24 May 2011

KEHEBATAN NUR KASIH THE MOVIE :-)



Semalam hari pembebasan aku merdeka daripada exam semester 2 dan gembira sangat-sangat! So, aku dengan kawan-kawan aku : Nadiah Zaini (Nad), Asean Iskandar (Asean) dan Edd Luigi (Edd) pergi Mid Valley untuk berseronok sakan. Korang bayangkanlah seminggu lebih otak kitaorang dengan huruf-huruf teori penulisan baca itu ini. Penat tapi berbaloi akhirnya. Harap-harap result exam semester ni lebih gempak dan terbaik dari semester lepas. Insya Allah, Amin…

Okey, kita beralih ke babak di Mid Valley dan sampai kat sana kami terus pergi kat food court. Bagi perut makan kenyang-kenyang sebab nak berjalan-jalan pun senang hati. Tak gitu? Hehe. Tiba di food court ‘cuaca’ mood kami semua berubah gara-gara ‘kemalangan’ yang  tak disangka-sangka merosakkan plan kami nak bergembira. Kemalangan apa pulak? Adalah tapi kemalangan yang menyebabkan terluka perasaan dan aku pun jadi bengang. Aku tahan je sebab aku ni kalau aku lapar tahap antarabangsa memang mood aku boleh hancur dengan mudah je. So, mata aku ni fokus dengan makanan sebab tak nak meletup kat food court. Agak laju jugak la aku makan semalam sebab biasanya aku ni kalau makan level 2 je tapi kali ni level aku naik ke 5. Mendadak bukan? Itulah aku. Kalau aku terlalu lapar jangan usik aku dengan ‘sengajanya’ sebab aku meletup dengan mudah sekali. Selesai makan baru aku angkat kepala da nada sedikit pot pet aku bersuara antara kami berempat. Lepas tu aku diam dan aku merelaxkan emosi aku.

Kenapa dengan emosi aku? Bayangkan aku punya modd gembira dan ceria lebih daripada tahap kanak-kanak ribena sebab nak meraikan merdeka dari exam. Alih-alih sampai kat Mid Valley semuanya berubah dan itu buat aku bengang tambah-tambah lagi lapar. Memang aku ‘angin’ la. Aku pun ajak Nad pergi jalan-jalan kat kedai haiwan. Asean dengan Edd aku tinggalkan kat food court bagi peluang mereka bersuara. Masuk kedai haiwan hilang ‘angin’ aku tadi dan mood ceria aku datang balik. Haha, aku ni mudah je kalau nak pujuk bagi mood aku okey balik. Bawa aku pergi tengok haiwan je nanti aku happy balik. Happy betul aku sebab tengok kucing, arnab, hamster, ikan dan semuanya kat kedai haiwan.

Lepas tu aku dengan Nad pergi kat food court semula. Bincang punya bincang kami berempat nak tengok movie : Nur Kasih. Bestnya! OKey, lupakan kebengangan aku tadi dan kita beralih ke babak Nur Kasih The Movie, jom!

Nur Kasih The Movie




Tentang Nur Kasih The Movie :

Permulaan yang agak mencacatkan dalam movie ni sebab letupan dia memang hancur. Tak logik betul ada letupan dengan kesan yang memang penonton nampak. Budak-budak pun boleh teka letupan original dengan tak original.

Tidak berkronologi sebab permulaan cerita guna teknik imbas kembali. Senang cerita movie ni banyak guna teknik imbas kembali. Rupa-rupanya permulaan cerita sampai akhir cerita hanyalah sebuah cerita dari catatan hidup Adam bersama Nur Amina.

Gambar yang cukup menarik dan terbaik bagi aku berbanding filem-filem lain. Hebat tau sebab sudut dia ambil gambar memang cantik la dan buat aku rasa kagum. Woww!

Latar tempat cerita ni bukan kat Malaysia tetapi kat luar negara jugak. Secara langsung, kemasukan bahasa Arab menambahkan lagi kekuatan movie ni tapi bila fikir balik macam filem ni kembar dengan filem Ayat-Ayat Cinta. Tak mengapa itu versi negara luar dan apa salahnya ini versi tempatan. Okey juga.

Teknik suspens memang kuat dan kemas sebab berjaya buat aku terkejut dengan spontannya, tahniah! Banyak jugaklah unsur suspen dalam cerita ni dan buatkan korang akan mengcontrolkan nafas korang dengan sebaik mungkin, haha!

Banyak persoalan yang diwujudkan dalam movie ni terutamanya tentang agama. Persoalan tentang hidup manusia yang sering diuji dengan pelbagai cabaran. Korang memang patut kena tengok sebab movie ni ‘kaya’ dengan mesej dan pengajaran.

Movie ni terlalu sarat dengan konflik yang tak habis-habis kena serang dengan halangan demi halangan. Banyak halangan yang terpaksa dihadapi watak-watak dalam movie ni. Dari situ aku pun dah agak apa yang akan terjadi terhadap watak tu. Haa, inilah dinamakan drama tragedy yang sungguh berdramatic irony. Apa dramatic irony? Dramatic irony tu ialah watak tak tahu apa yang berlaku dengan nasib dia tapi penonton boleh tahu tentang nasib watak seterusnya.  Nak tahu lagi dramatic irony sila rujuk ke sumber yang boleh dipercayai yer, haha.

Kejayaan membuatkan air mata penonton menitis bila :


Aidil nak masukkan pakaian dalam almari lepas tu isteri Aidil, Ayu Raudhah muncul nak tolong dia masukkan pakaian tu. Lepas tu ada dua orang kanak-kanak di atas katil menyampuk perbualan mereka dan mereka saling bergurau senda. Tiba-tiba Aidil terkejut sebab itu semuanya hanya kenangan dia bersama isteri dia. Lepas tu Aidil menangis merindui isteri tercinta yang telah pergi selama-lamanya. Itulah air mata seorang lelaki ‘tersungkur’ kerana kehilangan wanita tercinta.

Punya gembira Nur Amina dan Adam menghias bilik bayi lepas tu semua kerja rumah Adam yang buatkan. Korang tengok mesti nak tergelak sebab kelakar babak Adam nak buat yang terbaik untuk Nur Amina tengah mengandung. Namun begitu air mata mula kembali mengalir sebab Nur Amina muncul di pintu bilik di hadapan Adam. Lepas tu Adam terkejut bila tengok ada darah mengalir keluar membasahi betis dan kaki Nur Amina. Nur Amina keguguran, kesian kot sebab nak diaorang nak dapatkan baby agak lama juga.


Memang sedih la dan buat aku paling tersentuh bila Adam (dah tua) meninggal dunia depan lukisan dia sambil pegang buku catatan hidup mereka . Lepas tu Nur Amina menangis tengok suami dia dah tak ada dengan mudahnya. Hidup bersama-sama berkongsi suka duka dan salah seorang daripada mereka meninggalkan mereka menjadi keseorangan. . Sedih weh..

Kesungguhan Nur Amina mencari Adam yang hilang sebab nak cari cincin punya pasal. Akhirnya, Nur Amina berjaya jugak cari Adam dan Adam diselamatkan oleh keluarga Arab ni. Tersentu sangat-sangat bila imbas kembali Adam bercakap dengan budak lelaki tu tanya pasal cincin walaupun dia sakit. Budak lelaki tu bagi dia cincin dan cincin yang Adam pegang tu beralih ke tangan Nur Amina. Sedih dan terharu dengan kesungguhan Adam cari cincin untuk Nur Amina semula.

Sebenarnya banyak lagi kesedihan dalam movie ni dan aku rasa korang patut kena tengok movie ni. Movie yang menyayat hati sebab air mata penonton mengalir dengan mudahnya. Banyak kot kesedihan dalam movie ni sampai kawan aku pun menangis-nangis tak henti-henti.. Huhu..


Namun begitu dalam kesedihan air mata mengalir ada juga penyeri menghiburkan movie ni. Pemilihan pelakon sangat bagus. Sekadar berdialog sudah berjaya membuatkan penonton tergelak. Terhibur dengan keletah budak kecil yang berjaya beraksi depan kamera dengan baiknya. Anak Aidil (Fizz Fairuz), Mia Sara dengan mimic wajah yang sangat comel membuatkan aku geram nak cubit-cubit pipi dia, haha. Ya, kemunculan Remy Ishak sebagai Adam menjadi kekuatan cerita ni. Lihatlah saja aksinya dalam cerita ini membuatkan penonton ingin tahu apa lagi yang akan berlaku dalam cerita. Tambah pula lakonan Tiq Zaqyah yang kuat menambahkan lagi kehebatan cerita terus 'hidup'. Tahniah buat semua pelakon-pelakon movie ni.

Lagu-lagu dalam cerita ini jugak semuanya terbaik. Memang terbaiklah lagu yang digunakan  ‘masuk’ dan ‘kena’ dengan babak yang dipaparkan. Secara langsung aku dapat menghayati bait-bait lagu sekaligus aksi watak dalam babak.  Lupa pulak, Tiz Zaqyah turut menyanyi dengan berduet bersama Yasin. Best jugak :-)









Kesimpulannya, movie ini dapat 4 daripada 5 bintang. Mana satu lagi bintang? Bintang satu lagi hilang sebab kegagalan kesan letupan yang mencacatkan cerita ni. Tidak mengapa, 4 bintang itu satu tanda kepuasan sebab menonton cerita itu tanpa sebarang kerugian. Buat mereka yang tak menonton lagi movie ni pergilah tengok. Kalau boleh bawak orang sekampung ramai-ramai, haha. Rugi tau tak tengok. Lihatlah kehebatan Nur Kasih The Movie yang mampu membuatkan korang tak henti-henti mengalir air mata  menyaksikan kehidupan manusia di bumi Allah.








22 May 2011

UDANG KERING @ UBAT BAHAYA?

Aik, kontroversi pulak tajuk kat atas tu.. Hehe! Sebenarnya aku nak bergosip pasal udang kering dan ubat. Siapa yang nak bergosip sila angkat kaki, haha. Ceh merepek pulak. Dah aku nak teruskan gosip pasal udang kering dan ubat jer. 

Kisahnya begini (Hari Jumaat), pagi dalam pukul 8 lebih aku dengan Nadiah Zaini (Nad) sarapan pagi di cafe bawah hostel. Nad makan roti bakar je dan aku ni pulak ambil nasi goreng + mee goreng separuh. Tengah makan aku rasa macam pelik je mee goreng. Aku suruh Nad rasa dan Nad kata ada udang kering. Alamak, udang kering! Habislah aku kalau makan benda keturunan udang kering ke basah sekali pun sebab aku alergi. Fikir punya fikir sayang pula nak biarkan mee goreng terkapai kat pinggan tu. Aku pun makan jugak. Habis je makan tak sampai 7 minit gitu la gamaknya tangan sebelah kiri aku dah mula merah-merah dan gatal-gatal. Aku pun dah mula takut dan cuak sebab pagi ni ada exam. Aku gosok-gosok je lengan aku sebab tak tahan gatal. 

Lepas tu aku dengan Nad naik bukit nak pergi dewan baru ASWARA. Sampai kat dewan aku terkejut sebab lengan kiri aku dah makin merah-merah macam bercorak pulak, huhu. Lengan kanan aku pun dah mula merah-merah. Dah la bulu roma aku meremang sebab sakit dan pedih lepas tu kena aircond sejuk pulak. Tubuh aku ni pulak tak boleh mengejut sekejap panas lepas tu sejuk memang kena macam kena kejutan elektrik. Makin bercorak la lengan aku. Lepas tu tapak kaki aku pulak dah rasa sakit-sakit dan pedih macam kena cucuk benda tajam. Sakit wooo...! 

Aku mesej Edd Luigi bawak bedak Johnson's Baby time nak datang dewan. Nasib baik Edd bawak bedak dan aku sapu kat lengan kanan dan kiri aku. Lepas aku baru teringat kenapa la sengal aku tak suruh Edd amik krim gatal? Huhu, naya jawabnya! Time jawab exam aku tahan je sakit aku dan tak sabar-sabar nak balik bilik. Habis exam je aku balik bilik dan tengok dah okey sikit sebab aku sapu bedak kot. Masuk je malam dia buat perangai balik. Aduhh, aku ingatkan dah okey sebab aku malas dan tak suka makan ubat.  Tengah study dengan kawan-kawan aku belakang aku pulak gatal-gatal. Dah merah, ruam-ruam dan macam ada corak bulat lagi. Apalah nasib aku,haha! Aku mintak bedak dengan Nad sebab tak nak makan ubat. Habis study je barulah aku makan ubat.

Korang rilex je ek aku makan ubat alergi macam tak nak bangun-bangun dari tidur! Perrgh, kuat giler ubat ni sebab aku memang tak sedar langsung beb.. Korang bayangkan dari semalam sampai pukul 2 petang lebih aku baru bangun. Itupun aku paksa diri aku bangun sebab nak study. Aku terus mandi dan bukak laptop tapi dah macam laloklah pulak, haha. Aku nak ambil benda lain terlupa lepas tu jalan pun tak betul sebab ubat alergi punya pasal. Aku ambil laptop dan baring kat katil. Sebelum study aku tengok movie tapi masalahnya aku tengok separuh jalan je sebab aku tertidur balik dalam pukul 5 lebih. Memang ubat tu buat huru-hara betul hidup aku sampai aku tak boleh nak study. Pukul 6 lebih jugak kot aku terbangun balik dan cari air kopi nak lawan ubat. Banyak jugaklah minum kopi tapi tak berkesan. Aku rasa nak menjerit satu hostel je sebab aku tak nak tidur tapi mata aku asyik nak tertutup jugak. Dalam pukul 11 lebih baru aku boleh celik mata dengan jayanya. Lega sebab boleh study balik. 

Aku ni tak suka makan ubat sebab korang tengoklah kesan dia macam mana. Udang kering dan ubat buat huru-hara je sampai aku tak boleh nak study. Nasib baik tak ada exam sebab hari Sabtu. Lepas ni aku taubat tak nak makan mee goreng tu lagi dan ubat tu pun sama. Biarlah jadi koleksi ubat aku je. Tak mampu kena benda yang sama dan kalau aku terpaksa makan jugak aku patahkan ubat tu jadi 2. Kesan dia tinggi woo... Okey, setakat ni je nak bergosip pasal udang kering dan ubat. Kepada korang yang alergi tu hati-hatilah yer jangan jadi macam aku okey. Meh ,aku tunjuk ubat yang aku beli kat farmasi dan tak kasi aku bangun dari tidur.. Huhu..


:: Ubat ni kecil je tapi sekali kena ambik kau! Huhu ::

:: Ini belakang dia - Cetirizine Hydrochloride ::

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG!


Hari ini adalah tarikh bermakna sebab 21 MEI 2011. Okey, tak mahu teka-teki sebab aku nak meraikan hari gembira untuk orang yang tersayang.

HAPPY BIRTHDAY 
BUAT 
ABANG NGAH DAN EDD LUIGI
SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SUKSES SELALU, SEMOGA KEKAL BAHAGIA DENGAN ORANG YANG TERSAYANG DAN SENTIASA DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T
AKU SELALU MENYAYANGI KALIAN – RINDU SELALU.


ABANG NGAH 


:: Inilah Abang Kandung Tunggal aku - Abang Ngah ::

:: Abang Ngah dengan Kak Ngah - Sweet ::

:: Kami bertiga di Pantai Bukit Keluang ::

Inilah abang aku, Abang Ngah. Sekarang ni duduk kat Seremban dengan wife dia, Kak Ngah Shaima. Dalam pukul 12 lebih pagi aku wish birthday dia kat sms phone lepas tu wish kat Facebook pulak. Apa-apa pun semoga selamat menyambut peningkatan hari ketuaan yer bro, haha! Sayang Selalu.. Oops, kutunggu MP3 dari Abang Ngah.. Erk, siapa yang siapa patut bagi hadiah? Ni dah terbalik, lantaklah! Hahaha :-p


EDD LUIGI

                Budak nakal ni memang suka buat aku geram. Kenapa? Korang bayangkan hari jadi dia muncul time minggu exam semester. So, aku mesti nak luangkan masa untuk study lepas tu nak bungkus hadiah budak nakal ni lagi. Kalau aku free aku curi-curi nak siapkan hadiah untuk dia. Dia ni pulak selalu ada kat bilik aku menambahkan lagi kerumitan proses membalut hadiah, huhu. Aku pun angkut barang (hadiah) pergi naik tingkat 3 kat bilik Nadiah Zaini (Nad) yang menjadi mangsa aku nak buat kerja. Kali pertama nak mulakan proses aku dah berjaya ‘lari’ ke bilik Nad tetapi terganggu sebab si Edd sengal datang ke bilik Nad. Perggh, memang kecoh giler time dia datang. Nasib baik Nad sempat cover sembunyikan barang hadiah, haha. Asean bertindak jadi penyelamat pujuk Edd keluar dari bilik. Aku pun cepat-cepat tolak Edd kat luar bilik dan kunci pintu bilik, haha. Padan muka gedik sangat nak tahu apa aku buat kat bilik Nad.

                Kali kedua, aku dengan Asean study kat surau. Edd pulak merajuk entah pasal apa dan duduk kat bilik. Jadi, memudahkan lagi kerja aku nak habiskan proses balut hadiah. Tengah-tengah syok dan teruja balut hadiah si Edd datang! Nasib baik ada penhadang kain kat pintu dan Edd tak dapat masuk. Aku pulak dah kelam-kabut sebab bimbang dia nampak apa aku buat. Kecoh giler time tu dengan suara Asean tak bagi Edd masuk dan suara aku suruh Asean tak benarkan Edd masuk. Macam hilang anak ayam kat rumah mak cik jiran belakang rumah. Aku pun dah start bengang dengan Edd sebab terlalu menganggu aku buat kerja. Fokus penting beb, haha! Aku dah hampir-hampir mengalah dan nak suruh Asean bagi dia masuk tapi tak sempat. Edd merajuk lagi lepas tu turun bawah masuk bilik. Bagus tapi mood aku nak meneruskan proses balut hadiah dah hilang. Nak tak nak aku cepat-cepat siapkan proses balut hadiah dan berjaya juga akhirnya!

MERAIKAN BIRTHDAY EDD

                Lepas Jowani bagi hadiah (gelas lembu) kat Edd barulah aku bagi. Edd terkejut sebab pembalut hadiah aku kasi gambar lembu dengan susu sebab dia ada beli patung lembu. Buka punya buka Edd dah gelak-gelak sebab aku kasi hadiah yang cukup subtext! Alang-alang nak bagi hadiah kena bagi yang betul-betul, hehe. Hadiah pertama aku kasi frame. Nanti aku tunjuk kat korang kat bawah ni jap ag. Kedua, aku bagi kotak yang ada misteri balutan. Balutan tu sebenarnya makanan, buku dan juga pad. Haha.

Aku kasi Mee Sedap sebab aku nak dia tahu aku kenal dia sebagai seorang teman. Aku kasi biskut Lexus Purple sebab setiap kenikmatan biskut tu ada kasih sayang aku untuk dia. Aku kasi Milo Fuze (Merah) sebab aku nak dia ingat aku sampai bila-bila dengan nama glamour aku, Miylo Meow. Haha!  Aku kasi tisu tu sebab kadang-kadang dia cengeng jadi aku nak dia tahu bila dia kesedihan aku ada untuk dia walaupun berjauhan sekalipun. Aku kasi biskut 2 Finger tu sebab nak tambah koleksi dalam kotak aje,hehe. Aku kasi lagi sekeping pad (tuala wanita) sebab aku nak dia tahu walaupun dia bajet dia ‘lelaki’ tetapi sampai bila-bila dia tetap PEREMPUAN.  Last sekali aku kasi buku nota kecil yang aku catatkan sesuatu untuk dia.  So, dah pot pet pasal hadiah dia jom intai-intai frame yang aku kasi tu okey.




:: Inilah Framenya - Aku lekat sekali dengan Nota kat bawah, haha! ::

:: Bahagian Atas ::

:: Gambar Depan - Cutekan? Hehe ::

:: Bahagian belakang - Penaja utama gila glamour, haha! ::






16 May 2011

SELAMAT HARI GURU :-)


Aku nak buat pengumuman khas di blog kesayangku ni.. Dengar dan fokus okey, hehe..


SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH KERANA MENCURAHKAN ILMU DAN MENDIDIK 
SAYA MENJADI INSAN YANG BERGUNA,
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MELINDUNGI KALIAN
MAAFKAN SAYA ANDAI BUAT SALAH, NAKAL, BUAT CIKGU MARAH,
TAK BUAT KERJA SEKOLAH DAN APA-APA LAGI.
TERIMA KASIH SEKALI LAGI, CIKGU :-)

Ucapan khas ini ditujukan  buat,

CIKGU-CIKGU MERANGKAP PENDIDIKKU
DAN JUGA
 BONDA TERSAYANG, MUNOH BINTI MAT ALI :

TADIKA, KERANDANG, TERENGGANU
SEKOLAH KEBANGSAAN KERANDANG, TERENGGANU (SKK)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KENAK, TERENGGANU (SKBK)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF, TERENGGANU (SMAM)
SEKOLAH MENENGAH AGAMA ITTIFAKIAH, TERENGGANU (SMAIJ)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI NERING, TERENGGANU (SMKSN)
PUSAT PENDIDIKAN YAYASAN TERENGGANU, TERENGGANU (PPYT)
AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN, KUALA LUMPUR (ASWARA) 

LOGO  DUNIA ILMU SAYA :-)
Bonda tercinta, MUNOH MAT ALI :-)
p/s : Banyak tak sekolah aku? Buat koleksi pulakkan? Hehe. Akulah budak yang banyak pindah sekolah berbanding adik-beradik aku yang lain. Banyak pengalaman manis dan pahit dalam kehidupan aku sebab sekolah sana sini. Paling penting punya cikgu dan kawan-kawan dalam hidup, okey :-)

14 May 2011

SEPETANG BERSAMA...!



Kali ni aku nak berkongsi cerita sesuatu yang agak jarang aku alami. Pukul 4.38 petang aku keluar dari lif dan pergi kat library ASWARA. Aku masuk dalam library dan senyuman manis kat Mak Guard dulu, hehe. Aku tengok kat kaunter ada dua orang pekerja mengadap komputer. Ada seorang pelajar duduk di kerusi asyik baca buku.. Aku naik tangga tingkat 1 tengok ada 4 orang student sibuk buat kerja kat meja study. Lepas tu aku naik tangga tingkat 2, tak ada student kat meja study. Kosong dan lenggang je. Aku naik tangga tingkat 3 (last sekali). Tingkat 3 ni bahagian buku-buku yang student nak pinjam termasuklah aku sekali :)


Aku masuk ke tempat tingkat 3 dan aku rasa macam tak selesa. Aku buat tak tahu aje dan terus masuk. Masa tengah nak pergi kat rak buku aku dengar suara orang gelak-gelak. Lepas tu aku dengar ada orang tengah belek  buku. Hairan jugak sebab belek buku bunyi dia kuat jer. Aku pun pergi straight lagi dan intai-intai buku kat rak. Aku pergi rak depan sikit tengok meja study kosong aje. Tak ada orang langsung! Sunyi, sepi dan kosong. Aku dah rasa macam dup dap dan adoiiyaaiiii... :-(

Patutlah masa nak masuk aku rasa macam tak sedap hati. Aku pun tak jadi cari buku yang aku nak. Aku nak keluar lepas tu aku lalu depan pintu yang berkunci. Tiba-tiba, "Buat apa tu?"... Erk, aku dah macam kejutan elektrik pulak sebab masa aku dengar suara tu aku pandang kat pintu tu. Tak ada sesiapa pun kat situ. Adoyaiii, nak main-main pulak dengan aku. Dah la aku sorang-sorang kat tempat tu. Aku pun apa lagi jalan tak tengok-tengok kat pintu tu. Uissh, gabra, nervous dan takut tahap antarabangsa sebab nak keluar balik kat pintu ada meja study. Banyak jugaklah. Aku lalu je dan tak tengok langsung kat meja study tu sebab aku dah tahu memang ada 'benda' duduk tengok aku lalu. Perghh, aku rasa nak buat-buat pengsan je kat situ. Haha.. Lepas tu aku berjaya jugak keluar dari tingkat 3 tu. Aku dah tak pandang belakang langsung. Cepat-cepat aje aku turun kat bawah.

Jadi kesimpulannya lepas ni kalau nak naik tingkat 3 tu janganlah seorang diri yer. Nak naik kena berteman kalau tak nanti 'benda' nak main-main dengan kita, huhu. Walau pun hari siang pun 'benda' macam tu tak kisah nak buat apa pun. Sebenarnya, ini kali kedua aku diusik dengar bunyi psiko macam tu. Kali pertama masa aku duduk hostel masa tingkatan 3. Aku bersyukur jugak sebab kena usik pun dengar bunyi suara je. Janji aku tak nampak apa-apa okey. Mintak dijauhkanlah aku kena macam tu, Amin. Okey, kat sini aje nak nak bercerita sebab aku nak fokus study sebab hari Isnin aku nak exam Bahasa Melayu dan Analisis Dan Interprestasi Teks. Doakan semoga aku dapat buat yang terbaik untuk exam semester 2 ni okey. Assalamualaikum... :-)

Selamat Datang ke library ASWARA :-)

08 May 2011

SELAMAT HARI IBU :-)


Selamat Hari Ibu buat mak tersayang :-)
Terima kasih menjadi emak yang terbaik dalam hidup K.Chik..
Mohon ampun ada buat salah dan silap kat mak..
Semoga mak sentiasa sihat, panjang umur, murah rezeki dan diredhai Allah..
Walau apapun terjadi K.Chik sayang dan rindu mak selalu..
Mak tetap di hati K.Chik..
Sayang mak, muaahh! :-)

Aku titipkan MMS kepada mak semalam pada pukul 5.12 pagi.. Aku benar-benar terasa berjauhan dengan mak.. Sudah lama tidak menatap wajah mak dan mendengar suaranya berbisik di telingaku.. Aku makin sibuk dengan studyku sehingga mengekang aku bersayap pulang ke kampung.. Tika aku menulis titipan ada genangan air mata ingin meluahkan segala-galanya.. Rindu, sayang, cinta dan kasih semua bergabung menjadi satu perasaan rasa-rasa emosi.. Mengenangkan coretan kehidupan antara aku dan emak membuatkan aku semakin berlilitan emosi.. Hidup berkonflik bukanlah permainan yang terhebat buat aku dan emak.. Tak pernah aku mahu menjauhkan diri dari mak malah aku mahu mak sentiasa di depan mata aku.. Aku harus mengerti makna sebuah kehidupan bersama seorang manusia, EMAK.




Mak,
K.Chik rindu sangat-sangat dengan Mak..
K.Chik rindu dengan memori kita bersama..
Nak makan cekodok pisang yang Mak buat, sedap!
Nak dengar suara Mak bila bercakap dengan K.Chik..
Nak tidur bersama dengan Mak..
 Bila K.Chik takut terjaga dari tidur mesti Mak datang temankan K.Chik tidur balik..
Nak dengar suara Mak panggil K.Chik makan bersama dengan Mak..
Nak rasa sentuhan dakapan Mak erat-erat..
Nak bercerita dengan bergurau senda dengan Mak..
Bila K.Chik sakit perut sebab senggugut Mak mesti datang di sisi K.Chik..
Bila K.Chik lapar Mak mesti masakkan yang sedap-sedap..
Semua Maksanggup lakukan untuk K.Chik..
Terima kasih, Mak!

Mak
K.Chik sayang sangat-sangat dengan Mak..
Ampunkan kesilapan dan kesalahan yang pernah K.Chik buat kat Mak..
Andai ada Mak berkecil hati dan terasa mohon maafkan K.Chik..
K.Chik tak mahu jadi anak derhaka..
K.Chik nak jadi anak yang baik dan taat..
K.Chik sayang Mak..

Mak
K.Chik nak sangat peluk Mak!
Nak cium pipi dan dahi mak puas-puas!
Nak salam dan cium tangan Mak!
Kalau boleh K.Chik nak Mak sentiasa di sisi K.Chik..
Banyak benda yang K.Chik mahu ceritakan dengan Mak..
K.Chik nak sangat Mak luangkan masa bersama K.Chik
K.Chik tak mahu sesiapa ganggu masa kita bersama..

Mak,
Nanti habis exam dan cuti dah nak mula..
K.Chik nak balik kampung..
Mak tunggu kepulangan K.Chik ya..
Nak peluk dan cium Mak erat-erat!
K.Chik nak minta maaf dengan Mak..
K.Chik jarang balik kampung sebab sibuk study..
Walaupun kita berjauhan Mak tetap di hati K.Chik!




 Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang, MUNOH MAT ALI.. Andai ada salah silap mohon dimaafkan.. Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik dalam hidupku.. Moga tautan kasih kita dililiti dengan kasih sayang yang indah dan berharga.. Sayang, cinta dan rindu emak selalu sentiasa di hati


SANDRA AZWAN MUNCUL DI SINI :-)



Siapa dia ni? Korang kenal tak? Hehe... Meh nak cerita sikit. Hari tu aku bukak blog aku dan terkejut sebab ada seseorang follow blog aku.. Ish, macam tak percaya pulak.. Iyalah, beliau ni orang yang terkenal dan dah ada jenama sendiri, baguskan? :-)..

Kalau nak dibandingkan dengan aku ni memang jauh beza la, ish ish.. Manusia yang suka menulis dan tak tahu apa-apa tentang fesyen... Macam termimpi-mimpi pulak bila beliau sudi follow blog aku entah apa-apa ni, hehe! Korang tak percaya ek? Korang pusing-pusing blog aku ni dan tengok kat IKATAN KASIH tu yer...

Mesti korang tertanya-tanya siapa beliaukan? Beliau ialah SANDRA AZWAN :-)




Siapa SANDRA AZWAN?

  1. Seorang FASHION DESIGNER yang menempa jenama di MALAYSIA.
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Seni Reka (Fesyen) UiTM, Shah Alam.
  3. Rekaan beliau seringkali diperagakan di pentas run away dan tersiar dalam majalah dan akhbar-akhbar tempatan.
  4. Beliau menerima anugerah : Anugerah Koleksi Terbaik UiTM Degree Fashion Show 2010, penerima anugerah Malaysia Fashion Association (MIFA-8) 2007, penata gaya Gangstarz TV3 musim kedua dan penata gaya Special Songket Couture Fashion Presentation 2007
  5. Rekaan beliau iaitu Design Future Hybrid menarik perhatian daripada Frech blogger.
  6. Beliau juga seorang yang aktif berblogging.
  7. Beliau berjaya ditempatkan dalam senarai Top 50 Best Blog In Malaysia dalam Majalah Intrend keluaran isu Mac 2010.
  8. Beliau pernah menyertai realiti show iaitu Sejuta Impian di TV3.


Hebat tak? Terbaiklah SANDRA AZWAN sebab sekarang tengah meningkat naik dengan jenama sendiri. Korang pun tahukan bukan senang nak menempa jenama sendiri dengan mudah. Nak tengok style dan jenama SANDRA AZWAN? Meh tengok kat bawah..








Nak tahu lagi pasal dia? Jom singgah blog SANDRA AZWAN kat sini



Buat SANDRA AZWAN
Terima kasih kerana sudi dan follow blog saya.
Semoga anda terus maju dan sukses dengan yang terbaik,
Chaiyokk! :-)