01 May 2011

ASSIGNMENT DAN MEJA STUDYKU

Semalam, jam dah pukul 1 pagi lebih dan aku masih lagi mencelik mata buat assignment. Aku terasa mataku ni macam menjerit-jerit merayu nak tidur tapi assignment punya pasal aku tahan juga. Hurmm, itulah masalahnya kalau assignment banyak. Assginment yang aku tengah buat ni ialah Wayang Kulit. Hoho, korang tengoklah macam mana gaya aku kalau dah buat assignment. Bersepah sana-sini. Kalau aku dah buat assignment aku dah tak tengok kebersihan meja studyku. Aku dah tak layan orang sekeliling aku sebab mengadap assignment aje. Janji assignment siap-itu aje!

:: Hoho bersepah giler! ::

:: Pencil box Ain Chelsea pun ada sekali, wakaka ::

:: Semua ada kat meja study,heheh! ::

:: Intai-intai anak-anakku belakang laptop :-) ::

:: Adeh, ada banyak lagi assignment nak kena buat! ::
Tadi bukan main meja aku bersepahkan? Kalau bakal Mak Mentua aku tengok mesti reject aku, haha! Sepah-sepah aku pun aku bersih dan kemaskan balik. Aku ni memang la suka buat sepah tapi aku akan pastikan benda yang aku sepahkan pasti kemas dan bersihkan balik. Aku ni memang pantang kalau bangun tidur tengok tempat aku bersepah mesti mood terus naik berangin. So, sebelum nak tidur meja studyku kena kemas dan bersih. Meh tengok style lain lepas siap assignment ek… Hehe.. Daaa sebab nak blah sebab mengantuk giler…!

:: Jeng jeng... Dah kemas tau meja study aku :-) ::

:: Bangun tidur pun sejuk mata memandang.. Setakat ini aje aku mampu kemas sebab dah terlalu mengantuk! ::

Post a Comment