04 April 2011

AL-FATIHAH UNTUK SERI BAYU



Al-FATIHAH untuk Penulis Lirik, Seri Bayu atau nama sebenar Jamaludin Sulik, 47 tahun meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2 April 2011. Arwah Seri Bayu meninggal dunia akibat penyakit saraf. Menurut anak angkat beliau, Sarina Abd Ghani menyatakan bahawa beliau telah dibawa  ke Hospital Port Dickson pada hari Jumaat setelah mendapati keadaan beliau semakin tenat. Menurut isteri arwah, Erema, jenazah arwah Seri Bayu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan selepas Solat Zohor.


:: Tinggal Kenangan - AL-FATIHAH ::
Berakhirlah segala dugaan dan penderitaan yang arwah Seri Bayu hadapi selama ini dengan noktah nafas untuk selama-lamanya.
Semoga roh dan pemergian Allahyarham di cucuri rahmat & sejahtera di bawah payung lindungan yg Maha Esa. AL-FATIHAH.
Post a Comment