04 April 2011

TAHNIAH SHAHEIZY SAM SAMAD



:: Hensemnya bila rambut terpacak! Hehe ::

Tahniah buat artis kesayanganku, SHAHEIZY SAM SAMAD kerana berjaya meraih gelaran BINTANG PALING POPULAR ANUGERAH BINTANG POPULAR BINTANG HARIAN (ABPBH) 2010.

SHAHEIZY SAM berjaya melakar dengan mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk BINTANG PALING POPULAR. Beliau yang meraih undian sebanyak 126,168 berjaya mengetepikan saingan beliau yang lain iaitu SHAHIR, ZIZAN, AZNIL HAJI NAWAWI dan FAIZAL TAHIR.

KejayaanSHAHEIZY SAM memenangi gelaran BINTANG PALING POPULAR mendapat hadiah keseluruhan bernilai RM310,000  iaitu :
  • Kenderaan NISSAN TEANA 2.0 berharga RM 133,400 tajaan EDARAN TAN CHONG MOTOR SDN.BHD
  • Aksesori MUTIARA PUTIH koleksi PRIMADONA KLASIK tajaan RAFFLESIA/MANDALAY bernilai RM 180,000
  • Hadiah iringan dan juga TROFI.
Tahniah sekali lagi untuk SHAHEIZY SAM SAMAD untuk gelaran BINTANG PALING POPULAR dan juga PELAKON FILEM LELAKI POPULAR. Semoga hari mendatang seterusnya SHAHEIZY SAM SAMAD terus melakar kecemerlangan yang terbaik dalam bidang lakonannya. Chaiyok brader! :-)


Post a Comment