20 April 2011

CERITA EXAM WAYANG KULIT



:: Aku bertudung hitam (pegang Gedombak) ::

Hohoho, sejak akhir ni aku terlalu sibuk dengan kerjaku sampai aku tak sempat nak berblog… Okey, sebenarnya aku sibuk dengan final exam Wayang Kulit yang dilangsungkan bermulanya hari Sabtu sehingga hari Isnin kelmarin dulu… Oops, sorry sebab aku terlupa nak invite korang datang ASWARA gara-gara terlalu sibuk… Sorry  okey, next time aku letak picture cantik-cantik mahu jemput korang datang ASWARA tengok segala bagai show kat sini…  Group aku ialah group keempat dari lima group dan show my group hari Ahad (malam)… Disebabkan tarikh final exam Wayang Kulit dah nak dekat setiap malam aku dan geng aku bertungkus-lumus buat latihan bagai nak rak berlatih semata-mata nak buat yang terbaik nanti…

Okey, hari ini aku nak membebel panjang sikit sebab dah lama tak berblog… Kepada korang yang sudi nak baca terima kasih banyak-banyak yer, hehe…

Ahad (malam-nak show Wayang Kulit),
Aku dah siap-siap pakai baju kurung yang bertemakan warna hitam bersama gengku… Memang terbaik la korang geng sebab bekerjasama nak pakai warna hitam malam ni… Aku dan geng duduk di pentas merah kecil duduk menunggu giliran kitaorang buat show… Group ketiga yang main malam ni ialah Fakulti Filem dan Video… Tengah diaorang buat show tiba-tiba kayu kelir sebelah kiri patah dan agak sedikit kalut lepas tu semuanya okey… Main punya main bebudak Filem dan Video habislah diaorang punya show… Aik sekejap pulak rasanya… Tambah-tambah lagi aku yang tengah dup dap bagai nak rak tercabut jantung aku sebab takut dan berdebar nak exam punya pasal… Dah la orang ramai datang, hehe…

Naik atas pentas dan ambil tempat masing-masing…
Geng Geduk – Johan dan Ajis
Geng Gedombak – Aku (Umie), Hady, Eg, Aizat, Jowani dan Hazul.
Geng Canang – Nadiah, Bella, Anith, Edd, Yien & Abang Yus
Kesi - Rozi
Gong - Uda ( Diganti dengan Eric )

First lagu dimainkan ialah Lagu Hulubalang dan pergghh, berdebar tahap antarabangsa! Lantaklah janji dah duduk atas pentas dan dapat buat yang terbaik. Habis je lagu Hulubalang, Tok Dalang (Pak Nasir) main-main dengan patung yang comel di depan kelir… Masa tu ada suara bergelak ketawa terhibur dengan cerita Pak Nasir sampaikan aku yang neves ni pun boleh bergelak ketawa,hoho (*_*)… Lepas tu main lagu Perang… Haa, lagu ni korang rilex jer… Muka pemain gedombak ketat-ketat sebab tahan je pukul gedombak sebab lagu ni lagu laju giler, huhu…

Tengah main lagu Perang tiba-tiba lampu kelir mati dengan jayanya, huhu… Aku dan geng pulak kalut jugak sebab fikir nak main ke terus berhenti tapi disebabkan kitaorang ni budak yang baik dan patuh arahan dengan Tok Guru kitaorang teruskan main lagu ni… Adoiii, dah la lagu ni laju lepas tu kitaorang semua dah tak berdaya nak pukul laju-laju sebab terlalu lama…  Lagu Perang versi laju dah bertukar jadi Lagu Perang slow sebab kitaorang punya pasal,haha… Pak Nasir pantas tukar mentol lampu dan sambung balik main-main patung segala yang ada dan aku menarik nafas lega sebab  lagu Perang habis juga…  Malam ni show group aku hanya mainkan lagu Hulubalang, Perang dan Maharisi (penutup) – lega sebab tak main lagu PlenLagu Plen memang best tapi laju… Aku selalu terlepas note lagu ni sebab laju… Ceh, buat malu aku je,hehe…

Akhirnya, tamatlah show group aku dan aku apalagi bergumbira sakan la sebab final exam Wayang Kulit dah habis! Opps, tunggu kena hantar assignment Wayang Kulit dan ada exam sorang-sorang lepas tu bebas dari subjek Wayang Kulit… Sukanya,hehe… Tapi suka-suka pun sedih jugak sebab lepas ni dah tak main lagu Wayang Kulit, tak ada lagi dengar suara lec dan tutor ajar kitaorang kalau buat salah,  lepas ni dah tak kena marah-marah atau kena bebel kalau tak dapat main dengan baik,lepas tu dah tak ada muka bebudak geng aku buat latihan gigih setiap malam dan  tak dapat la pukul dan peluk-peluk sayang gedombak kesayangan aku, huhu… Sedih la pulak, hurmm… Tapi apa-apa pun harap-harap result Wayang Kulit dapat yang terbaik… Insya Allah!

Buat lec-lec dan tutor, terima kasih sebab tunjuk ajar dan mengajar kami bebudak yang masih mentah lagiTerima kasih kerana membuatkan kami semua mengerti dan menghargai keindahan, nilai dan kesenian Wayang Kulit… Terima kasih juga buat geng Fakulti Penulisan dan Seni Halus atas kerjasama sama-sama semua… Aku wakil budak Penulisan senang bekerjasama dengan korang geng Seni Halus, chaiyok!! Mohon maaf dan silap andai selama ini ada buat salahMoga-moga Allah masih menyatukan kita semua bersaudara sampai bila-bila, Amin…

p/s : Thanks Sis Long & Abang Dee sebab datang my show exam Wayang Kulit… Gembira dapat jumpa Leman Sangkar!
Post a Comment