Duit Tabung Untuk Belajar :D

11 April 2011

BARANG HANTARAN

:: Patung Kucing Comel! ::

Patung Harimau Comel! ::

Sebut tentang barang hantaran mesti orang terfikir nak bagi apa... Semalam aku borak dengan kawan aku dan terkeluar pasal kahwin. Aku pun terfikir la tentang barang hantaran dan teringat semalam masa pergi Alamanda Putrajaya aku dan kawan-kawan aku pergi masuk kedai mainan... Bulat je mata aku tengok barang mainan budak-budak zaman sekarang ni. Jauh benar barang mainan aku masa kanak-kanak dulu. Hebat dan moden budak zaman sekarang ni.

Okey, sedang tengok barang mainan aku pun tengok la patung-patung yang comel tersusun di rak. Aku pun tertarik tengok patung harimau! Aduhh, comel sangat patung tu. Aku pun ambil dan peluk patung harimau tu. Aku pun mula berhajat nak memiliki patung harimau yang aku tengah pegang tu. Aku pun tak tahu kenapa la aku ni sengal sangat nak patung harimau.

Aku pun letak balik patung harimau dan tengok pulak tengok  patung kucing. Aduhaii,  patung kucing pun comel jugak! Aku memang dah lama nak patung kucing tapi tak beli-beli lagipun. Alah, lagipun kucing originalkan ada so sebab tu aku tangguhkan nak memiliki patung kucing tu... Aku peluk patung kucing tu dan letak balik. 

Aku dah buat keputusan yang aku rasa yang terbaik. Nanti kalau aku nak kahwin, aku nak bakal suami kena kasi patung harimau dan patung kucing sebagai barang hantaran. Ahh, aku tak kira jugak bakal suami aku wajib bagi dua-dua patung comel untuk aku, hehe. Aku pun terfikir bila aku nak kahwin? Nanti aku boleh dapat patung harimau dan patung kucing dengan guna barang hantaran. Cepat-cepatlah kahwin nanti dapat dengan cepat patung tu. Sengalkan? Haha... Apa-apa pun aku nak jugak patung harimau dan patung kucing jadi milik aku. Sukanya! :-)
Post a Comment

Duit Tabung Untuk Belajar :D