21 April 2011

TEATER MODEN 'BUAT MENYAPU SI AIR MATA'




TEATER MODEN 'BUAT MENYAPU SI AIR MATA'

Persembahan oleh Pelajar Tahun 1 Diploma Teater

22 April 2011 @ 8.30 malam
23 April 2011 @ 3.00 petang & 8.30 malam
24 April 2011 @ 3.00 petang

Studio Black Box, ASWARA

SINOPSIS

“Buat Menyapu Si Air Mata” mengisahkan kepincangan yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga dan dalam masyarakat. Aini merupakan isteri kepada Samad yang merupakan seorang pegawai di sebuah kampung pedalaman. Dia bertugas sebagai pemantau di ladang di  kampung tersebut. Aini merupakan seorang isteri yang banyak memendam rasa di atas kelakuan suaminya yang curang dan berkelakuan negatif. Dalam masa yang sama, Aini turut memendam perasan dan menyimpan harapan terhadap kekasih lamanya Kamal. Kamal merupakan seorang penulis dan untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan novel terbarunya, dia telah ke kampung di mana Aini dan Samad tinggal. Mereka merupakan sahabat lama. Selama mencari bahan-bahan tersebut, Kamal menetap di rumah sahabat  lamanya Samad dan Aini lalu situ  timbul pelbagai konflik antara mereka. Aini mula tidak dapat menahan gelora perasaan yang telah dipendam sekian lama terhadap bekas kekasihnya, Kamal. Manakala kamal pula berada dalam keadaan serba salah kerana memikirkan persahabatannya dengan Samad. Samad pula merupakan seorang suami yang bengis. Dia membuat hubungan sulit di belakang isterinya bersama Timah, isteri kepada Itam, orang gajinya. Samad juga adalah seorang yang selalu makan suap. Dia selalu memberi projek kepada seorang kontraktor bernama Bee Eng dengan syarat Bee Eng memberinya ganjaran sepertimana yang diminta. Kegiatan Samad ini dapat dihidu oleh Kamal melalui peladang-peladang yang membantunya mendapatkan bahan-bahan yang dicari. Kamal berniat ingin membantu Samad kembali ke pangkal jalan. Aini pula telah diceraikan oleh Samad kerana mencurigai Samad yang curang. Aini merayu kepada Kamal untuk pergi bersamanya dan meyakinkan Kamal bahawa Samad benarbenar curang. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,Itam telah menangkap Samad bersama isterinya, Timah di bawah rimbun buloh dan terbuktilah bahawa Samad seorang yang curang lalu Kamal tanpa ragu-ragu pergi bersama Aini.

Post a Comment