16 June 2011

CABARAN BERAKHIR DENGAN JAYANYA


Semalam aku suruh ayah buang ikan bakar  yang aku terlupa nak buang. Dah dua hari rupanya ikan bakar tu aku biarkan dan lupa nak buang. Lepas tu keluar anak-beranak ulat dari ikan bakar tu. Aduiii, aku dah geli dengan ulat. Memang tak la aku nak pegang jadi aku suruh ayah buangkan. Terima kasih ayah, hehe!

Pagi ni aku aku nak cuci segala pinggan mangkuk tapi tercancel. Mana taknya, ayah pergi letak bungkusan plastic sebelah sinki. Lepas tu ada ulat-ulat sedang ‘mengembara’ dalam sinki yang penuh dengan pinggan makngkuk. Aku pulak dah macam nak termuntah sebab geli tengok ulat makin banyak. Lepas tu aku pun breakfast dulu sementara nak rilexkan otak aku fikir pasal ulat putih. Eii, yerkk!

Lepas makan barulah aku bersedia nak serang membanteras ulat yang duk bergembira dalam sinki. Sebelum tu aku ambil air panas aku siram kat sinki biar ulat tu cepat mati. Jahat tak aku? Jahatkan.. Tapi nak buat macam mana sebab aku dah geli geleman sangat dengan ulat-ulat tu. Paling aku takut kalau ulat tu melompat-lompat lepas tu terkam aku. Ish, jauh benar aku berimaginasi… Hahah! Maaf la ulat-ulat sekalian sebab aku bunuh korang dengan kejam. Apa gila aku nak kutip korang satu-persatu sambil aku buat muka menangis konon tak rela?? Memang tak la! Dua, tiga minit lepas tu barulah aku bersedia nak serang ulat. Dah la banyak gila pinggan mangkuk segala dalam sinki.

Tak kisah la banyak ke tidak janji aku tak sentuh ulat-ulat putih tu. Aku pun ambil penyepit makanan kepit satu persatu pinggan mangkuk asingkan daripada ulat. Nak termuntah aku dibuatnya walaupun ulat-ulat dah mati. Jadi satu kerja pulak aku nak bersihkan pinggan mangkuk dari ulat-ulat. Kemudian, akhirnya, berjaya jugak aku bersihkan sinki tanpa ulat. Yeaaah, aku berjaya! Semangat aku nak bersihkan pinggan mangkuk sebab ulat-ulat dah jadi arwah semuanya dan dibuang ke saluran paip sinki, hehe!

Sebenarnya, aku nak tunggu mak aku balik dari sekolah. Nak mak bersihkan sinki dari ulat tapi sebab mata aku serabut tengok pinggan mangkuk duduk berhias kat sinki aku cancelkan. Kesimpulannya, aku dah berjaya dalam cabaran membanteras ulat putih, hehe!
Post a Comment