01 June 2011

FOBIA : TRAUMA



Aku tengah selak sana sini laman web internet kebosanan pula. Asyik mengadap muka buku biru - FACEBOOK - pun tak boleh jugak. Aku ni suka nak bercerita itu ini dan nasib la korang singgah blog aku. Jom, aku nak pot pet pasal FOBIA : TRAUMA. Erm, bukan ke sama je maksud kedua-dua perkataan tu? Hah, kalau nak tahu sama ke tak korang pandai-pandailah cari sendiri. Haha!

:: Inilah penjenayah DARAH! ::
DARAH

Sebut aje pasal darah ni aku memang terasa agak ngeri dan ngilu jugaklah. Erk, aku memang tak boleh tengok darah sebab ada kisahnya. Korang, bila sebut je darah jari-jemari aku terasa ngilu nak menaip......................... Okey, dah rilex sikit, hehe. Nak sambung balik kisah yang membuatkan aku jadi takut dengan darah. Kisahnya begini masa aku umur 6 tahun, aku duduk kat rumah dengan akak aku. Emak, ayah dan abang aku tak ada masa tu jadi tinggal la kami berdua. Nak dijadikan cerita aku nampak la pisau pencukur kuning atas meja. Aku ni budak yang bengong tak tahu apa-apa rajin pulak 'kelar' jari telunjuk aku. Tak ada apa-apa pun. Aku 'kelar' pulak jari tengah dan erkk...................... Tengok-tengok aku dah menangis sebab banyak giler darah keluar. Aku takut sangat-sangat tengok jari aku berdarah, teruk punyer! Nasib baik Sis Tih ada dan tolong aku masa tu. Jap, aku tengah menggigil ni sebab ngilu ingat balik kisah ni. Trauma aku dibuatnya pasal darah. Korang nak tahu sebab aku takut gila dengan darah aku tak sanggup nak makan cili sos. Mana taknya cili sos sama naik warna macam darah. Aku memang tak boleh makan sebab kalau aku cuba makan jugak aku nak termuntah balik. Sebut je darah automatik aku akan cakap 'eiii, yerkk!'. Jangankan darah orang lain, darah aku sendiri pun aku cuak. Kalau luka, adik aku yang tolong balutkan sebab aku dah rasa nak pengsan tengok darah.. Terima kasih, adik.. Hehe..

:: Stop kejap sebab NGILU! ::

:: Penjenayah kedua, huahua! ::

PISAU

Perggh, ngerinya! Ini lagi parah sebab pisau tajam boleh buat terluka lepas tu keluar darah. Erm, DARAH lagi! Kalau tak silap aku kisah pasal pisau yang membuatkan aku trauma masa aku form 3. Masa tu aku duduk kat rumah dengan Adik aku je. Adik aku ni suruh aku kopek dan potong buah mempelam. Aku ni pulak tolonglah apa yang patut. Masa tengah cakap dengan adik aku pisau tu terhiris jari aku. Makk oiii, mana tak menangis dan menggigil aku dibuatnya tengok darah keluar banyak. Mujur adik aku ada tolong bantu aku hentikan darah. Gara-gara pisau tajam tu buat aku jadi takut nak pegang pisau. Kalau nak tajamkan pensil aku guna pengorek je, nak menyiang ikan atau ayam aku sanggup guna pisau yang tak berapa tajam,nak pegang pisau sekejap aje dan kalau ada sesiapa main-main dengan pisau aku mesti marah. Takut nanti terluka lepas tu keluar darah. Hoho..



JARUM (SUNTIKAN)

Sebenarnya, aku ni nak kata penakut tu tak la tapi sememangnya adalah YA, haha! Kisah aku takut dengan jarum ni gara-gara nurse gigi punya pasal. Masa tu aku darjah tiga kena cabut gigi. Nurse ni pulak kasar juga dia buat sebab dia cucuk jarum dengan 'kejamnya' sampai buat aku menangis. Gara-gara takut dengan jarum aku sanggup lari dari nurse gigi. Nak bukti? Meh aku cerita sikit. Agak memalukan tapi kelakar, hehe. 

Masa tu aku darjah 4 sakit gigi sangat-sangat lepas tu ayah bawa aku pergi klinik swasta memandangkan aku ni trauma nak pergi hospital kerajaan. Doktor lelaki ni spray entah apa kat mulut sampai kebas-kebas dan aku rasa bibir aku seksi sebab terasa macam tebal je, hahah! Beberapa minit kemudian aku masuk balik bilik doktor dengan ayah. Aku baring atas kerusi dan doktor lelaki tu suruh aku buka mulut. Aku buka mulut dan terkejut sebab doktor tu pegang jarum nak cucuk aku. Aku apa lagi lompat dari kerusi sembunyi belakang ayah aku. Doktor dan ayah terkejut sakan tengok aku lari dari kena cucuk. Puas doktor tu pujuk tapi aku tak nak. Kemas pulak tu aku pegang baju ayah dari belakang, kesian ayah. Haha! Doktor tu mengalah dan ayah bawa aku pulang. Sampai sekarang ni gigi yang doktor nak cabut tu ada lagi. Lepas tu ayah aku ni tak habis-habis sakat aku dengan kisah lompat kerusi tu. Aku trauma gila dengan jarum nak-nak cucuk kat gusi. Waaaa, tak nak! Kali pertama aku kena cucuk masa darjah 1 dan kali terakhir masa aku darjah 3. Dah lama aku tak kena cucuk sebab aku ni sangat-sangat la penakut dengan jarum. Aku sanggup makan ubat kalu sakit sangat dari kena cucuk. Kalau jumpa doktor gigi aku tarik Mak, akak dan adik aku temankan aku sekali jumpa doktor. Hehe..

:: Beginilah aksi aku masa nak kena cucuk - GAMBAR HIASAN ::

:: Comel tapi ngeri! ::

ANJING

Haaah, ni nak pot pet pasal anjing. Sebenarnya, aku suka tengok anjing sebab comel punya pasal tapi tengok dari jauh je la. Tak pegang pun sebab mana boleh sesuka hati nak pegang. Nak dikisahkan aku ni study kat ASWARA dan kat situ ada Padang Merbuk. Padang Merbuk pulak ada anjing. Bukan seekor tapi adalah empat ekor gitu. Ikutkan banyak lagi anjing tu tapi aku tak kira pun sebab bukan ada kelas matematik, hehe. Malam tu aku dengan kawan aku, Amy nak pergi Tebing (Medan Selera). Hanya kitaorang berdua je sebab ada kawan aku baru sampai kat Tebing. Masa tengah jalan si Amy ni sengal kata "kalau anjing kejar akulah raja pecut". Aku pun tegur la Amy sebab sengal sangat mulut tu. Aku cuak juga kalau kena kejar anjing. Sampai dekat tepi jalan aku  dengan Amy terkejut sebab ada empat ekor anjing kejar kitaorang. Aku dah nak menangis dan menggigil takut. 

Orang kata kalau anjing datang jangan lari sebab dia makin kejar. Jadi duduk diam-diam lepas tu tunggu dia pergi jauh-jauh. Masalahnya, aku fikir jugak kalau kitaorang jadi patung tak ke naya juga sebab EMPAT ekor. Elok la sorang kena dua ekor. Ish, nayaa....! Aku pun jerit kat Amy suruh lari dan lintas jalan raya sebab aku agak anjing takut nak dekat dengan jalan sebab banyak kenderaan. Apa lagi kelam kabut kitaorang dibuatnya cepat-cepat lari lintas jalan duduk tengah-tengah. Sampai tengah jalan aku tengok anjing menyalak dekat jalan je tapi tak berani datang. Si Amy pulak terkejut sakan dan nasib baik dia tak kena langgar kereta. Pergghh, dramatik la sangat! Aku pun pegang Amy dan tarik dia naik kat tengah jalan. Mujur pemandu kereta tak langgar dia sebab aku turun kat jalan juga. Kesian gila kat Amy sebab menggigil mengalahkan aku sebagai seorang perempuan, haha. Sampai sekarang ni kalau nak lalu Padang Merbuk mesti mata aku liar je tengok sekitar padang, berhati-hati katakan. Kalau aku nampak anjing memang dup dap jantung aku berdebar-debar tahap antarabangsa.

Dah, cukuplah aku pot petnya. Aku dah mengantuk ni. Dah pukul 3.57 pagi! Memang mengantuklah jawabnya. Okeylah korang, aku stop kat sini nak berkongsi cerita yer. Nanti kalau aku rajin aku update lagi blog ni. Babai, muahhhxx! :-)


Post a Comment