15 June 2011

DUNIA MANTERA HITAM





Tajuk : Mantera Hitam
Penulis : Serunai Faqir
Halaman : 416
Harga : RM 16.00


Sinopsis :

Pengembaraan ke alam ghaib ini bermula dari tiga remaja yang bermain dengan semangat duit. Marcel, jin kepunyaan Alfonso de Albuquarqe dari tahun 1511 di kurung oleh Ali Kilat Remang Senja mendapat panggilan tersebut dan ia menyebabkan dia terlontar ke dunia kembali. Akibatnya Nik,salah seorang remaja tersebut diganggu oleh jin yang wujud dari saka keturunan bapanya. Usaha Pakku memulihkan Nik berjaya walau terpaksa melalui kesukaran. Bermula dari situ bermula episod baru dalam diri mereka yang tidak pernah dijangka.

Marcel, jin yang baru terlepas dari ‘penjara’, meneroka suasana baru yang tidak pernah dilihat di zamannya. Ia bertemu dengan pelbagai jin yang pelik bagi dirinya yang berasal dari zaman silam. Alora membantu Marcel untuk membiasakan diri di zaman kini yang serba maju dan moden.

Sementara itu, bermula dari permainan syiling itu, wujud kekecohan yang mengatakan tanda permusuhan dengan manusia bermula. Para jin kafir dari segenap nusantara berkumpul untuk berperang dengan manusia. Pertempuran berlaku di Dataran Melaka semasa pesta Festival Gendang Nusantara sedang berlangsung. Allah membantu hamba-hambaNya yang ikhlas kerana Nya dan kekalahan pihak lawan amat memalukan kaum mereka.

Pertemuan dengan Pakku, Tokku, Pak Chu Deris dan Cikgu Hazit telah mencipta satu sejarah baru bila mereka bertiga iaitu Nik, Hizal dan Tunku beserta Tengku Fauzi dan Suraya telah diberi tugas amat berat untuk remaja seperti mereka. Namun mereka adalah insan terpilih untuk amanat yang berat ini.Mereka berlima menuju ke Bermuda Triangle untuk membawa pulang 2 nyawa yang terdahulu pergi untuk mencari kitab yang direbut dan disimpan oleh jin kafir.

Perjalanan yang mendebarkan bermula di alam ghaib yang tidak pernah mampu dibayangkan. Mereka bertemu dengan beberapa insiden pelik yang menakutkan. Pertemuan dengan jin Islam yang mahu membantu, lebih mengujakan mereka. Tapi telah berlaku seusatu yang dahsyat selepas itu.

Nak tahu lagi kisah selanjutnya? Cepat-cepatlah dapatkan Novel Mantera Hitam segera!


Komen aku sebagai pembaca novel ni :

Novel ni berjaya menarik perhatian terutamanya dengan tajuk dia. 'Mantera Hitam' macam kisah dunia syiriklah pulak tapi kalau korang nak tahu apa makna tajuk novel ni kenalah baca tau..

Sangat berfantasi sambil diselitkan dengan silat yang menggunakan istilah yang sangat menarik. Sebut istilah pula banyak digunakan dalam novel ni dan membuatkan cerita ni lebih hidup.

Walaupun ada unsur kejutan dan suspen tapi penulis bijak kerana dalam dialog pertempuran masih ada jenaka yang mampu buat aku tergelak. Kelakar!

Sebelum ni aku tak ambil kisah sangat pasal alam manusia dengan alam ghaib termasuklah tentang jin tapi kali ni aku ambil kisah gara-gara novel ni. Haha!

Banyak pengajaran dan mesej yang disampaikan oleh penulis dan aku dapat memahami kehendak penulis dalam karya dia. Bagus :-)

Paling aku suka tentang jin sebab pelbagai sifat,bentuk, karenah jin yang ada disebutkan dan diadunkan sekali dengan perbezaan zaman yang kuno dengan moden. Lebih menarik lagi jin siap boleh 'melancong' lagi ke mana-mana tempat sambil menggunakan gabungan sains dan teknologi. Menarik kalau korang nak tahu..

Namun begitu, aku tak puas hati satu je. Di pengakhiran cerita tak berkesudahan. Tergantung. Tak tahu apa yang terjadi dengan nasib watak-watak dalam cerita tu. So, aku tak puas hati aku singgah kat blog penulis ni. Dengar-dengarnya ada sambungan untuk novel ni. Ooh, patutlah buat cerita tergantung sebab ada idea lagi. Bagus-bagus, nak baca lagi ya penulis yang sangat kreatif :-)

Sebelum ni aku tak minat sangat layan novel seram, fantasi dan apa-apa ajelah selain novel cinta tapi disebabkan aku dah jatuh cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid, aku pun layanlah novel ni. Tahniah penulis Serunai Faqir sebab anda berjaya masuk ke senarai penulis top kegemaran saya. Lepas ni saya akan terus mengikuti perkembangan anda dalam berkarya. Good luck!

Okey, buat korang yang asyik sangat melayan jiwa dengan novel bergenrekan cinta segala bagai aku cadangkan korang  sesekali korang tukarlah selera. Apa kata korang layan jiwa dengan novel bergenrekan fiksyen fantasi. Sesekali boleh juga membawa fikiran dengan fantasi yang dapat memberi kesan pada korang. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk novel ni sebab best la. Oh ya, korang nak kenal siapa penulis Serunai Faqir? Jom singgah kat blog beliau, sila click kat bawah ni ya :



Serunai Faqir
Post a Comment