16 June 2011

KISAH SEEKOR KERA BERBUNGA



Nama : Cik Bunga
Jantina : Betina
Status : Bujang
Umur : Tak dicatat pendaftaran surat beranak
Warganegara : Malaysia (kihkih!)
Hobi : Suka makan, buat bising dan menangis
Makanan kegemaran : Aiskrim
Perangai negative : Kuat cemburu!
Perangai positif : Mesra dan manja :)

Aik, apa benda pulak la aku letak gambar binatang kat atas tu. Mesti korang tertanya-tanya apa istimewanya aku letak gambar tu sekali dengan biodata dia, haha. Tak ada apa-apa cuma... Rindu! Sudah lama benar tak berjumpa dan mendengar suara dia. Dia dah pergi jauh. Rindu! Kenapa aku ni sengal sangat rindu dengan benda macam ni? Sebenarnya, Bunga satu-satunya peninggalan dari arwah atuk ayah aku. Peninggalan yang cukup istimewa biarpun tiada harta di tubuh berbulu itu sekalipun. Tidak kisah sebab Bunga juga penting dalam hidup aku.

Jom, aku nak cerita tentang Bunga.. Itupun kalau korang nak menyibukkan mata korang celik baca my post kali ni, hehe.. 

Seingat aku arwah atuk bela Bunga dah lama. Tak sure la berapa lama sebab arwah atuk aku ni tinggal di Hulu Terengganu seorang diri. Puas kaum kerabat family aku ajak arwah atuk tinggal dengan kami tapi arwah tak nak. Dia lebih selesa tinggal di kampung asal usul dia mungkin. Jadi, Bunga ni arwah atuk aku pun bela dia. Dikatakan pelengkap hidup dari kesunyian dan kesepian. Suatu hari arwah atuk aku sakit tenat dan mujurlah dia nak dengar kaum kerabat aku tinggal dengan anak dia. So, Bunga pun dibawa balik sekali. Mula-mula Bunga duduk kat rumah mak saudara sebelah ayah sebab arwah atuk duduk kat situ. Lepas tu, arwah atuk aku duduk pulak dengan bapa saudara sebelah ayah aku (adik ayah). Bunga  pulak ayah aku angkut duduk kat rumah kitaorang.

Sebut pasal ayah aku ni dia seorang yang penyayang. Suka sangat dengan binatang. Kat rumah kitaorang ni dah ada banyak jenis bintang ada macam arnab, hamster, ayam, ikan, itik termasuklah si Bunga ni sekali. Kalau boleh rumah kami ni dah macam zoo pulak. Hehe!

So, aku nak imbas balik kenangan masa Bunga ada sekali dengan kami semua. Jom!

First, ayah aku cerita kat aku masa tu Bunga duduk kat rumah mak saudara aku. Bunga ni pandai jugak bab cover-cover ni, hehe. Kisahnya, mak saudara aku bagitahu ada kera jantan selalu datang kat Bunga. Bunga pun layan jugaklah. Siap bergurau senda, entah-entah diaorang pun pandai jugak main bertepuk tangan. Iya-iya jer, kihkih! Hari tu ayah aku datang tengok Bunga dan terkejut Bunga tengok ayah aku sebab masa tu ada kera jantan. Dengan bijak dan pandainya dia buat-buat marah halau si kera jantan tu padahal bukan main mesra diaorang masa tu, haha. Mesti Bunga takut ayah marah dia sebab kawan dengan kera jantan, agaknya.. Hahah!

Bunga suka sangat dengan ayah. Pantang nampak ayah depan mata mulalah tergedik-gedik nak suruh ayah aku tegur dan pegang dia. Itu belum dengar suara ayah lagi. Kalau tak nampak ayah satu sehari mesti Bunga nangis-nangis. Apa benda punya haiwan la, haha. Paling aku menyampah dengan dia bila kalau adik-beradik aku pegang ayah depan dia mesti dia marah. Siap mengamuk lagi. Kadang-kadang ayah pegang ayam pun dia marah-marah. Kuat cemburu betul padahal dia tu haiwan je,haha.

Bunga anti gila bunyi bising. Kalau bunyi motor merempit atau lori lalu depan rumah kitaorang mesti dia marah, siap goncang-goncang pokok lagi. Kira protes la tu, adoiii...

Dulu aku selalu balik awal sikit dari parent dan adik aku kalau time sekolah dulu. Aku bawak motor pergi sekolah dan Bunga akan goncang pokok tu bila nampak aku bawak motor. Tak pun dia bunyi suara bila nampak aku. Tahu aku nak balik rumah. Lepas tu, bila dah sampai kat  rumah aku bagi dia makanan macam kuih. Selalunya, pagi-pagi aku pergi kantin beli kuih. Kadang-kadang beli dua tak pun tiga. Lebih kuih tu aku beli dan simpankan untuk dia. Kalau aku tak bagi dia makanan masa aku sampai kat rumah mulalah nak bising-bising..

Kalau aku bosan petang-petang kat rumah Bunga selalu jadi mangsa aku, haha. Korang nak tahu apa? Aku akan ambil make up shadow yang dah tak nak guna lepas tu kasi mekap kat muka Bunga . Hairannya, Bunga  tak marah pun aku usik muka dia. Time aku make up dia akan duduk diam-diam. Lepas siap aku make upkan dia, aku bagi cd lama yang dah tak guna kat dia. Lepas tu bukan main gedik asyik tengok muka dia kat cd tu banyak kali. Bajet akulah Bunga, si cantik kena mekap dengan anak Cik Dam Hensem (ayah aku), hahah!

Bunga ni pantang betul tengok orang makan. Kadang-kadang family aku beli barang pun sibuk bunyi suara nak mintak makanan. Kadang-kadang aku menyampah jugak dengan Bunga. Mana taknya, kalau singgah kat kedai ayah akan pastikan aku belikan aiskrim untuk Bunga sekali. Jealous jugak ayah aku selalu lebih-lebihkan si Bunga dari anak sendiri, huhu.  Paling kelakar adik aku selalu cepat-cepat berlari masuk dalam rumah tak nak bagi nampak aiskrim kat BungaBungaBunga :-)

Aku rasa Bunga ni agak istimewa juga sebab dia pandai nangis. Betul, susah agaknya nak dengar suara kera menangis. Alah, dia nangis halus je tapi berpanjangan jugaklah. Paling aku geram dengan Bunga time aku tengah syok tengok tv petang-petang masa tu dia pun mulalah nak menyibuk menarik perhatian orang. Pukul 5 atau 6 petang tu memang masa dia. Asyik nangis-nangis je sebab tak ada orang nak main dan melayan dia. Yang menjadi mangsanya aku dengan adik melayan dia. Bawak makanan lepas tu suap dia makan sambil belai-belai dia. Lepas tu Bunga akan senyap, tak menangis lagi. Bunga, rindulah!

Bunga tak suka bergambar. Dia paling takut tengok kamera. Kalau dia nampak kamera atau telefon depan mata cepat-cepat dia akan lari masuk dalam 'rumah' dia. Gambar kat atas tu pun aku curi-curi je. Tak banyak pun gambar pun dan hanya itu saja gambar Bunga boleh jadi kenangan untuk aku :-(

Bunga ni kalau tak orang nak melayan dia korang tahan aje dia buat perangai. Dia akan ambil batu lepas tu dia geselkan batu tu dalam tong besi (rumah dia) banyak kali. Bising gila! Kadang-kadang aku marah dia tapi makin dia gedik gesel batu tu bunyi kuat. Lepas tu ayah aku akan panggil dia dan dia pun stop buat bising. Tahu takut dengan ayah, hahaha!

Bunga  tak suka dengan adik aku sebab adik aku selalu kacau dan buli dia. Pantang nampak adik aku mula nampak taring gigi dia. Kiranya bagi amaran kat adik aku jangan kacau dia, haha. Lepas tu lama-lama Bunga  dah okey dengan adik sebab adik selalu layan dan bagi makanan kat dia.

Bunga  ni kalau orang tegur dia memang mesra. Kalau aku panggil dia mesti dia sahut balik dengan suara dia yang macam budak-budak. Alah, comelnya! Kalau dia tidur sekalipun dia akan bangun bila orang panggil dia. Sebagai upah dia ada tindak balas, aku bagi dia makanan :-)

Tapi, itu semua hanyalah kenangan dan ....

Sebenarnya, banyak kenangan Bunga  dalam hidup aku dan keluarga. Rindu. Bila tengok Bunga  teringat kat arwah atuk. Peninggalan yang cukup bermakna terutamanya ayah aku. Sayangnya, tanpa pengetahuan kami sekeluarga bapa saudara ayah aku (adik ayah) jual Bunga  kat orang lain. Masa tu aku sedih gila dan menitis air mata terkenangkan peninggalan arwah atuk yang dah tak ada depan mata kami. Aku dengan ayahlah paling rapat dengan Bunga . Ayah lagilah sedih sebab dia dah kehilangan Bunga . Ayahlah paling rapat dan suka memanjakan Bunga . Kasihan ayah bila sebut Bunga  mesti ayah diam dan menggelengkan kepala dia. Sedih sebab Bunga  terlalu istimewa untuk kami.

Sekarang ni aku tak tahulah apa nasib Bunga  sekarang. Hidup lagi ke tak dianya. Mesti dia pun terseksa berpisah dengan kami sekeluarga sebab terlalu dimanjakan. Aku risau keadaan Bunga  sebab dia tak diajar panjat pokok dan ambil buah kelapa. Bunga , rindu kat kau. Rumah kami dah sunyi tanpa suara kau, Bunga . Dulu kau ada mesti rumah ni 'meriah' dan selalu bising sebab kau ada. Sekarang dah tak ada. Ayah pun tak sanggup nak buang 'rumah' kau. 'Rumah' kau still ada kat pokok tu, sengaja dibiarkan. Rindu dalam kenangan :((



Post a Comment