dia keluar dari bilik. Rupa-rupanya nak mandi sebab tak nak kena tinggal,haha! Bersemangat punya budak pagi-pagi buat jogging atas katil kakak kau ya,hehe. Aku yang terkejut dengan jogging katil adik aku terus terbangun,haha. Gosok baju dan mandi segala bagai kasi wangi-wangi sikit terus bersiap-siap. Sebelum nak keluar kami sekeluarga breakfast nasi goreng cap air tangan Mak aku.. Best! :-)

Lupa pulak hari ni hari Ahad. Terengganu cuti sempena meraikan kemenangan suka bola sepak Piala FA 2011, Sukma dan ada lagi. Gembira Adik aku sebab tak payah pergi sekolah. Apa punya budak la,huhu.

Muka happy dapat berjalan-jalan dengan family,hehe
Time ni baru naik kereta dan aku apa lagi mesti la ambil gambar syok sendiri dulu,haha!  Tak sampai setengah jam aku tengok Mak dengan Adik dah terlentok. Aik, cepatnya 'kalah!'. Biasanya aku yang macam tu. Selalu sangat, Family aku pun dah tahu kalau tak bunyi suara aku tu mesti aku dah terlentok baik punya.Hehe. Lepas tu tak berapa lama kemudian kitaorang pun sampai kat TESCO,Kelantan. Jom tengok gambar yang aku snap. Hari ini aku tukar watak aku jadi jurugambar pulak,hehe.

Ayah minum air kasi tenaga sebelum berjalan-jalan. Ayah ni tak boleh berjalan terlalu lama nanti dia cepat penat.
Kasihan ayah :-(

Masuk je tandas ambil gambar, apa hal?Haha
Adik kasi pose sementara tunggu Mak nak bayar kat cashier

Aku pun menyibuk jugak sebab nak glamour! Kihkih..

Mak & Sis Tih tengah 'menderma' untuk TESCO,hehe

Habis je bayar semua barang Adik ajak pergi makan,lapar pulak. Aku tengok jam baru pukul 11.00 pagi. Ish, awalnya makan untuk tengah hari sebab yang breakfast pun ada lagi dalam perut aku ni,hehe. So, kitaorang pun nak keluar dari TESCO. Jeng jeng jeng aku dengan Adik dah jeling-jeling Mak mintak sponsor duit nak beli donut Big Apple sebelum nak keluar dari TESCO. Mak pun dah faham teknik jelingan kitaorang dan bagi duit nak beli donut. Apa lagi kitaorang pun terus belilah donut kesukaan aku tu,yahooo!

Yummy! Sis Tih, Aku & Adik.. Oh Big Apple,lazatnya kamu!
Masuk saja dalam kereta terus bukan donut Big Apple dan bukak mulut masing-masing kasi isi donut nak dimakan. Ya Allah,, sedapnya! Adik aku bukan main laju makan donut tu. Aku pulak tengah syok menikmati kesedapan donut ni. Aku pusing ke kanan tengok donut Adik aku dah habis. Cepatnya!Haha. Okey, lepas je habis makan donut barulah kitaorang gerak nak pergi makan. Tempat makan pilihan kami sekeluarga ialah Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan di Muzium. Kalau korang nak tahu tempat ni memang meletup dan menjadi pilihan ramai. Kalau datang lambat sikit untuk makan tengah hari korang kena tunggu la meja kosong sebab ramai sangat orang makan kat situ. Aku pun suka makan kat situ sebab semuany ada kat situ. Nanti kalau korang nak datang Kelantan singgahlah makan kat sini. Tak rugi.

First time Mak pandai posing padahal dia tak suka bergambar...Hehe

Aku pun nak menyibuk kasi posing dengan Mak sekali,hehe

Model makanan yang tengah control comel,wakaka

Mak dah tak pandang aku sebab tengah syok pilih lauk,hehe

Sis Tih yang batuk-batuk tetap kuat selera makan,hairan aku.. Adik pula bebel suruh aku makan.
Aku memang nak makan tapi teruja hari ni nak jadi jurukamera. Nak buat macam mana,hehe...

Inilah semua lauk dan sayu-sayuran yang kitaorang ambil nak sumbat dalam perut. Aku kalau sayur-sayuran ni memang lemah dan fail. Aku memang tak suka makan sayur sejak dari kecil lagi. Jadi, sayur tu sekadar hiasan mata aku je,hehe..

Ayah ambil nasi aku separuh sebab aku tak mampu nak makan banyak..
Siap 'curi-curi' ayam goreng kesukaan aku. Diaorang semua ni makan ikan keli dan ikan bakar. Aku je nampak daging ayam yang enak dan empuk, hehe.  
Aku order Teh Ais. Biasanya aku pergi mana-mana aku order Milo Ais je dan jarang order air lain.
Sebab tu nama facebook aku MIYLO sebab aku taksub dengan Milo sejak dari kecil sampai sekarang ni,hehe.. Apa-apa pun enjoy makan bersama family.. Best!

Nah ambil kau pergi bayar makanan : RM24.00

Lepas makan Cik Meow memggoda manja nak mintak makanan.
Aku kasi sikit ayam aku.. Alahai comelnya dia ni! Aku suka sangat dengan kucing. Pergi mana-mana mesti aku nak 'tegur' kucing. Sebab suka sangat aku letak MEOW tu sebagai nama Facebook aku : MIYLO MEOW. Kiranya itulah identiti aku yang mudah orang tahu aku ni macam mana.
Lepas makan kitaorang gerak nak pergi ke kedai elektrik pulak. Sis Tih ni nak beli barang dapur untuk bakar-membakar bahan makanan macam biskut dan kuih. Lepas tu, kitaorang pergi pulak ke sebuah kedai yang cukup serba-serbi lengkap dengan harganya berpatutan Sis Tih nak beli barang-barang makanan lagi. Aku ni yang dah terasa mula penat dan kenyang lagi malas nak ikut Mak dan Sis Tih pergi pilih barang. Diaorang ni kalau dah pilih barang bukan main lama lepas tu aku pun mula bosan menunggu. Hari tu aku terkeluar cakap macam ni kat Sis Tih, "Lamanya perempuan membeli barang,hurmm..." Sis Tih kata "Habis tu engkau tu bukan perempuan? Gaya cakap macam orang laki,pergi tunggu dalam kereta." Haha, ya tak ya jugak aku pun perempuan tapi bajet cakap macam orang lelaki. Jadi, aku rela menunggu dalam kereta dengan  Ayah dan Adik. Time menunggu ni la baru aku terlentok sakan. Sedar-sedar Mak dan Sis Tih dah siap beli barang. Perempuan.. Perempuan,haha! Dah pukul 4 petang lebih rupa-rupanya dan kami pun gerak nak balik ke Jerteh. 

Sampai kat rumah aku salin pulak baju sebab nak pergi majlis aqiqah cucu mak saudara aku sebelah Ayah. Adoii, penat gila. Kalau ikutkan tak nak ikut pun tapi kalau tak pergi apa pulak kata family mak saudara aku tu. Aku, Adik, Mak dan Ayah pun pergilah dalam pukul 5.

Dah bertukar rupa.. Jadi gadis melayu pakai baju kurung..

Dalam perjalanan nak pergi rumah mak saudara sambil bawak lemang
Sampai kat rumah mak saudara aku nasib baik orang dah tak ada. Boleh la aku rilex lagi sebab penat sangat. Aku, Mak dan Adik makan kat dapur sambil borak-borak dengan sepupu dan mak saudara. Ayah makan kat ruang tetamu dengan kawan bapa saudara aku. Masa tengah ambil nasi aku mampu telan air liur je sebab ada dua pilihan lauk aku kena pilih. Gulai kambing atau ikan setongkol masak kicap? Dua-dua ni musuh ketat aku dan mampus la aku lepas ni. Kalau makan benda macam tu memang naya la aku sebab aku alahan kulit tak boleh makan sesuka hati. Aku pun ambil ikan setongkol masak kicap sebab nak jaga hati family mak saudara aku. Kalau tak makan terasa pulak diaorang nanti. Aku pun belasah aje lah makan walaupun aku tahu balik ni kejap lagi meradang la tubuh aku ni. Huhu..

Aku pinjam anak sepupu aku yang tengah menangis, Irfan. Muka  aku pun dah tak rupa berseri sebab penat. Oops, pipi makin tembam la.. Balik kampung ni memang makin bertambah berisi la aku gamaknya..Huhu..

Bulatnya mata dia ni.. Dia terkejut sebab keluar flash lepas tu stop menangis.
 Psiko pulak aku tengok gambar ni,haha.

Yeaaay,akhirnya sampai rumah jugak! Penatnya...!
Sampai kat rumah aku terus bukak tudung dan baring atas katil. Ya Allah, penat sangat-sangat. Muka aku pun mula timbul ruam-ruam kecil. Tubuh aku pun mula rasa sakit dan pedih. Hurm, ni gara-gara ikan setongkol masak kicap punya pasal la. Aku pergi mengadu kat Mak,anak manja suka tarik perhatian katakan.Haha. So, time tengah menulis ni aku dah rasa psiko je sebab gatal, sakit dan pedih tahap antarabangsa. Okey habis je siapkan post ni aku nak makan ubat. Tak mampu nak bertahan macam ni woo.. Hari ini hari yang paling enjoy dan gembira bagi aku. Dah lama tak keluar dengan family berseronok macam ni. Makan sedap-sedap dan paling penting makanan yang aku nak semuanya tercapai. Alhamdulilah, syukur sangat. Okey, aku dah nak blah. Makan ubat lepas tu 'lalok' (mamai) mengantuk sebab ubat ni memang ubat mengantuk. Good night! :-)
Post a Comment