04 May 2011

TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG 'MALIM BONGSU'



TEATER TRADISIONAL MEK MULUNG 'MALIM BONGSU'

6 Mei dan 7 Mei 2011
8:30 malam 


PANGGUNG EKSPERIMEN ASWARA 
Aswara Experimental Theater 


TIKET MASUK: RM10.00
TIKET PELAJAR: RM5.00 

SINOPSIS

Mengisahkan tentang kisah cerita Raja Malim Bongsu yang memerintah  Selindungan Bulan yang mempunyai orang suruhannya yang setia menurut perintah iaitu Awang pengasuh dan Awang Selamat.  Pada suatu hari, Malim Bongsu dan orang suruhannya menjala ikan, baginda telah bertemu dengan Nenek Kebayan di bawah sepohon pokok berhampiran sungai tersebut. Nenek Kebayan itu mengatakan bahawa ikan-ikan boleh didapati dengan banyak di hujung rakit Siti Jagerlan. Siti Jagerlan telah melarang Malim Bongsu dan orang suruhannya daripada menangkap ikan di situ dan menyuruh Malim Bongsu bersama orang suruhannya pun kembali ke istana.

Seberapa purnama kemudian, Malim Bongsu bersama Awang Pengasuh pergi mengembara. Malim Bongsu bertemu dengan Siti Jagelan sekali lagi. Mereka mengikat janji iaitu Siti Jagerlan akan bertukar menjadi Siamang  Gila yang bertapa di puncak gunung sekiranya  tidak  berkahwin  dengan Malim Bongsu. Manakala Malim Bongsu  bertukar menjadi ular naga yang melilit gunung  sekiranyadia mengkhianati Siti Jagerlan. Seberapa lama kemudian, Malim Panjang, seorang saudagar kaya, telah mengarahkan orang suruhannya agar pergi meminang Siti Jagerlan lalu mereka berkahwin. Namun, seperti dalam sumpahan Puteri Jagelan menjadi Siamang Gila. Usaha beberapa orang dukun untuk memulihkan Siti Jagelan tidak berhasil.  Akhirnya Malim Bongsu menawarkan diri untuk mengubati Siti Jagerlan. Setelah diubati, Siti Jagerlan telah berubah menjadi manusia semula seperti sediakala. Untuk menepati janji, Dato Maha Kaya telah mengahwinkan anaknya Siti Jagerlan dengan Malim Bongsu dan akhirnya mereka berdua hidup bahagia.


p/s : Datang jangan tak datang... sebelum korang nak tengok teater ni korang kena tengok aku dulu sebab aku bahagian FOH.. Aku akan sambut korang kat ET ASWARA, chaiyok! :)

Post a Comment