14 April 2011

ALHAMDULILAH SEBAB SUKANYA... :-)




Hohoho, sudah siap buat assignment Bahasa Melayu aku pun jenguk blog kesayanganku... Tengah menjenguk blog aku tergerak hati nak buka portal pelajar ASWARA... Mahu lihat sesuatu dan aku masukkan no matrik student dan kad pengenalanku di ruang putih muka portal pelajar... Terus aku membuka bahagian 'Akaun Pelajar' dan aku lihat 'Baki Yuran : RM 0.00'... Aku pun tersenyum gembira dan bersyukur kerana selesai juga bayaran yuranku semester 2 ni... Bimbang jugak kalau tak dapat masuk exam gara-gara gagal bayar yuran semester 2... Cuak beb! Aku masih tersenyum kerana lega tidak perlu memikirkan bayaran yuran untuk semester ini...

Oops, lupa pula nak kasi tahu... Petang tadi (13/4/2011) aku tergerak hati nak pergi pejabat Bendahari ASWARA nak tanya pasal duit pinjaman Yayasan Terengganu... Alih-alh masa dalam kelas Pengenalan Drama Radio ada panggilan dari ASWARA... Alhamdulilah, Allah memurahkan rezeki aku sebab duit Yayasan Terengganu boleh diambil di pejabat Bendahari ASWARA... Sekarang, aku tidak lagi perlu bergantung dan menyusahkan sangat  my parents kat kampung nak hulur duit untuk aku setiap bulan... Harap-harapnya duit pinjaman aku dapat semester 2 ni bertahan lama... Mahu jadi gadis yang berjimat cermat pabila bersayap di kota besar Kuala Lumpur, Insya Allah... Amin :-)
Post a Comment