21 June 2011

ADA APA DENGAN ASWARA?




Hye korang semua.. Kali ni aku  nak bercerita tentang tempat belajar aku. Tempat belajar aku ialah ASWARA. Mesti ada segelintir dalam kalangan korang semua tertanya-tanya apa benda la ASWARA tu? Betul tak.. Sebelum aku nak bercerita apa itu ASWARA aku nak imbas kembali dialog dengan orang sekelilingku.

DIALOG 1

Manusia : Dah lama tak jumpa, buat apa sekarang ni?
Aku : Haha, masih belajar lagi..
Manusia: Kat mana?
Aku : ASWARA
Manusia : ASWARA? Apa tu? Tak pernah tahu...
Aku : Dulu nama dia ASK..
Manusia : ASK? Tak tahulah.. Kat mana belajar ni (mimik muka berkerut semacam)
Aku : Errm, tempat kesenian dan kebudayaan
Manusia : Oh, tempat menari, berlakon, menyanyi tu? (dengan muka terkejut,kihkih!)
Aku : A'ah, kat situ la (aik, tahu pulak sebut benda-benda macam tu. Susah ke nak ingat ASK @ ASWARA ni?)

atau

DIALOG 2 

Manusia IIASWARA.. Saya pernah dengar nama tempat tu. Baguslah belajar. Ni ambil kos apa?
Aku : Alah tempat tu tak adalah glamour sangat pun..Biasa-biasa je, tak ada la setaraf sangat dengan U lain.. Saya ambil kos penulisan.. Menulis je..
Manusia II : Tak kisahlah belajar kat mana pun janji tempat awak U jugakkan? Oh, tak menari berlakon ke?
Aku : Haha, saya ni orang belakang tabir je. Duduk diam-diam je,hehe
Manusia II : Diam-diam pun pandai  menulis jugak. Saya sebenarnya tak sangka awak belajar kat sana. Iyalah mana ada student sekolah agama sambung belajar kat situ. Semua sambung kat Ukan..
Aku : Haha, nampaknya saya dah pecah tradisi ke apa? Tak ada rezeki sambung U, rezeki saya kat ASWARA nampaknya.
Manusia II : Iyalah, saya terkejut awak sambung belajar kat situ. Ni nanti menulis skrip filem la ya?
Aku : Kalau ikutkan nak tulis semua tapi tak pandai sangat,.haha. Baru nak belajar slow-slow. Insya Allah saya mungkin ambil kos penulisan kreatif. Buat buku, cerpen, novel aje.
Manusia II : Eloklah macam tu. Bangga saya ada anak murid dapat belajar kat situ. Glamour dan dapat jumpa artis selalu la... Hehe
Aku : Haha!

Sebenarnya dialog ni panjang lagi sebab manusia ni teruja sangat nak tahu tempat belajar aku. Aku ada cadangkan kat dia kalau ada nak murid dia berminta dalam penulisan dan melukis boleh la mintak study kat ASWARA  Walaupun aku ni lima tahun belajar di sekolah agama tapi tak menghalang aku masuk ASWARA  Paling penting kena kuatkan iman bila duduk tempat kesenian dan kebudayaan. Sila faham-faham sendirilah ya :)

Okey, stop untuk berdialog. Itulah serba sedikit dialog aku kalau jumpa orang. Eh bukan sedikit tapi banyak. Setiap kali orang tanya pasal ASWARA dialognya memang selalu sangat ditayang macam dialog 1. Penat nak menjawab apa itu ASWARA aku la,hurm.... Dialog dua tu jarang sikit,huhu.



::: Latarbelakang ASWARA :::
AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653)
ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.


ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis


Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang ASWARA click web ASWARA : http://www.aswara.edu.my/



Aku rasa cukuplah aku memperkenalkan serba sedikit tentang ASWARA sebab kalau terlebih cerita korang bosan pulak. So aku nak bercerita pula tentang macam mana aku berminat dengan ASWARA.

April 2010 aku sedang membelek surat khabar dan tertengok iklan ASWARA. Aku pun tengok iklan tu dengan teliti dan tak tahulah kenapa aku berminat nak baca iklan tu. Aku pun gunting dan simpan keratan iklan tu. Lepas tu aku bagitahu family aku yang aku nak cuba hantar permohonan belajar kat ASWARA. Mak aku tak berapa berkenan nak setuju aku sambung study kat situ. Ayah aku pulak tak ada kata apa-apa walaupun aku rasa dia pun macam Mak jugak. Aku tak kira aku nak jugak try mintak belajar kat situ dan aku mintak kos penulisan kreatif memandangkan aku terlalu minat dengan subjek Kesusasteraan Melayu. Aku tekad hantar permohonan kat ASWARA juga. 

Aku tak ingat berapa haribulan aku dapat panggilan menyatakan bahawa aku lulus untuk ke peringkat temuduga. Alhamdulilah. Aku khabarkan berita gembira ni kat family aku dan mujur Ayah dengan Sis Tih nak temankan aku pergi temuduga ASWARA di JKKN Terengganu. Kalau nak tahu macam mana temuduga sila click kat sini : http://kuncirahsiahati.blogspot.com/2011/05/pengalaman-interview-aswara.html?spref=bl.

Alhamdulilah, ternyata Allah memudahkan rezeki aku sambung belajar di ASWARA. Aku sangka aku tak akan dapat berjaya sambung ke ASWARA memandangkan interview dia memang terlalu ketat sampai korang tak mampu nak senyum,huhu. Sebenarnya, inilah dikatakan takdir hidup. Ya, walaupun aku tidak terpilih seperti rakan-rakan lain yang tersenyum bangga dapat sambung ke IPTA namun Allah masih lagi berkehendakkan aku mencari ilmu. Syukur :-)

Aku tak sangka aku terpilih masuk ke ASWARA memandangkan aku dulu pelajar sekolah agama. Sekolah agama tidak ada subjek yang berkaitan dengan kos ASWARA. Nama lagi tempat kesenian dan kebudayaan, jauh benar dengan kaitan sekolah agama. Sebab itu ada segelintir guru dan rakan-rakanku terkejut aku 'tergelincir' dari kebiasaan pelajar sekolah agama. Memandangkan aku 'melarikan diri' dari sekolah agama ke sekolah harian biasa tingkatan enam berjaya membuka fikiran aku tidak semestinya terus berada di tempat yang sama. Kita mampu berhijrah ke arah yang lebih baik.

Pada mulanya ada pandangan sinis menyindir dan cuba menjatuhkan aku. Mentang-mentanglah aku ni hanya mampu belajar ASWARA berbanding orang lain di U. Ada dalam kalangan saudara mara jelas cuba 'memboikot' tenpat aku belajar namun tidak kisah pun. Selagi Allah mahu berkehendakkan aku mencari dan menuntut ilmu aku akan teruskan jua. Sekarang bila aku menjadi mahasiswi ASWARA ada antara mereka mula 'mengalah' denganku. Iya, aku kini mampu berdiri dengan kebangkitan dan kekuatan selepas cemuhan dan sindiran dari mereka. Malah, mereka mula tersipu-sipu malu mencemuh aku dan mula terhegeh-hegeh mahu mendekatiku. Sungguh hipokrit!

Akulah generasi pertama yang memecahkan tradisi keluarga kedua-dua pihak mak dan ayah. Aku mencipta sejarah 'tergelincir' ke dunia kesenian dan kebudayaan. Ya, sememangnya saudara-saudaraku kebanyakkan bertetapan dunia akademik 'skema' seperti doktor, guru dan macam-macam lagi. Bila aku dalam dunia kesenian dan kebudayaan mereka semua mula mencelik mata tentang seni. Dunia kesenian dan kebudayaan sebuah warisan yang tidak akan lupus sampai bila-bila kami generasi baru  nekad untuk terus menyambung tradisi warisan berharga itu.

Sebelum ini aku 'buta' tentang kesenian dan kebudayaan tapi selepas masuk ASWARA aku mula 'nampak' segala-galanya. Setahun aku di ASWARA aku mula mengenali apa itu wayang kulit. Wayang kulit bukan sekadar berpatungkan di kain ditemani lampu malah aku sudah pandai bermain notasi lagu wayang kulit. Aku juga kini pandai bermain alat wayang kulit seperti gedombak dan canang. Bagi aku itu sebuah kejayaan yang membanggakan untuk aku berbanding mereka yang mencemuh dan menyindir aku dulu. Di ASWARA aku mula menghargai warisan yang mengekalkan Mek Mulong, Mak Yong, Randai, Bangsawan, Wayang Kulit dan sebagainya. Selama ini aku tidak tahu kewujudan perkara sedemikian tapi kini tidak lagi. Sekarang aku pula memperkenalkan kewujudan perkara tersebut kepada familyku dan juga orang disekelilingku. Ya, sangat teruja.


:: Kelas Wayang Kulit.. Rindu mahu mengulit gedombak lagi (aku berbaju hijau) : ) ::

"Orang seni tidak harus malu. Orang seni harus terus bangkit berjuang dengan ilmuan"


:: SUARA ASWARA ::

Di sini bersemi tunas impian
Berakar budi budaya zaman
Yang melahirkan karyawan berilmu
Sahut cabaran teguh bersatu
Tajamkan pena seindah bahasa
Lagukan irama rentak bahasa
Lenggokkan tari pentas seniman
Layarkan seni catatan warisan
( korus )
Kita laung suara ibunda
Bergema…
Gemilang di puncak dunia
ASWARA…
Kita junjung budaya bangsa
Bersama…
Terbilang dan masyur namanya
ASWARA…
ASWARA tetap berdiri tegap
Melangkah kehadapan bersama tradisi
Tekad semangat penuh jatidiri
Seni dimertabat bangsa dihormati
ASWARA..
dengan

MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA TRADISI - ASWARA



Post a Comment