10 June 2011

DUNIA EKZEMA

Okey, kali ni aku nak berkongsi cerita tentang ekzema. Hurm, ada sesiapa tak tahu apa itu EKZEMA? Sebelum korang nak baca kat bawah SILA click post ni dulu : Syhh... Rahsia MIYLO!: EKZEMA. Nanti lepas korang baca tak ada fikir apa benda la EKZEMA tu. Aku nak menceritakan dunia EKZEMA yang terlalu lama dalam hidup aku. Aku nak ceritakan hidup penghidap EKZEMA luar orang nampak tak ada apa-apa tapi dalam tak semuanya seperti itu.

DUNIA EKZEMA

Kalau nak makan apa-apa kena berpantang. Tak boleh makan makanan dengan sesuka hati sebab alahan kulit. Musuh utama aku ialah daging, ikan setongkol dan seafood. Kalau aku makan juga maknanya aku memang mencari nahas. Bukan itu saja, kalau ikutkan aku tak boleh minum air soya, makan telur dan ada lagi tapi aku cuba juga dan Alhamdulillah aku masih lagi bertahan dari alergi. Ke mana-mana aku nak pergi bukan senang nak mencari makanan. Orang fikir aku terlalu cerewet dan memang benar aku cerewat. Aku cerewet kerana EKZEMA kalau tak ikutkan hati aku aku nak baham semua makanan depan mata aku tapi tak mampu :-(

Tubuh aku terlalu sensitif sebab tak boleh terima kejutan cuaca. Kalau terlalu panas boleh timbul ruam, pedih dan gatal-gatal. Sama juga kalau terlalu sejuk pun aku akan alami benda sama. Paling menyiksakan bila dalam  kuliah sebab aircond terlalu tinggi. Kesannya, aku kesakitan, tapak tangan aku mula jadi kebiruan dan kepedihan dan menggigil. Penyakit ni tak tunggu masa dan bila dia nak serang. Suka hati dia aje nak serang. Tak kisahlah korang tengah happy sakan, tidur, study, tengah sibuk pilih baju kat kedai dan apa-apa ajelah memang tak makan saman! Huhu..

Hidup aku ni bergantung dengan ubat. Aku tak suka dengan ubat tapi sebab gara-gara penyakit EKZEMA makin menjadi-jadi buat aku terpaksa bergantung dengan ubat. Bosan asyik tengok ubat. Kadang-kadang nak menangis juga sebab terlalu tertekan tengok ubat. Makan apa-apa ubat pun semuanya sama aje dan susah nak hilangkan penyakit ni. Gara-gara sakit ni aku terpaksa jumpa pelbagai doktor dan aku tak suka buat benda sama je. Ke mana-mana aku pergi ubat wajib ada sekali dengan aku. 

Kos nak merawat penyakit ni bukan murah. Percayalah lebih baik guna duit merawat penyakit ni bershopping, makan-makan dan jalan-jalan. Kos dia agak tinggi sedangkan ubatnya kecil aje. Mahal. Kadang-kadang aku tertekan bila fikir pasal kos sebab asyik menyusahkan mak dengan ayah bayar itu ini semata-mata nak merawat sakit aku. Kesian dengan diaorang. Itu baru bayar untuk ubat belum lagi untuk kegunaan harian aku. Aku beli sabun khas untuk EKZEMAberharga sebuku sabun RM 9.00 lepas tu beli pil tambahan harga yang cukup memeritkanlah jugaknya. Susah weh nak berjimat cermat sebab nak fikir benda lain tak nak tubuh aku sakit.

Aku selalu tertekan dan tension sebab orang susah nak faham keadaan aku. Banyak benda tapi malaslah nak cerita. Menangis? Puas tapi aku menangis dalam hati aje sebab orang tak mudah nak mengerti dunia EKZEMA macam mana. Kalau ikutkan banyak aku nak bercerita dunia EKZEMA tapi cukup-cukuplah dulu. Doa aku harap-harap EKZEMA beransur hilang dan pulih dari hidup aku. Dari kecil sampailah sekarang penyakit masih melekat di tubuh aku. Mudah-mudah Ya ALLAH, Amin..

Pembaca blog kesayanganku, sesiapa ada cadangan, pendapat dan apa-apa aje TOLONGLAH share dengan saya. Kalau ada produk yang bersesuaian untuk penyakit ni TOLONGLAH berkongsi. Kesudian korang diucapkan dengan terima kasih :-)

Post a Comment