29 April 2011

BABY 'CINTA' KOKO :-)



Aku ada cerita pasal KOKO DATANG MEMUJUK (klik sini)... Dah beberapa hari aku tengok Koko diam kebosanan tak ada teman... So, aku pun buat keputusan nak cari teman istimewa untuk Koko. Kesian kot dia sorang-sorang duduk dalam rumah dia. Kalau nak bercakap dengan aku memang tak la. Aku bukannya pandai dan tahu bahasa berkura-kura dengan golongan kura-kura, haha! Edd Luigi pun bawak aku pergi satu kedai binatang ni dan aku pun belilah Cik Kura-kura betina ni yang berharga RM 8.00. Alah setakat untuk Koko tak ada masalah sangat. Balik hostel aku mempersembahkan Cik Kura-kura betina ni kepada Koko. Haa, nama kura-kura betina ni aku panggil 'Baby' sebab dia kecik sangat, huhu..


:: Selamat datang Baby :-) ::

:: Baby yang pandai bergambar ::

:: Comelnya! :-) ::

:: Hye sayang :-) ::

Meh tengok aksi Encik dan Cik Kura-kura aku kat bawah ni ek..


:: Koko membujang sedang termenung jauh ::

:: Jeng jeng... Baby dah nampak Koko :-) ::
:: Masing-masing malu tapi mahu ::

:: Tengok, dah bertegur sapa :-) ::
:: Akhirnya, bersama dan bersatu juga :-) ::
Sekarang Koko dah ada teman, Baby. Moga kamu berdua bahagia yer. Mama yang single ni  nak couple pun cancle sebab tengok korang berdua pun dah cukup bahagia. Cukuplah Mama ada kamu berdua sudah bermakna dalam hidup MamaMama sayang kamu berdua, love.... Muaaahhxxx! :-)
Post a Comment