22 May 2011

UDANG KERING @ UBAT BAHAYA?

Aik, kontroversi pulak tajuk kat atas tu.. Hehe! Sebenarnya aku nak bergosip pasal udang kering dan ubat. Siapa yang nak bergosip sila angkat kaki, haha. Ceh merepek pulak. Dah aku nak teruskan gosip pasal udang kering dan ubat jer. 

Kisahnya begini (Hari Jumaat), pagi dalam pukul 8 lebih aku dengan Nadiah Zaini (Nad) sarapan pagi di cafe bawah hostel. Nad makan roti bakar je dan aku ni pulak ambil nasi goreng + mee goreng separuh. Tengah makan aku rasa macam pelik je mee goreng. Aku suruh Nad rasa dan Nad kata ada udang kering. Alamak, udang kering! Habislah aku kalau makan benda keturunan udang kering ke basah sekali pun sebab aku alergi. Fikir punya fikir sayang pula nak biarkan mee goreng terkapai kat pinggan tu. Aku pun makan jugak. Habis je makan tak sampai 7 minit gitu la gamaknya tangan sebelah kiri aku dah mula merah-merah dan gatal-gatal. Aku pun dah mula takut dan cuak sebab pagi ni ada exam. Aku gosok-gosok je lengan aku sebab tak tahan gatal. 

Lepas tu aku dengan Nad naik bukit nak pergi dewan baru ASWARA. Sampai kat dewan aku terkejut sebab lengan kiri aku dah makin merah-merah macam bercorak pulak, huhu. Lengan kanan aku pun dah mula merah-merah. Dah la bulu roma aku meremang sebab sakit dan pedih lepas tu kena aircond sejuk pulak. Tubuh aku ni pulak tak boleh mengejut sekejap panas lepas tu sejuk memang kena macam kena kejutan elektrik. Makin bercorak la lengan aku. Lepas tu tapak kaki aku pulak dah rasa sakit-sakit dan pedih macam kena cucuk benda tajam. Sakit wooo...! 

Aku mesej Edd Luigi bawak bedak Johnson's Baby time nak datang dewan. Nasib baik Edd bawak bedak dan aku sapu kat lengan kanan dan kiri aku. Lepas aku baru teringat kenapa la sengal aku tak suruh Edd amik krim gatal? Huhu, naya jawabnya! Time jawab exam aku tahan je sakit aku dan tak sabar-sabar nak balik bilik. Habis exam je aku balik bilik dan tengok dah okey sikit sebab aku sapu bedak kot. Masuk je malam dia buat perangai balik. Aduhh, aku ingatkan dah okey sebab aku malas dan tak suka makan ubat.  Tengah study dengan kawan-kawan aku belakang aku pulak gatal-gatal. Dah merah, ruam-ruam dan macam ada corak bulat lagi. Apalah nasib aku,haha! Aku mintak bedak dengan Nad sebab tak nak makan ubat. Habis study je barulah aku makan ubat.

Korang rilex je ek aku makan ubat alergi macam tak nak bangun-bangun dari tidur! Perrgh, kuat giler ubat ni sebab aku memang tak sedar langsung beb.. Korang bayangkan dari semalam sampai pukul 2 petang lebih aku baru bangun. Itupun aku paksa diri aku bangun sebab nak study. Aku terus mandi dan bukak laptop tapi dah macam laloklah pulak, haha. Aku nak ambil benda lain terlupa lepas tu jalan pun tak betul sebab ubat alergi punya pasal. Aku ambil laptop dan baring kat katil. Sebelum study aku tengok movie tapi masalahnya aku tengok separuh jalan je sebab aku tertidur balik dalam pukul 5 lebih. Memang ubat tu buat huru-hara betul hidup aku sampai aku tak boleh nak study. Pukul 6 lebih jugak kot aku terbangun balik dan cari air kopi nak lawan ubat. Banyak jugaklah minum kopi tapi tak berkesan. Aku rasa nak menjerit satu hostel je sebab aku tak nak tidur tapi mata aku asyik nak tertutup jugak. Dalam pukul 11 lebih baru aku boleh celik mata dengan jayanya. Lega sebab boleh study balik. 

Aku ni tak suka makan ubat sebab korang tengoklah kesan dia macam mana. Udang kering dan ubat buat huru-hara je sampai aku tak boleh nak study. Nasib baik tak ada exam sebab hari Sabtu. Lepas ni aku taubat tak nak makan mee goreng tu lagi dan ubat tu pun sama. Biarlah jadi koleksi ubat aku je. Tak mampu kena benda yang sama dan kalau aku terpaksa makan jugak aku patahkan ubat tu jadi 2. Kesan dia tinggi woo... Okey, setakat ni je nak bergosip pasal udang kering dan ubat. Kepada korang yang alergi tu hati-hatilah yer jangan jadi macam aku okey. Meh ,aku tunjuk ubat yang aku beli kat farmasi dan tak kasi aku bangun dari tidur.. Huhu..


:: Ubat ni kecil je tapi sekali kena ambik kau! Huhu ::

:: Ini belakang dia - Cetirizine Hydrochloride ::

Post a Comment