22 April 2011

TEATER TRADISIONAL MAK YONG “RAJA BONGSU SAKTI”




MAK YONG “RAJA BONGSU SAKTI”

Tarikh Pementasan
22 April 2011 Jumaat - 8.30 p.m.-10.30 p.m.
23 April 2011 Sabtu - 8.30 p.m.- 10.30 p.m.
24 April 2011 Ahad - 8.30 p.m.-10.30 p.m.

PANGGUNG EKSPERIMEN TEATER ASWARA
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ,
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Tiket
Kanak-Kanak/Pelajar : RM 5
Dewasa : RM 10
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Puan Wan Hazelinda : 03-2697 5053
Puan Royah Abd. Samad : 03-2697 5046

SINOPSIS

Mak Yong Raja Bongsu Sakti mengisahkan tentang seorang anak raja yang bernama Raja Bongsu Sakti iaitu putera kepada Permaisuri Anderawati di sebuah negeri kayangan Pelengge Cahaya. Raja Bongsu Sakti terlalu merindui bondanya kerana semenjak berkahwin, mereka tidak pernah bertemu. Oleh itu, Raja Bongsu Sakti dan isterinya yang rupawan, Puteri Ucana Muda kemudian bertekad untuk pulang bertemu dengan bonda mereka dengan menaiki sebuah jong (kapal). Dalam pelayaran pulang ke negeri Pelengge Cahaya, mereka tiba-tiba diserang oleh Jin Selangkah Tunggal yang cuba merampas Puteri Ucana Muda. Dapatkah mereka mengatasi cabaran yang tidak diduga ini? Sama-sama kita saksikan kesudahannya.
"Melangkah ke hadapan bersama tradisi'
Post a Comment