10 April 2011

PINJAM DUIT?


:: Gambar hiasan ::

Semalam aku pergi Alamanda Putrajaya dengan kawan-kawan aku, Asean Iskandar, Edd Luigi dan Wani. Edd Luigi saja bawak kitaorang pergi jalan-jalan memandangkan kitaorang tidur rumah dia di Bangi. Okey, sampai di Alamanda Putrajaya datang kawan baik Edd Luigi,  Azie dan Jiman jumpa Edd Luigi. Jalan punya jalan aku pun tertarik nak masuk satu kedai ni. Aku saja je nak masuk kat kedai tu sebab kedai tu cantik, menarik dan yang penting satu kedai tu colour pink. So, sesuai la kalau aku, Asean dan Wani masuk kedai tu sebab ada gaya keperempuanan, haha.. Aku ajaklah diaorang masuk kedai ni dan tengok-tengok Asean dah teruja pilih barang mengalahkan aku yang ajak diaorang tadi, hehe. Aku pusing-pusing satu kedai tengok apa yang menarik tapi tengok ajelah. Aku tak minat pun nak beli sebab nak jalan-jalan aje.

Bosan menunggu Asean pilih barang aku pun cuit-cuit barang yang sangat cantik depan aku. Errkk, cantik memang cantik tapi harganya.. Mak oii, dua tiga kali kena fikir, haha.. Aku pun ada idea nak kenakan Asean,hahah...

Aku    : Asean, aku nak buat loan boleh tak?
Asean : Loan? Boleh, Umie nak beli apa?
Aku    : Nak beli barang la. Aku dah jumpa benda yang aku berkenan tapi masalahnya tak cukup duit.
Asean : Alah, boleh ajelah nak loan. Ambillah dulu benda tu.
Aku    : Betul ke nak bagi loan? (Aku dah  nak ketawa)
Asean : Betullah. Weh, asal ko gelak ni? (Asean pusing belakang tengok aku dan aku tersengih).
Aku    : Tak ada apa-apalah. Sure ko boleh bayar okey...

Asean angguk je dan aku pun tunjuk benda yang aku nak. Dia kata okey dan lepas tu aku pun tunjuk harga sebenar pengepit rambut ni... RM 49.90! Asean terkejut dan tergelak sebab aku berjaya kenakan dia. Asean bengang sebab dia ingatkan harga benda tu dalam harga RM 10.00 ke bawah, hahaha.. Sampai sekarang aku tengah tulis cerita ni masih lagi ketawa sebab dapat kenakan Asean. Haha!
Post a Comment