01 April 2011

NO APRIL FOOL!



1 APRIL = APRIL FOOL... APRIL FOOL adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang untuk mengenakan sesiapa sahaja. Di sebalik menyambut APRIL FOOL dalam kalangan mereka yang beria-ia meraikan benda terutamanya UMAT ISLAM tentu tidak mengetahui sejarah APRIL FOOL sebenarnya... Jadi, di sini aku mahu kasi tahu korang semua tak payah la nak beria-ia sakan nak sambutAPRIL FOOL terutamanya UMAT ISLAM sebabnya...

Perayaan APRIL FOOL disambut dan diraikan pada waktu kejatuhan KERAJAAN ISLAM di Sepanyol. Setelah sekian lama KERAJAAN ISLAM bertapak kurunnya di Granada, Sepanyol akhirnya runtuh diserang oleh TENTERA-TENTERA KRISTIAN.

Pada hari PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri mereka. TENTERA-TENTERA KRISTIAN tidak berpuas hati dan berusaha juga untuk menghapuskan ORANG-ORANG ISLAM dari Sepanyol.

PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal yang berlabuh di pelabuhan. PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM risau dan ragu-ragu jika tawaran tersebut adalah penipuan. Mereka pun pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan itu. Setelah melihat kapal-kapal itu dan berpuas hati PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM membuat persiapan untuk bertolak.

Pada keesokan harinya, 1 APRILPENDUDUK-PENDUDUK ISLAM mengambil semua barangan yang telah disiapkan untuk menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah PIHAK KRISTIAN mengambil kesempatan untuk menggeledah dan membakar rumah PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM. Lebih malang lagi apabila PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM tidak sempat untuk menaiki kapal tersebut kerana semuanya dibakar.

Kemudian, PIHAK KRISTIAN menyerang KAUM MUSLIM dan membunuh mereka semua iaitu LELAKI, PEREMPUAN dan ANAK-ANAK KECIL. Peristiwa serangan berdarah  terhadap PENDUDUK-PENDUDUK ISLAM yang sangat menyedihkan diraikan oleh TENTERA KRISTIAN. Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja disambut dan diraikan di Sepanyol malah di serata dunia.

Paling menyedihkan apabila ORANG-ORANG ISLAM yang jahil tidak tahu peristiwa ini juga turut meraikan APRIL FOOL. Sedihnya apabila ORANG-ORANG ISLAM yang menyambut APRIL FOOL tidak tahu mereka sebenarnya meraikan ulang tahun pembunuhan SAUDARA SEISLAM mereka sendiri. 

Buat mereka iaitu UMAT ISLAM yang mengetahui sejarah APRIL FOOL hentikanlah menyambut dan meraikan perayaan yang cukup menyedihkan. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa membuka pintu taubat dan memberi hidayah untuk kita semua. AL-FATIHAH.
Post a Comment