24 May 2011

KEHEBATAN NUR KASIH THE MOVIE :-)



Semalam hari pembebasan aku merdeka daripada exam semester 2 dan gembira sangat-sangat! So, aku dengan kawan-kawan aku : Nadiah Zaini (Nad), Asean Iskandar (Asean) dan Edd Luigi (Edd) pergi Mid Valley untuk berseronok sakan. Korang bayangkanlah seminggu lebih otak kitaorang dengan huruf-huruf teori penulisan baca itu ini. Penat tapi berbaloi akhirnya. Harap-harap result exam semester ni lebih gempak dan terbaik dari semester lepas. Insya Allah, Amin…

Okey, kita beralih ke babak di Mid Valley dan sampai kat sana kami terus pergi kat food court. Bagi perut makan kenyang-kenyang sebab nak berjalan-jalan pun senang hati. Tak gitu? Hehe. Tiba di food court ‘cuaca’ mood kami semua berubah gara-gara ‘kemalangan’ yang  tak disangka-sangka merosakkan plan kami nak bergembira. Kemalangan apa pulak? Adalah tapi kemalangan yang menyebabkan terluka perasaan dan aku pun jadi bengang. Aku tahan je sebab aku ni kalau aku lapar tahap antarabangsa memang mood aku boleh hancur dengan mudah je. So, mata aku ni fokus dengan makanan sebab tak nak meletup kat food court. Agak laju jugak la aku makan semalam sebab biasanya aku ni kalau makan level 2 je tapi kali ni level aku naik ke 5. Mendadak bukan? Itulah aku. Kalau aku terlalu lapar jangan usik aku dengan ‘sengajanya’ sebab aku meletup dengan mudah sekali. Selesai makan baru aku angkat kepala da nada sedikit pot pet aku bersuara antara kami berempat. Lepas tu aku diam dan aku merelaxkan emosi aku.

Kenapa dengan emosi aku? Bayangkan aku punya modd gembira dan ceria lebih daripada tahap kanak-kanak ribena sebab nak meraikan merdeka dari exam. Alih-alih sampai kat Mid Valley semuanya berubah dan itu buat aku bengang tambah-tambah lagi lapar. Memang aku ‘angin’ la. Aku pun ajak Nad pergi jalan-jalan kat kedai haiwan. Asean dengan Edd aku tinggalkan kat food court bagi peluang mereka bersuara. Masuk kedai haiwan hilang ‘angin’ aku tadi dan mood ceria aku datang balik. Haha, aku ni mudah je kalau nak pujuk bagi mood aku okey balik. Bawa aku pergi tengok haiwan je nanti aku happy balik. Happy betul aku sebab tengok kucing, arnab, hamster, ikan dan semuanya kat kedai haiwan.

Lepas tu aku dengan Nad pergi kat food court semula. Bincang punya bincang kami berempat nak tengok movie : Nur Kasih. Bestnya! OKey, lupakan kebengangan aku tadi dan kita beralih ke babak Nur Kasih The Movie, jom!

Nur Kasih The Movie




Tentang Nur Kasih The Movie :

Permulaan yang agak mencacatkan dalam movie ni sebab letupan dia memang hancur. Tak logik betul ada letupan dengan kesan yang memang penonton nampak. Budak-budak pun boleh teka letupan original dengan tak original.

Tidak berkronologi sebab permulaan cerita guna teknik imbas kembali. Senang cerita movie ni banyak guna teknik imbas kembali. Rupa-rupanya permulaan cerita sampai akhir cerita hanyalah sebuah cerita dari catatan hidup Adam bersama Nur Amina.

Gambar yang cukup menarik dan terbaik bagi aku berbanding filem-filem lain. Hebat tau sebab sudut dia ambil gambar memang cantik la dan buat aku rasa kagum. Woww!

Latar tempat cerita ni bukan kat Malaysia tetapi kat luar negara jugak. Secara langsung, kemasukan bahasa Arab menambahkan lagi kekuatan movie ni tapi bila fikir balik macam filem ni kembar dengan filem Ayat-Ayat Cinta. Tak mengapa itu versi negara luar dan apa salahnya ini versi tempatan. Okey juga.

Teknik suspens memang kuat dan kemas sebab berjaya buat aku terkejut dengan spontannya, tahniah! Banyak jugaklah unsur suspen dalam cerita ni dan buatkan korang akan mengcontrolkan nafas korang dengan sebaik mungkin, haha!

Banyak persoalan yang diwujudkan dalam movie ni terutamanya tentang agama. Persoalan tentang hidup manusia yang sering diuji dengan pelbagai cabaran. Korang memang patut kena tengok sebab movie ni ‘kaya’ dengan mesej dan pengajaran.

Movie ni terlalu sarat dengan konflik yang tak habis-habis kena serang dengan halangan demi halangan. Banyak halangan yang terpaksa dihadapi watak-watak dalam movie ni. Dari situ aku pun dah agak apa yang akan terjadi terhadap watak tu. Haa, inilah dinamakan drama tragedy yang sungguh berdramatic irony. Apa dramatic irony? Dramatic irony tu ialah watak tak tahu apa yang berlaku dengan nasib dia tapi penonton boleh tahu tentang nasib watak seterusnya.  Nak tahu lagi dramatic irony sila rujuk ke sumber yang boleh dipercayai yer, haha.

Kejayaan membuatkan air mata penonton menitis bila :


Aidil nak masukkan pakaian dalam almari lepas tu isteri Aidil, Ayu Raudhah muncul nak tolong dia masukkan pakaian tu. Lepas tu ada dua orang kanak-kanak di atas katil menyampuk perbualan mereka dan mereka saling bergurau senda. Tiba-tiba Aidil terkejut sebab itu semuanya hanya kenangan dia bersama isteri dia. Lepas tu Aidil menangis merindui isteri tercinta yang telah pergi selama-lamanya. Itulah air mata seorang lelaki ‘tersungkur’ kerana kehilangan wanita tercinta.

Punya gembira Nur Amina dan Adam menghias bilik bayi lepas tu semua kerja rumah Adam yang buatkan. Korang tengok mesti nak tergelak sebab kelakar babak Adam nak buat yang terbaik untuk Nur Amina tengah mengandung. Namun begitu air mata mula kembali mengalir sebab Nur Amina muncul di pintu bilik di hadapan Adam. Lepas tu Adam terkejut bila tengok ada darah mengalir keluar membasahi betis dan kaki Nur Amina. Nur Amina keguguran, kesian kot sebab nak diaorang nak dapatkan baby agak lama juga.


Memang sedih la dan buat aku paling tersentuh bila Adam (dah tua) meninggal dunia depan lukisan dia sambil pegang buku catatan hidup mereka . Lepas tu Nur Amina menangis tengok suami dia dah tak ada dengan mudahnya. Hidup bersama-sama berkongsi suka duka dan salah seorang daripada mereka meninggalkan mereka menjadi keseorangan. . Sedih weh..

Kesungguhan Nur Amina mencari Adam yang hilang sebab nak cari cincin punya pasal. Akhirnya, Nur Amina berjaya jugak cari Adam dan Adam diselamatkan oleh keluarga Arab ni. Tersentu sangat-sangat bila imbas kembali Adam bercakap dengan budak lelaki tu tanya pasal cincin walaupun dia sakit. Budak lelaki tu bagi dia cincin dan cincin yang Adam pegang tu beralih ke tangan Nur Amina. Sedih dan terharu dengan kesungguhan Adam cari cincin untuk Nur Amina semula.

Sebenarnya banyak lagi kesedihan dalam movie ni dan aku rasa korang patut kena tengok movie ni. Movie yang menyayat hati sebab air mata penonton mengalir dengan mudahnya. Banyak kot kesedihan dalam movie ni sampai kawan aku pun menangis-nangis tak henti-henti.. Huhu..


Namun begitu dalam kesedihan air mata mengalir ada juga penyeri menghiburkan movie ni. Pemilihan pelakon sangat bagus. Sekadar berdialog sudah berjaya membuatkan penonton tergelak. Terhibur dengan keletah budak kecil yang berjaya beraksi depan kamera dengan baiknya. Anak Aidil (Fizz Fairuz), Mia Sara dengan mimic wajah yang sangat comel membuatkan aku geram nak cubit-cubit pipi dia, haha. Ya, kemunculan Remy Ishak sebagai Adam menjadi kekuatan cerita ni. Lihatlah saja aksinya dalam cerita ini membuatkan penonton ingin tahu apa lagi yang akan berlaku dalam cerita. Tambah pula lakonan Tiq Zaqyah yang kuat menambahkan lagi kehebatan cerita terus 'hidup'. Tahniah buat semua pelakon-pelakon movie ni.

Lagu-lagu dalam cerita ini jugak semuanya terbaik. Memang terbaiklah lagu yang digunakan  ‘masuk’ dan ‘kena’ dengan babak yang dipaparkan. Secara langsung aku dapat menghayati bait-bait lagu sekaligus aksi watak dalam babak.  Lupa pulak, Tiz Zaqyah turut menyanyi dengan berduet bersama Yasin. Best jugak :-)









Kesimpulannya, movie ini dapat 4 daripada 5 bintang. Mana satu lagi bintang? Bintang satu lagi hilang sebab kegagalan kesan letupan yang mencacatkan cerita ni. Tidak mengapa, 4 bintang itu satu tanda kepuasan sebab menonton cerita itu tanpa sebarang kerugian. Buat mereka yang tak menonton lagi movie ni pergilah tengok. Kalau boleh bawak orang sekampung ramai-ramai, haha. Rugi tau tak tengok. Lihatlah kehebatan Nur Kasih The Movie yang mampu membuatkan korang tak henti-henti mengalir air mata  menyaksikan kehidupan manusia di bumi Allah.








Post a Comment