08 April 2011

RINDU AWEK PPYT HOT!

Hohoho... Kali ini aku nak coret-coret rindu dengan awek PPYT (Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu). Sebenarnya, aku rindu sangat dengan teman-teman aku yang pernah sama-sama belajar STPM sekali dengan aku... Sebelum tu, aku nak kasi tahu yang aku dan teman-temanku (Awek PPYT) student yang suka buat kepoh dan hot di PPYT, hehe... Kitaorang sangat rapat dan ke mana-mana kami pergi pasti berlima... Sekarang ni masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan kami pun susah nak jumpa sebab study tempat lain-lain... Walaupun dah lama tak jumpa kami still contact guna sms,berfacebook & telefon... Nak tahu lagi? Siapa mereka sebenarnya? Ayuh, kita intai-intai sikit.. :-)

::  Daku & Naa ::
Budak perempuan yang pakai tudung warna putih nama dia ialah Yusnina dan nama manja dia ialah Naa... Okey, Naa ni sebenarnya sepupuku yang paling rapat antara kaum kerabat keluargaku... Kami rapat sejak dari kecil sehinggalah sekarang :-)... Ishh, aku sayang giler budak perempuan ni! Dijadikan cerita masa SPM kami sekolah berasingan sebab tempat tinggal kitaorang bukannya dekat tapi kalau nak pergi rumah adalah 30 minit macam tu la... Selepas itu, kitaorang ni ambil STPM di PPYT bersama-sama dengan persetujuan family kitaorang... Aku dan Naa sebilik di hostel... Bukan sebilik saja tapi sekatil cuma sebantal dan seselimut tu tak adalah, huhu... Kitaorang satu kelas dan ambil subjek pun sama-sama... So, kalau ada apa-apa masalah kitaorang saling membantu... Kalau nak ke mana-mana aku mesti pastikan Naa ada sekali dengan aku sebab kalau dia tak ada mesti lain macam aje,huhu... Naa ni kalau orang tak kenal dia mesti orang ingat dia sombong tapi tak sebab dia ni pendiam... Kalau orang kenal dia dengan lebih dekat memang dia terlebih mesra (Jangan marah, haha!)... Aku dan Naa selalu berkongsi apa-apa masalah dan kalau bab bergelak ketawa memang kitaorang yang menang sebab kitaorang ni 'gila-gila'... Sekarang ni dia study di ILP, Kuala Lumpur... Buat Naa atau Rama-ramaku, aku sangat merindui kamu... Sayang sangat kamu... Jangan nakal-nakal dan tak sabar-sabar nak balik kampung buat perangai 'gila-gila' macam dulu!

:: Maryam ::

Budak perempuan dalam gambar tu nama dia ialah Siti Maryam dan nama glamournya ialah Mar... Aku dengan  Mar satu sekolah dan sekelas masa form six di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering (SMKSN)... Selepas habis belajar di SMKSN  aku dan Mar study di PPYT... Kami satu kelas dan sebilik di hostel...  Mar ni seorang yang happy go lucky, kepoh, kelakar dan mencuit hati... Senang cerita dia ni memang suka buat lawak sampaikan aku dan kawan-kawan yang lain asyik ketawa saja...  Mar jarang buat muka sedih sebab muka dia memang muka happy aje... Dalam kelas  Mar memang power kalau subjek Seni Visual dan memang tangan berseni halus pandai melukis... Sekarang ni dia belajar di UMS, baguskan?:-)... Aku memang susah nak jumpa dia sebab duk jauh sangat, haha! Buat  Mar, aku rindu nak dengar suara kamu yang suka pot pet dan kita sama-sama bergelak tawa mesra... Bahagianya! Apa-apa pun  Mar teruskan dengan status Mar yang happy go lucky okey... Sayang kamu! (Lupa pulak, gambar  Mar tu 'diculik' dari FB dia, hehe).
:: Daku & Intan ::
Nama budak perempuan bertudung hitam dalam gambar tu ialah Intan... Aku kenal  Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering (SMKSN)... Kami sama-sama form six cuma kelas saja yang tak sama... Nak kata kawan tu kawan biasa-biasa sahaja sebab aku tak kenal sangat Intan time tu... Kalau terserempak senyum dan sapa-menyapa biasa aje... Oh ya,  Intanlah orang pertama yang panggil aku 'Nabila' di sekolah itu sebab orang lain semua panggil aku 'Umie'... Nak dijadikan cerita aku dan  Intan sama-sama ambil STPM di PPYT dan kebetulan satu bilik dengan aku...  Intan sekatil dengan aku tapi katil atas la.... Aku dan Intan mula rapat bila kawan aku, Maryam kawan baik Intan... So, bermulalah persahabatan dan sememangnya aku memang rapat dengan Intan...Ke mana-mana pasti kami bersama sambil bergelak tawa... Oh rindunya time tu! Sekarang  Intan  belajar di UiTM Shah Alam... Sejak dah habis exam STPM aku dengan  Intan dan tak berjumpa... Masing-masing sibuk nak-nak Intan dapat masuk U awal daripada aku... Apa-apa pun buat  Intan, aku sentiasa merindui kamu... Sayang kamu dan jangan nakal-nakal okey! :-)

:: Daku & Azie ::

Budak perempuan yang pakai tudung berwarna purple + pink nama dia ialah Nur Bazielah tapi nama glamour Azie... Azie ni orang Setiu, Terengganu dan belajar sekali dengan aku di PPYT... Kiranya Azie punya dialek Setiu memang kaw-kaw walaupun dia belajar di Besut, hehe... First tengok Azie ni memang tidaklah seberapa mesra... Kenapa? Azie ni tak banyak bercakap dan lebih suka diam sahaja... So, aku tengok Azie ni pun biasa-biasa aje... Eh lupa pulak, Azie pun sebilik dengan aku di hostel PPYT... Aku dan Azie mula rapat dan mesra bila kawan aku juga, Maryam berkawan dengan dia... So, masa tu aku, Intan, Maryam dan Naa yang satu geng ni terima dia jadi geng kitaorang... Aku memang rapat dengan Azie... Kami selalu makan, sembahyang, belajar dan mandi bersama-sama (Ooops, mandi tu sama-sama sebab bilik air besar... Kitaorang ni straight yer, haha!)... So, time tidur pun bersama termasuklah sepupuku, Naa sekali (Katil Queen)... Aku paling tergelak bila tengok Azie ni menggelabah dan kalut bagai nak rak sedangkan benda remeh aje, haha... Sekarang ni, aku pun dah tak jumpa dia sejak aku dapat masuk ASWARA... Azie pula sekarang ni study di Kuala Lumpur dan aku plan nak jumpa dia bila kami free... Buat Azie, aku sentiasa rindu memori kita dulu dan kamu memang budak yang baik... Tak banyak songeh, bagus-bagus! Haha.. Sayang kamu!

Sebelum nak habiskan pot pet aku kasi korang tengok gambar kitaorang dulu, okey?
-GENG AWEK PPYT-


:: Awek PPYT bergaya sakan... Meletup! ::

:: Ke mana-mana pasti kami berlima :-) ::

:: Moga tautan ini kekal sampai bila-bila :-) ::





Post a Comment