05 May 2011

INTERVIEW ASWARA



Buat pengetahuan korang sekarang ni ASWARA tengah sibuk buat interview untuk kemasukan pelajar baru 2011/2012.. So, apa kaitan dengan aku? Hoho, meh nak kasi cerita sikit untuk dikongsi... Sejak dua tiga hari ini aku dah dicuit-cuit adik-adik bakal juniorku di Facebook... Pelbagai gelagat diaorang semua yang teruja dan berminat nak tahu tentang ASWARA.. Ya, aku tahu mereka semua teruja dengan ASWARA seperti aku dulu-dulu juga... Kelakar tetapi indah hanya sekali dalam seumur hidup :-)...

Okeylah adik-adik yang bakal merangkap junior meh akak berkongsi pengalaman dengan korang semua tentang interview akak tahun lepas... Ya, sekadar mahu bercerita agar kita dapat merasai interview yang cukup hebat dan ketat! Jom...

IMBAS KEMBALI

Aku di kedai telefon dan ada panggilan dari JKKN Terengganu menelefonku.

"Boleh saya bercakap dengan Ummi Nabilah?"

"Ya, saya tengah bercakap ni..." ceh bedebar-debar macam bajet tengah bercakap dengan bakal Mak Mentua, hehe...

"Saya nak maklumkan Cik Ummi terpilih dan layak untuk temuduga ASWARA. Jadi, Cik Ummi datang pada hari bla bla (aku lupa tarikh,hehe) di Kuala Ibai, Terengganu". Aku pun tersengih dan yahooo! Aku tak puas hati aku check di internet dan memang betul nama aku ada... Bangga beb dapat tersenarai dalam temuduga ASWARA, hehe! Petang tu jugak aku dengan Kak Long pergi beli tiket balik kampung di Terengganu dari Shah Alam.

HARI TEMUDUGAASWARA DI JKKN TERENGGANU

Aku pakai baju kurung berwarna merah siap berkelip-kelip ada labuci lagi.. Kak Tih dan ayah, Encik Dam datang sekali  temankan aku... Pukul 8.40 pagi aku daftar untuk temuduga ASWARA, nervous beb! Aku tengok dah ramai bakal 'teman-teman' aku berkumpul kat situ.. Lepas daftar barulah kitaorang akan diserang habis-habisan dengan interview ASWARA ni.. So, tanpa berlengah lagi jom kita beralih ke babak Interview Pertama yer :-)

INTERVIEW PERTAMA 

Kitaorang semua diarahkan masuk ke bilik yang besar untuk sesi ujian menulis.. Aku tengk muka masing-masing ada yang cuak, takut, gabra, serius dan segala bagailah.. Sebelum buka paper soalan exam aku mulakan Bismillah dan erkk.. Hoho, korang rilex tengok soalan ASWARA.. Adoyaiii, semua soalan berkaitan dengan semua kos fakulti Penulisan, Seni Halus, Teater, Tarian, Muzik dan Filem dan Video.. Mana soalan yang aku tak tahu sangat aku bantai jawab jer tapi janji semua soalan aku conteng jawapan dengan pen.. Tak kisah la salah asalkan aku tak tinggalkan kosong kat paper tu, huhu.. Lepas tu dah pukul 10.00 pagi.. Kitaorang stop dan keluar berehat dulu.. Jom, beralih ke babak Interview Kedua, yer :-)

INTERVIEW KEDUA

Selepas 30 minit berehat barulah kami dipanggil sekali lagi untuk sesi ujian berasingan mengikut fakulti.. Aku ambil kos Penulisan, Seni Halus dan Filem dan Video disatukan dalam bilik yang sama (bilik Interview Pertama).. Teater pulak bersebelahan dengan bilik kitaorang.. Muzik dan Tarian tempat lain dan aku tak berapa pasti kat mana bilik tu.. So, aku pun tengok budak Seni Halus dah bukak alat diaorang nak melukis.. Kat depan mata diaorang ada buah kelapa besar yang diaorang kena melukis.. Budak Filem dan Video pulak sibuk melakar apa-apa ntah di kertas putih.. Errk, barulah aku perasan yang aku seorang sahaja yang budak penulisan kat situ.. Waaa, kesian dan syahdunya aku terkebil-kebil seorang diri dalam bilik tu.. Ceh, jeles pulak tengok budak Seni Halus dan Filem dan Video ada geng sendiri!Huhu.. Aku pun bukak la paper soalan penulisan dan errk lagi...! 

Bahagian A 
Isi tempat kosong dan soalannya semua berkaitan dengan sastera.. I like it! :-)

Bahagian B 
Korang rilek jer sebab ada dua pilihan soalan.  
i) Buat puisi sebagai penghargaan buat guru yang menggunakan kedua-dua muka halaman sekeping kertas, perggh panjang beb! 
ii) Tuliskan monolog dalaman yang menceritakan dilema kamu membuat keputusan. Keputusan tersebut yang harus dipilih dari dua pilihan yang berbeza.. Ini lagi parah! Haha.

Fikir punya fikir aku pun pilih soalan ii sebab yang ni bantai je nak tulis apa-apa pun... Janji pandai 'goreng' jawapan dengan baik.. Tengah syok nak berpuisi aku terganggu pulak suara cik adik tengah berteater di sebelah bilikku menjerit lantang.. Aduhhh! Kacau betul dah la buat aku terkejut.. Bengang pun ada.. Aku tulis-tulis balik sampai la penuh dua muka halaman sekeping kertas tu,  berjaya beb! Huhu... Aku angkat kepala tengok aku seorang sahaja dalam bilik tu dan yang lain semua dah blah awal-awal.. Macam mana aku tak perasan? Apa cer? Haha.. Pukul 11.00 aku pun tarik nafas lega sebab dah siap.. Aku keluar dari bilik dan ingatkan dah habis rupa-rupanya ada lagi! Aduuh, malu aku sebab kena tegur akak di meja pendaftaran..

"Dik, ada interview lagi lepas ni.. Yang ni interview lisan pulak.. Adik duduk dulu yer," ceh buat malu aku jer, haha.. Korang bayangkan aku bajet dah betulkan tudung aku sambil pegang beg dengan fail sekali nak keluar dari situ.. Ingatkan dah habis, haha! Aku pun tunggu  tak sampai lima minit nama aku pun dipanggil.. Jom, kita ke babak interview ketiga,, Yang ni sure babak interview terakhir, hehe! :-p

INTERVIEW KETIGA 

Aku pun bangun dari duduk dan nak masuk dalam bilik depan (bilik interview budak teater melalak,hehe).. Kakak tu tegur aku lagi, adoiii...!

"Eh bawaklah fail sijil awak masuk sekali," gabra punya pasal aku terlupa, hehe.. Kakak di meja pendaftaran dengan budak Seni Halus dah tergelakkan aku, haha! Apa benda la sengal sangat aku ni. Aku pun ambil fail dan masuk dalam bilik tu. Aku tengok ada 4 orang penemuduga depan aku.. Tiga orang lelaki dan seorang perempuan.. Aduuui, gabra dan nervous giler sebab inilah kali pertama aku diinterview sepanjang hidup aku - 21 tahun! Aku bagi salam dan letak fail kat meja akak perempuan tu.

Aku duduk aje terus kena soal, nampak kena serang? Haha.. Penyerang pertama aku ialah Cik Azman (Lec Penulisan).. Dia tanya latar belakang keluarga aku dan aku pun dengan sopan-santun menjawab dengan berbahasa standard BM, hehe.. 

"Ummi, jangan malu-malu... Cakap kuat-kuat sikit sebab dalam bilik tak ramai orang pun", Cik Azman tegur aku.. Haha, aku cuak beb sebab nervous giler!

Lepas tu, Cik Azman ni pun menyerang aku dengan soalan yang cukup hebat dan ketat... Soalan  dia bunyi macam ni la..

i) "Siapa tokoh perang dunia kedua cerpen?" Aku jawab Abdullah Munsyi tapi salah.. Aku jawab sekali lagi, Syeikh Al-Hadi dan betul.. Yes! Aku cerita tentang Syeikh Al-Hadi dan Cik Azman berpuas hati dengan jawapanku.

ii) "Penulis macam mana yang Ummi minat dan kenapa?" Errk, aku pun dah sengal dan mengong tak tahu nak jawab apa, haha.. Aku kata saya minat dengan A.Samad Said sebab dia punya karya hebat-hebat.. Cik Azman tanya karya apa yang A.Samad Said buat? Aku tersengih sebab aku dah lupa pasal A.Samad Said tambah pulak gabra giler! Aku bantai jer dan Cik Azman tengok aku lama-lama dan aku tersengih.. Aku jujur kata "Saya tak berapa pasti karya yang A.Samad Said ada dan saya lupa!".

iii) "Siapa penulis luar negara yang Ummi kenal dan tahu?Cik Azman tanya lagi.. Alamak, soalan ni betul-betul buat aku cuak! Aku langsung tak tahu apa-apa.. Aku kata "Maaf, saya tak tahu tentang penulis luar negara sebab di sekolah saya tak didedahkan dengan karya bahasa Inggeris selain bahasa Melayu sahaja". Cik Azman macam terkejut dan mengangguk dapat menerima alasan aku yang sengal dan memalukan, hehe!

Korang nampak tak ketat dan susah giler dia punya soalan.. Masa tengah sesi bersoal jawab kakak tu belek fail aku.. Semua helaian dia tengok-tengok dan siap baca surat dari tawaran sambung belajar Politeknik lagi, huhu..

"Ummi dapat tawaran masuk ke Politeknik.. Jadi, Ummi nak pilih yang mana antara Politeknik atau ASWARA?" soal kakak tu. Tiga orang lelaki memandang tepat kepadaku!

"Sudah tentu saya mahu memilih ASWARA sebabASWARA ada segala-galanya. Bidang penulisan adalah tempat yang paling dicari-cari dengan minat saya terhadap Kesusasteraan Melayu.. Lagipun kos Politeknik yang ditawarkan (Teknologi Maklumat Rangkaian) tidak menepati kehendak dan minat saya", lancar aku jawab. Ceh, macam artis jawab gossip wartawan pulak,haha! Mereka semua senyap dan mengangguk kepala mendengar jawapan aku. Ada seorang lelaki India di sebelah Cik Azman (kalau tak silap aku lec Filem dan India) tengok sijil result STPM aku..

"You dapat A dalam subjek Kesusasteraan Melayu.. A- dalam subjek Seni Visual.. Tapi Pengajian Am you slow.." ulas lelaki india tu.. Aku tersengih. 

"Kenapa tak pilih kos Seni? Kelayakan awak tepat.. ", soal pulak si penemuduga sebelah Cik Azman.

"Minat saya lebih mendalam dengan Kesusasteraan Melayu walaupun saya berasal dari sekolah agama. Subjek Seni tu saya terpaksa ambil sebab nak memenuhi syarat dengan subjek lain". Mereka angguk lagi. 

"Okey, ini sahaja soalan kami untuk UmmiUmmi, kalau Ummi dapat masuk belajar ASWARA siapa yang akan tanggung Ummi dan bla bla bla lagi..." soal Cik Azman. Masa tu aku pun dah rasa macam nak dapat aje.. Ada hint tu, haha! Lepas tu aku pun selesai menghadapi serangan interview ketiga yang terakhir untuk interview ASWARA, hoho.. Aku tengok jam dah pukul 12.30! Uugh, lamanya aku dalam bilik interview tadi :-p

So, begitulah kisahnya tentang pengalaman aku interview ASWARA yang cukup hebat dan ketat. Buat adik-adik yang bakal jadi junior akak buat yang terbaik interview ASWARA. Serius ya nak masuk ASWARA bukan perkara yang mudah dan sangat susah. Hargailah interview ASWARA sebab itulah menentukan masa depan kita akan datang. Gud luck buat korang (bakal juniorku) untuk keputusan temuduga nanti. Buat mereka yang berjaya melanjutkan di ASWARA, tahniah dan selamat datang! Buat yang tidak terpilih, tidak mengapa jangan cepat putus asa dan mengalah.. Rezeki ada di mana-mana dan semuanya hanya dari ALLAH , Insya Allah.. Amin.. :-)



"Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi"
Post a Comment