07 April 2011

PENGAKUAN EKSKLUSIF !


:: Inilah GEDOMBAK... Susah weii nak main (Orang Macam Aku la, hehe) ::

Aku mahu membuat pengakuan kepada semua orang yang datang singgah blog aku. Ini pengakuan eksklusif yang terhangat tapi tak adalah sampai masuk paper, hehe. Sebenarnya, aku memang tak ada bakat untuk berjiwa menyentuh alat muzik! Aduhaaii, bagilah aku main alat muzik pasti bunyinya hancur! Hahaha.

Contohnya? Ada... Kalau tak buat apa aku nak buat pengakuan eksklusif, hehe...

Jujur aku mengaku aku memang slow bab main alat muzik. Kalau dalam kelas Wayang Kulit akulah manusia yang dicop tangan kayu sebab note tu jadi hangit. Nak buat macam mana memang tangan kayu original. Ishh, aku dah tak sabar-sabar nak sem 2 bye-bye dengan cepat. Bukan aku tak suka dan tak enjoy tapi masalahnya aku ni memang tak berbakat main alat muzik. So, kesimpulannya kenalah terima hakikatnya. Hehehe :-)

Tapi tak bermakna kalau aku tak berbakat main alat muzik menghalang aku dari...

Aku suka sangat-sangat dengar lagu...
Setakat nak nyanyi lagu sorang-sorang tu boleh la, haha
Aku suka tengok orang main alat muzik...
Bukan aku yang main yer nanti hancur! Haha

Sudahlah... Ada-ada ajelah kau ni Miylo Meow!
Hidup mesti diteruskan sebab aku pasti berjaya! :-)
Post a Comment