29 April 2011

BABY 'CINTA' KOKO :-)



Aku ada cerita pasal KOKO DATANG MEMUJUK (klik sini)... Dah beberapa hari aku tengok Koko diam kebosanan tak ada teman... So, aku pun buat keputusan nak cari teman istimewa untuk Koko. Kesian kot dia sorang-sorang duduk dalam rumah dia. Kalau nak bercakap dengan aku memang tak la. Aku bukannya pandai dan tahu bahasa berkura-kura dengan golongan kura-kura, haha! Edd Luigi pun bawak aku pergi satu kedai binatang ni dan aku pun belilah Cik Kura-kura betina ni yang berharga RM 8.00. Alah setakat untuk Koko tak ada masalah sangat. Balik hostel aku mempersembahkan Cik Kura-kura betina ni kepada Koko. Haa, nama kura-kura betina ni aku panggil 'Baby' sebab dia kecik sangat, huhu..


:: Selamat datang Baby :-) ::

:: Baby yang pandai bergambar ::

:: Comelnya! :-) ::

:: Hye sayang :-) ::

Meh tengok aksi Encik dan Cik Kura-kura aku kat bawah ni ek..


:: Koko membujang sedang termenung jauh ::

:: Jeng jeng... Baby dah nampak Koko :-) ::
:: Masing-masing malu tapi mahu ::

:: Tengok, dah bertegur sapa :-) ::
:: Akhirnya, bersama dan bersatu juga :-) ::
Sekarang Koko dah ada teman, Baby. Moga kamu berdua bahagia yer. Mama yang single ni  nak couple pun cancle sebab tengok korang berdua pun dah cukup bahagia. Cukuplah Mama ada kamu berdua sudah bermakna dalam hidup MamaMama sayang kamu berdua, love.... Muaaahhxxx! :-)

MENUNGGU SI BLOGGER :-(


Meh nak pot pet sikit yer... Sebenarnya aku nak pot pet benda yang sepatutnya aku dah post kat blog aku kelmarin dulu-dulu... Heh,, biaq aku nak kasi cerita kat korang yer... Kisahnya begini kawan aku ni, Jowani (Joe) nak jumpa si blogger yang terkenal lagi hebatnya... Hantar email lepas tu balas saling membalas, si blogger pun setuju la nak jumpa... Joe ni pulak minat dan suka nak jumpa si blogger ni... Yelah blogger terkenal kot... Lepas tu aku pun setuju la nak temankan Joe jumpa si blogger ni... Hari Ahad di Dunkin Donut, Mid Valley pukul 3.00 jumpa kat situ... Aku dan Joe pulak datang awal pkul 2 lebih... So, sebelum nak tunggu kemunculan si blogger ni aku kasi korang tengok pic yang aku snap... Tengok dulu ek...


:: Sampai di Dunkin Donut kitaorang snap mesra-mesra dulu ::

:: Senyum dan terus tersenyum time bergambar ::

:: Termenung menunggu si blogger ::

:: Main sembunyi-sembunyi belakang botol sebab kebosanan! ::

:: Jowani termenung. Aku ajak dia main BINGO ::

:: Main SOS pulak, hoho. Menunggu orang ni memang kerja tak ada gaji ::

:: Tengok, aku menang (21) dan Joe kalah (10). Haha! ::

:: Joe sudah tunjuk protes ::

:: Pukul 3.40 petang si blogger tak muncul-muncul lagi! ::
Hah, tengok pic kitaorang berdua je... Mana si blogger tu? Hurm, hampeh!!! Lama tahu tak kitaorang tunggu... Tengok pic kitaorang sampai korang nak termuntah sebab muka yang sama je... Joe pulak dah muka sedih... Sabar Joe ek... Mana taknya dah dekat pukul 4 tak datang-datang jugak! Ooops lupa nak cerita Joe ni sengal jugak sebab terlupa nak ambil no telefon si blogger yang terkenal ni.. Adehhh! Lupa-lupa pun Joe kata si blogger ni memang dah ada no telefon Joe... Aku pun terfikir... Aik, si blogger ni ada no telefon Joe rupa-rupanya...Hoho, rilek je memang aku rasa nak tembak si blogger ni... Sepatutntya kalau datang lambat ke tak boleh datang ke call sudah... Tak payahlah buat kitaorang ternanti-nanti macam ni... Kalau ikutkan aku boleh buat kerja part time kat Dunkin Donut tu... Bengang seyh! 

:: Muka bengang tapi masih kontrol cun depan kamera dan kami blah ::

:: Jalan-jalan jumpa benda besar ni datang dekat aku. Terkejut aku! ::

:: Senyum Joe waluapun sakit hati! Hehe ::

:: Singgah kat Big Apple, lapar pulak ::

:: Makan :-) ::

:: Akhirnya Joe makan Big Apple dengan hati yang senang, haha! ::
So, buat si blogger... Kamu orang terkenal, terhebat, disukai dan jadi pilihan ramai... Please tolong berdisiplin ek kalau jumpa orang... Kalau tak sudi nak jumpa ke rejectlah awal-awal... Jangan cakap 'yer', 'ok' dan apa-apa ajelah... Huh, aku dah cuak ni... Okey ni pengakuan ek... Aku sebenarnya tak kenal pun si blogger ni tapi Joe ni yang asyik duk pot pet pasal si blogger aku pun tahulah sikit-sikit... Lain kali jangan menyusahkan orang yer... Penat menunggu! :-(

25 April 2011

SONY ERICSSON W995 :-)


Hohoho, kali ini aku nak pot pet pasal handphone pulak... Sebenarnya, aku ni kalau bab handphone ni memang agak laju jugak la... Sebenarnya, aku dah lama nak tukar handphone baru sebab handphone Nokia 6300 aku dah uzur dan tenat... Tunggu nak buat wasiat je, eh tak adalah... Gurau je, haha... Meh sini aku tunjuk aku beli handphone baru... Jap-jap ni bukan nak tunjuk-menunjuk ek... Aku cuma nak kasi tahu pilihan handphone aku kali ini... So mana tahu korang tertarik nak intai-intai handphone ke... Jom, pot pet sekejap yer!

SONY ERICSSON W995
















Sebelum aku nak beli handphone Sony Ericsson ni aku intai-intai kat internet... Nanti apa-apa mudah la aku tahu kelebihan dan keistimewaan handphone yang aku mahu... Cari punya cari aku pun jumpa la si comel ni dan aku tengok-tengok... Hati aku dah cair... Aku buat keputusan aku nak dapatkan telefon ini jadi hak milik aku... Psiko tak aku minat sakan dengan handphone ni? Huhu...

Korang nak tahu tak sebab apa aku nak sangat telefon ni?

aku nak style slide... saja poyo nak pakai tolak-tolak,haha...
dia punya keypad cantik, kecil, banyak dan mudah digunakan...
ada walkman yang memang menepati citarasa aku...
Ini paling penting... Kamera dia 8.1 megapixel....
Ada Wi-Fi dan segala jenis bagai aku nak berinternet...
ada besi melentuk comel di belakang dia... Waah, sukanya!
Berat dia pun oke... Ringan dan mudah nak bawa ke mana-mana...
Dia punya sound nak melalak memang best dan mantap!
Aku nak handphone yang ber3G...
dan
bla bla bla bla........

Hurm, kalau nak cerita banyak pun tak boleh jugak... Nanti korang cuak pulak,huhu... Apa-apa pun aku sangat berpuas hati dan selesa menggunakan handphone ni... Pilih punya pilih aku ambil colour merah... Wahh, sexy you! :-p

So, kalau korang nak pot pet aku kenapa tak pakai handphone yang lebih canggih, ada touch skrin, power dan apa-apa ajela... Memang aku tak nak... Aku nak SONY ERICSSON W995 je... Like sangat...

Thanks to Muhd Aizie dan Nazliza Amelia Juhary sebab jadi perunding aku untuk cuit-cuit handphone aku hari tu yer... :-)


KOKO DATANG MEMUJUK

Hari tu aku post pasal  KEHILANGAN JACOB dan masih lagi bersedih... Sunyi giler bila Jacob dah tak ada... Lepas tu, malam hari tu aku baru lepas mandi dan keluar dari bilik air... Edd Luigi tersenyum pada aku dan suruh aku tutup mata... Dia kata nak bagi kejutan untuk aku... Lepas tu dia suruh aku bukak mata dan ada bungkusan putih dia bagi kat aku... Aku terkejut dan gembira sangat-sangat... Korang nak tahu apa Edd Luigi bagi? Meh kita intai-intai ek :-)

KOKO










Inilah my baby terbaru... Nama dia Koko (Jantan)... Waah, bahagia dah gembira sangat-sangat dapat budak kecik ni... Comel sangat! 

Sebenarnya, selepas Jacob dah tak ada aku memang nak cari pengganti Jacob... Kalau lama sangat tak ada pengganti Jacob kang boleh buat aku menangis... Mana taknya asyik rindu Jacob memang buat aku nangis ler, huhu... 

Malam tu aku tak sangka Edd Luigi kasi hadiah bernyawa ni untuk aku... Thanks sangat-sangat Edd Luigi sebab bagi hadiah ni... Hadiah yang cukup bernilai dan bermakna untuk aku... Thanks yer Edd Luigi :-)

Aku janji aku akan jaga elok-elok my baby ni... Aku akan jaga dan sayang sama aku sayang Edd Luigi... Buat Koko, kamulah lambang persahabatan antara aku dengan Edd Luigi... Sayang kamuKoko... 

Koko punya aktiviti : suka jalan-jalan, makan banyak-banyak, suka intai aku buat kerja dan bila aku tengok dia... Dia cepat-cepat sembunyi kepala dia dalam air... Ceh macam aku tak nampak dia malu-malu dengan aku, hehe... Koko suka duduk atas batu...

Koko, nanti mama cari awek cun untuk kamu yer... Mesti kamu suka punyer! :-)

22 April 2011

TEATER TRADISIONAL MAK YONG “RAJA BONGSU SAKTI”




MAK YONG “RAJA BONGSU SAKTI”

Tarikh Pementasan
22 April 2011 Jumaat - 8.30 p.m.-10.30 p.m.
23 April 2011 Sabtu - 8.30 p.m.- 10.30 p.m.
24 April 2011 Ahad - 8.30 p.m.-10.30 p.m.

PANGGUNG EKSPERIMEN TEATER ASWARA
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ,
464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Tiket
Kanak-Kanak/Pelajar : RM 5
Dewasa : RM 10
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
Puan Wan Hazelinda : 03-2697 5053
Puan Royah Abd. Samad : 03-2697 5046

SINOPSIS

Mak Yong Raja Bongsu Sakti mengisahkan tentang seorang anak raja yang bernama Raja Bongsu Sakti iaitu putera kepada Permaisuri Anderawati di sebuah negeri kayangan Pelengge Cahaya. Raja Bongsu Sakti terlalu merindui bondanya kerana semenjak berkahwin, mereka tidak pernah bertemu. Oleh itu, Raja Bongsu Sakti dan isterinya yang rupawan, Puteri Ucana Muda kemudian bertekad untuk pulang bertemu dengan bonda mereka dengan menaiki sebuah jong (kapal). Dalam pelayaran pulang ke negeri Pelengge Cahaya, mereka tiba-tiba diserang oleh Jin Selangkah Tunggal yang cuba merampas Puteri Ucana Muda. Dapatkah mereka mengatasi cabaran yang tidak diduga ini? Sama-sama kita saksikan kesudahannya.
"Melangkah ke hadapan bersama tradisi'

21 April 2011

TEATER MODEN 'BUAT MENYAPU SI AIR MATA'




TEATER MODEN 'BUAT MENYAPU SI AIR MATA'

Persembahan oleh Pelajar Tahun 1 Diploma Teater

22 April 2011 @ 8.30 malam
23 April 2011 @ 3.00 petang & 8.30 malam
24 April 2011 @ 3.00 petang

Studio Black Box, ASWARA

SINOPSIS

“Buat Menyapu Si Air Mata” mengisahkan kepincangan yang berlaku dalam kehidupan berumahtangga dan dalam masyarakat. Aini merupakan isteri kepada Samad yang merupakan seorang pegawai di sebuah kampung pedalaman. Dia bertugas sebagai pemantau di ladang di  kampung tersebut. Aini merupakan seorang isteri yang banyak memendam rasa di atas kelakuan suaminya yang curang dan berkelakuan negatif. Dalam masa yang sama, Aini turut memendam perasan dan menyimpan harapan terhadap kekasih lamanya Kamal. Kamal merupakan seorang penulis dan untuk mencari bahan-bahan untuk menyiapkan novel terbarunya, dia telah ke kampung di mana Aini dan Samad tinggal. Mereka merupakan sahabat lama. Selama mencari bahan-bahan tersebut, Kamal menetap di rumah sahabat  lamanya Samad dan Aini lalu situ  timbul pelbagai konflik antara mereka. Aini mula tidak dapat menahan gelora perasaan yang telah dipendam sekian lama terhadap bekas kekasihnya, Kamal. Manakala kamal pula berada dalam keadaan serba salah kerana memikirkan persahabatannya dengan Samad. Samad pula merupakan seorang suami yang bengis. Dia membuat hubungan sulit di belakang isterinya bersama Timah, isteri kepada Itam, orang gajinya. Samad juga adalah seorang yang selalu makan suap. Dia selalu memberi projek kepada seorang kontraktor bernama Bee Eng dengan syarat Bee Eng memberinya ganjaran sepertimana yang diminta. Kegiatan Samad ini dapat dihidu oleh Kamal melalui peladang-peladang yang membantunya mendapatkan bahan-bahan yang dicari. Kamal berniat ingin membantu Samad kembali ke pangkal jalan. Aini pula telah diceraikan oleh Samad kerana mencurigai Samad yang curang. Aini merayu kepada Kamal untuk pergi bersamanya dan meyakinkan Kamal bahawa Samad benarbenar curang. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga,Itam telah menangkap Samad bersama isterinya, Timah di bawah rimbun buloh dan terbuktilah bahawa Samad seorang yang curang lalu Kamal tanpa ragu-ragu pergi bersama Aini.

20 April 2011

KEHILANGAN JACOB

:: Kedudukan Jacob bila dah tak ada :-( ::

:: Aku letak balik sebab sedih :-( ::

Pukul empat lebih petang sebelum nak exam Wayang Kulit aku masih lagi tercongok di meja study… Tengah main laptop hati aku tergerak nak cuit-cuit anak angkat kesayanganku (kura-kura), Jacob… Aku alihkan sedikit kedudukan dan tengok Jacob dalam rumah dia… Aku rasa lain bila tengok kepala Jacob keluar semacam dan aku pun tak sedap hati… Aku buka ‘pintu’ rumah dia dan pegang dia… Aku terkedu dan diam sekejap… Jacob diam dan keras… Mata dia pun dah kuyu tak nak buka-buka tengok aku… Cengkerang dia pun dah lembik dan tak keras… Jacob… Jacob dah tak ada rupanya… Jacob dah mati… Aku tahan air mata aku dari menitisAku sedih sebab inilah kali kedua haiwan yang aku sayang dan selalu aku tengok dia setiap masa rupa-rupanya dah tak ada… Dulu, aku kehilangan kucing kesayanganku, Comel Sayang dan sekarang Jacob pulak tinggalkan aku… Aku usap kepala Jacob dan aku benar-benar sedih dengan kehilangan Jacob walaupun dia anak angkat aku aje…

~IMBAS KEMBALI~

Perkenalan pertama
  • Aku duduk sebilik dengan Jowani (mak kandung Jacob)… Aku tengok Jacob dalam rumah biru dia… Aku tegur Jacob sebab aku tak pernah ada koleksi kura-kura selain kucing aje… Jadi aku tertarik sangat-sangat dengan Jacob bila tengok dia terlalu comel.
  • Seminggu Jacob sempat duduk sebilik dengan aku sebab Jowani pindah bilik masa tu… Jadi, aku dan kawan-kawan yang jaga Jacob… Itulah kali pertama aku mandi, bagi makan dan cium-cium JacobJacob pula malu-malu dengan aku…

Terpisah seketika
  •  Aku dan Jacob terpisah sebab Jowani dah angkut rumah Jacob duduk di bilik lain sehinggalah cuti semester 1 bermula…

Kembali bertemu dan menyayangi
  •  Masuk semester 2 ni, Jowani duduk sebilik dengan aku… Aku tercari-cari Jacob dan rupa-rupanya Jowani tinggalkan Jacob di rumah sewanya sudah hampir seminggu! Oh my God! Aku terkejut sebab kasihan Jacob ditinggalkan agak lama nak-nak mesti Jacob lapar… Aku paksa Jowani balik rumah sewa dia cepat-cepat semata-mata bawa Jacob duduk di hostel.
  • Akhirnya, Jacob datang kembali bertemu dengan aku dan Jacob betul-betul lemah… Kasihan Jacob… Terlalu rindu dengan Jacob, aku mintak izin Jowani nak letak rumah Jacob di meja studyku dan Jowani bagi… Jacob pula malu-malu bila aku mula mengusik dia…  Aku janji hanya satu hari tapi sudah terlebih hari pula… Jowani pun dah tak kisah Jacob duduk di meja studyku setiap hari...
  • Mulai hari itu, Jacob setia duduk meja studyku… Bangun pagi, aku akan pastikan dia mandi (kalau sempat) dan wajib bagi dia makan sebelum aku pergi kelas… Dalam kelas, aku selalu ingat dan rindu kat Jacob… Kadang-kadang tak sabar nak balik hostel sebab nak tengok Jacob aje…  Lama-lama Jacob pun dah biasa dengan aku… Dia dah tak malu-malau… Dulu masa aku mandikan dia mesti kepala, tangan dan kaki dia masuk dalam cengkerang tapi sekarang tak… Dia pun dah biasa… Kalau aku mandi dan cium-cium dia dah okey dan tak lagi main sembunyi kepala dia, huhu

Akhirnya, terpisah jua
  • Tidak sangka hari ini (Ahad – 17 April 2011) Jacob tinggalkan aku buat selama-lamanya… Sedihnya… Patutlah dua hari sebelum dia dah nak pergi aku mandikan dia… Dia lemah semacam aje dan bagi makan pun dah tak lalu… Patutlah...
  • Jacob, lepas ni tak ada siapa lagi nak tengok dan temankan aku buat assignment sampai pukul 3, 4 pagi…  Dulu kalau Jacob ada, aku tak sunyiBila aku bosan dan stress buat assignment hanya Jacob tempat aku hilangkan tekanan… Kadang-kadang aku tak perasan Jacob tengok aku buat assignment… Jacob, rindu kenangan itu… Sedihnya…

p/s : Thanks Jowani sebab izinkan aku menjaga dan berkasih sayang dengan Jacob yer… Semoga kau tabah Jowani…

:: Jacob tengah syok tidur ::

:: Favourite Jacob tidur atas batu ::

:: Sekarang tinggal kenangan... Bye, Jacob ::

CERITA EXAM WAYANG KULIT



:: Aku bertudung hitam (pegang Gedombak) ::

Hohoho, sejak akhir ni aku terlalu sibuk dengan kerjaku sampai aku tak sempat nak berblog… Okey, sebenarnya aku sibuk dengan final exam Wayang Kulit yang dilangsungkan bermulanya hari Sabtu sehingga hari Isnin kelmarin dulu… Oops, sorry sebab aku terlupa nak invite korang datang ASWARA gara-gara terlalu sibuk… Sorry  okey, next time aku letak picture cantik-cantik mahu jemput korang datang ASWARA tengok segala bagai show kat sini…  Group aku ialah group keempat dari lima group dan show my group hari Ahad (malam)… Disebabkan tarikh final exam Wayang Kulit dah nak dekat setiap malam aku dan geng aku bertungkus-lumus buat latihan bagai nak rak berlatih semata-mata nak buat yang terbaik nanti…

Okey, hari ini aku nak membebel panjang sikit sebab dah lama tak berblog… Kepada korang yang sudi nak baca terima kasih banyak-banyak yer, hehe…

Ahad (malam-nak show Wayang Kulit),
Aku dah siap-siap pakai baju kurung yang bertemakan warna hitam bersama gengku… Memang terbaik la korang geng sebab bekerjasama nak pakai warna hitam malam ni… Aku dan geng duduk di pentas merah kecil duduk menunggu giliran kitaorang buat show… Group ketiga yang main malam ni ialah Fakulti Filem dan Video… Tengah diaorang buat show tiba-tiba kayu kelir sebelah kiri patah dan agak sedikit kalut lepas tu semuanya okey… Main punya main bebudak Filem dan Video habislah diaorang punya show… Aik sekejap pulak rasanya… Tambah-tambah lagi aku yang tengah dup dap bagai nak rak tercabut jantung aku sebab takut dan berdebar nak exam punya pasal… Dah la orang ramai datang, hehe…

Naik atas pentas dan ambil tempat masing-masing…
Geng Geduk – Johan dan Ajis
Geng Gedombak – Aku (Umie), Hady, Eg, Aizat, Jowani dan Hazul.
Geng Canang – Nadiah, Bella, Anith, Edd, Yien & Abang Yus
Kesi - Rozi
Gong - Uda ( Diganti dengan Eric )

First lagu dimainkan ialah Lagu Hulubalang dan pergghh, berdebar tahap antarabangsa! Lantaklah janji dah duduk atas pentas dan dapat buat yang terbaik. Habis je lagu Hulubalang, Tok Dalang (Pak Nasir) main-main dengan patung yang comel di depan kelir… Masa tu ada suara bergelak ketawa terhibur dengan cerita Pak Nasir sampaikan aku yang neves ni pun boleh bergelak ketawa,hoho (*_*)… Lepas tu main lagu Perang… Haa, lagu ni korang rilex jer… Muka pemain gedombak ketat-ketat sebab tahan je pukul gedombak sebab lagu ni lagu laju giler, huhu…

Tengah main lagu Perang tiba-tiba lampu kelir mati dengan jayanya, huhu… Aku dan geng pulak kalut jugak sebab fikir nak main ke terus berhenti tapi disebabkan kitaorang ni budak yang baik dan patuh arahan dengan Tok Guru kitaorang teruskan main lagu ni… Adoiii, dah la lagu ni laju lepas tu kitaorang semua dah tak berdaya nak pukul laju-laju sebab terlalu lama…  Lagu Perang versi laju dah bertukar jadi Lagu Perang slow sebab kitaorang punya pasal,haha… Pak Nasir pantas tukar mentol lampu dan sambung balik main-main patung segala yang ada dan aku menarik nafas lega sebab  lagu Perang habis juga…  Malam ni show group aku hanya mainkan lagu Hulubalang, Perang dan Maharisi (penutup) – lega sebab tak main lagu PlenLagu Plen memang best tapi laju… Aku selalu terlepas note lagu ni sebab laju… Ceh, buat malu aku je,hehe…

Akhirnya, tamatlah show group aku dan aku apalagi bergumbira sakan la sebab final exam Wayang Kulit dah habis! Opps, tunggu kena hantar assignment Wayang Kulit dan ada exam sorang-sorang lepas tu bebas dari subjek Wayang Kulit… Sukanya,hehe… Tapi suka-suka pun sedih jugak sebab lepas ni dah tak main lagu Wayang Kulit, tak ada lagi dengar suara lec dan tutor ajar kitaorang kalau buat salah,  lepas ni dah tak kena marah-marah atau kena bebel kalau tak dapat main dengan baik,lepas tu dah tak ada muka bebudak geng aku buat latihan gigih setiap malam dan  tak dapat la pukul dan peluk-peluk sayang gedombak kesayangan aku, huhu… Sedih la pulak, hurmm… Tapi apa-apa pun harap-harap result Wayang Kulit dapat yang terbaik… Insya Allah!

Buat lec-lec dan tutor, terima kasih sebab tunjuk ajar dan mengajar kami bebudak yang masih mentah lagiTerima kasih kerana membuatkan kami semua mengerti dan menghargai keindahan, nilai dan kesenian Wayang Kulit… Terima kasih juga buat geng Fakulti Penulisan dan Seni Halus atas kerjasama sama-sama semua… Aku wakil budak Penulisan senang bekerjasama dengan korang geng Seni Halus, chaiyok!! Mohon maaf dan silap andai selama ini ada buat salahMoga-moga Allah masih menyatukan kita semua bersaudara sampai bila-bila, Amin…

p/s : Thanks Sis Long & Abang Dee sebab datang my show exam Wayang Kulit… Gembira dapat jumpa Leman Sangkar!

14 April 2011

ALHAMDULILAH SEBAB SUKANYA... :-)




Hohoho, sudah siap buat assignment Bahasa Melayu aku pun jenguk blog kesayanganku... Tengah menjenguk blog aku tergerak hati nak buka portal pelajar ASWARA... Mahu lihat sesuatu dan aku masukkan no matrik student dan kad pengenalanku di ruang putih muka portal pelajar... Terus aku membuka bahagian 'Akaun Pelajar' dan aku lihat 'Baki Yuran : RM 0.00'... Aku pun tersenyum gembira dan bersyukur kerana selesai juga bayaran yuranku semester 2 ni... Bimbang jugak kalau tak dapat masuk exam gara-gara gagal bayar yuran semester 2... Cuak beb! Aku masih tersenyum kerana lega tidak perlu memikirkan bayaran yuran untuk semester ini...

Oops, lupa pula nak kasi tahu... Petang tadi (13/4/2011) aku tergerak hati nak pergi pejabat Bendahari ASWARA nak tanya pasal duit pinjaman Yayasan Terengganu... Alih-alh masa dalam kelas Pengenalan Drama Radio ada panggilan dari ASWARA... Alhamdulilah, Allah memurahkan rezeki aku sebab duit Yayasan Terengganu boleh diambil di pejabat Bendahari ASWARA... Sekarang, aku tidak lagi perlu bergantung dan menyusahkan sangat  my parents kat kampung nak hulur duit untuk aku setiap bulan... Harap-harapnya duit pinjaman aku dapat semester 2 ni bertahan lama... Mahu jadi gadis yang berjimat cermat pabila bersayap di kota besar Kuala Lumpur, Insya Allah... Amin :-)

NASIB BAIK :-)

:: Sempat posing dalam kelas! Hehe... ::

Pagi ni aku terlambat bangun dan cepat-cepat mandi untuk memastikan aku dapat bersiap sebaik mungkin... Aku tengok Jowani baru siap mandi dan boleh melenggang lengok di bawah kipas,hehe... Aku angkut beg hitam aku dan keluar dari bilik nakk pergi kelas... Masa nak pergi kelas Analisis Dan Interprestasi Teks (Kelas Elekftif) boleh pulak Abang Nasir, tutor subjek Pengenalan Drama Radioku menegur aku... Aku pun balas gitu-gitu aje sebab nak cepat...

Sampai di bilik sinografi aku tengok pintu kelas dah ditutup... Erkk, aku pun dah cuak  sebab CheKem dah ada dalam kelas... Hoho, kalau korang nak tahu CheKem ni kalau disiplin masa memang tegas woooo tapi bagus sebab dapat mendisiplinkan aku sekali... Pernah student kelas CheKem datang lambat dann CheKem  hi hi bye bye kat diaorang... Maknanya tak dibenarkan masuk kelas sebab terlalu lambat dan tidak menepati masa... Ini kali pertama aku datang lambat kelas CheKem gara-gara lambat bangun...

Okey, aku memang dup dap sebab mana tahu kena hi hi bye bye dengan CheKem yang comel ni... Dia nampak aku kat luar dan aku buat isyarat seakan-seakan ' boleh masuk tak?' dengan jari telunjuk kat dalam kelas... CheKem pun angguk dan aku bergumbira sakan bersyukur sebab tak kena halau, haha! Terima kasih CheKem... Saya janji tak akan datang lambat lagi okey? Hehe...

11 April 2011

BARANG HANTARAN

:: Patung Kucing Comel! ::

Patung Harimau Comel! ::

Sebut tentang barang hantaran mesti orang terfikir nak bagi apa... Semalam aku borak dengan kawan aku dan terkeluar pasal kahwin. Aku pun terfikir la tentang barang hantaran dan teringat semalam masa pergi Alamanda Putrajaya aku dan kawan-kawan aku pergi masuk kedai mainan... Bulat je mata aku tengok barang mainan budak-budak zaman sekarang ni. Jauh benar barang mainan aku masa kanak-kanak dulu. Hebat dan moden budak zaman sekarang ni.

Okey, sedang tengok barang mainan aku pun tengok la patung-patung yang comel tersusun di rak. Aku pun tertarik tengok patung harimau! Aduhh, comel sangat patung tu. Aku pun ambil dan peluk patung harimau tu. Aku pun mula berhajat nak memiliki patung harimau yang aku tengah pegang tu. Aku pun tak tahu kenapa la aku ni sengal sangat nak patung harimau.

Aku pun letak balik patung harimau dan tengok pulak tengok  patung kucing. Aduhaii,  patung kucing pun comel jugak! Aku memang dah lama nak patung kucing tapi tak beli-beli lagipun. Alah, lagipun kucing originalkan ada so sebab tu aku tangguhkan nak memiliki patung kucing tu... Aku peluk patung kucing tu dan letak balik. 

Aku dah buat keputusan yang aku rasa yang terbaik. Nanti kalau aku nak kahwin, aku nak bakal suami kena kasi patung harimau dan patung kucing sebagai barang hantaran. Ahh, aku tak kira jugak bakal suami aku wajib bagi dua-dua patung comel untuk aku, hehe. Aku pun terfikir bila aku nak kahwin? Nanti aku boleh dapat patung harimau dan patung kucing dengan guna barang hantaran. Cepat-cepatlah kahwin nanti dapat dengan cepat patung tu. Sengalkan? Haha... Apa-apa pun aku nak jugak patung harimau dan patung kucing jadi milik aku. Sukanya! :-)

10 April 2011

PINJAM DUIT?


:: Gambar hiasan ::

Semalam aku pergi Alamanda Putrajaya dengan kawan-kawan aku, Asean Iskandar, Edd Luigi dan Wani. Edd Luigi saja bawak kitaorang pergi jalan-jalan memandangkan kitaorang tidur rumah dia di Bangi. Okey, sampai di Alamanda Putrajaya datang kawan baik Edd Luigi,  Azie dan Jiman jumpa Edd Luigi. Jalan punya jalan aku pun tertarik nak masuk satu kedai ni. Aku saja je nak masuk kat kedai tu sebab kedai tu cantik, menarik dan yang penting satu kedai tu colour pink. So, sesuai la kalau aku, Asean dan Wani masuk kedai tu sebab ada gaya keperempuanan, haha.. Aku ajaklah diaorang masuk kedai ni dan tengok-tengok Asean dah teruja pilih barang mengalahkan aku yang ajak diaorang tadi, hehe. Aku pusing-pusing satu kedai tengok apa yang menarik tapi tengok ajelah. Aku tak minat pun nak beli sebab nak jalan-jalan aje.

Bosan menunggu Asean pilih barang aku pun cuit-cuit barang yang sangat cantik depan aku. Errkk, cantik memang cantik tapi harganya.. Mak oii, dua tiga kali kena fikir, haha.. Aku pun ada idea nak kenakan Asean,hahah...

Aku    : Asean, aku nak buat loan boleh tak?
Asean : Loan? Boleh, Umie nak beli apa?
Aku    : Nak beli barang la. Aku dah jumpa benda yang aku berkenan tapi masalahnya tak cukup duit.
Asean : Alah, boleh ajelah nak loan. Ambillah dulu benda tu.
Aku    : Betul ke nak bagi loan? (Aku dah  nak ketawa)
Asean : Betullah. Weh, asal ko gelak ni? (Asean pusing belakang tengok aku dan aku tersengih).
Aku    : Tak ada apa-apalah. Sure ko boleh bayar okey...

Asean angguk je dan aku pun tunjuk benda yang aku nak. Dia kata okey dan lepas tu aku pun tunjuk harga sebenar pengepit rambut ni... RM 49.90! Asean terkejut dan tergelak sebab aku berjaya kenakan dia. Asean bengang sebab dia ingatkan harga benda tu dalam harga RM 10.00 ke bawah, hahaha.. Sampai sekarang aku tengah tulis cerita ni masih lagi ketawa sebab dapat kenakan Asean. Haha!

08 April 2011

RINDU AWEK PPYT HOT!

Hohoho... Kali ini aku nak coret-coret rindu dengan awek PPYT (Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu). Sebenarnya, aku rindu sangat dengan teman-teman aku yang pernah sama-sama belajar STPM sekali dengan aku... Sebelum tu, aku nak kasi tahu yang aku dan teman-temanku (Awek PPYT) student yang suka buat kepoh dan hot di PPYT, hehe... Kitaorang sangat rapat dan ke mana-mana kami pergi pasti berlima... Sekarang ni masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan kami pun susah nak jumpa sebab study tempat lain-lain... Walaupun dah lama tak jumpa kami still contact guna sms,berfacebook & telefon... Nak tahu lagi? Siapa mereka sebenarnya? Ayuh, kita intai-intai sikit.. :-)

::  Daku & Naa ::
Budak perempuan yang pakai tudung warna putih nama dia ialah Yusnina dan nama manja dia ialah Naa... Okey, Naa ni sebenarnya sepupuku yang paling rapat antara kaum kerabat keluargaku... Kami rapat sejak dari kecil sehinggalah sekarang :-)... Ishh, aku sayang giler budak perempuan ni! Dijadikan cerita masa SPM kami sekolah berasingan sebab tempat tinggal kitaorang bukannya dekat tapi kalau nak pergi rumah adalah 30 minit macam tu la... Selepas itu, kitaorang ni ambil STPM di PPYT bersama-sama dengan persetujuan family kitaorang... Aku dan Naa sebilik di hostel... Bukan sebilik saja tapi sekatil cuma sebantal dan seselimut tu tak adalah, huhu... Kitaorang satu kelas dan ambil subjek pun sama-sama... So, kalau ada apa-apa masalah kitaorang saling membantu... Kalau nak ke mana-mana aku mesti pastikan Naa ada sekali dengan aku sebab kalau dia tak ada mesti lain macam aje,huhu... Naa ni kalau orang tak kenal dia mesti orang ingat dia sombong tapi tak sebab dia ni pendiam... Kalau orang kenal dia dengan lebih dekat memang dia terlebih mesra (Jangan marah, haha!)... Aku dan Naa selalu berkongsi apa-apa masalah dan kalau bab bergelak ketawa memang kitaorang yang menang sebab kitaorang ni 'gila-gila'... Sekarang ni dia study di ILP, Kuala Lumpur... Buat Naa atau Rama-ramaku, aku sangat merindui kamu... Sayang sangat kamu... Jangan nakal-nakal dan tak sabar-sabar nak balik kampung buat perangai 'gila-gila' macam dulu!

:: Maryam ::

Budak perempuan dalam gambar tu nama dia ialah Siti Maryam dan nama glamournya ialah Mar... Aku dengan  Mar satu sekolah dan sekelas masa form six di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering (SMKSN)... Selepas habis belajar di SMKSN  aku dan Mar study di PPYT... Kami satu kelas dan sebilik di hostel...  Mar ni seorang yang happy go lucky, kepoh, kelakar dan mencuit hati... Senang cerita dia ni memang suka buat lawak sampaikan aku dan kawan-kawan yang lain asyik ketawa saja...  Mar jarang buat muka sedih sebab muka dia memang muka happy aje... Dalam kelas  Mar memang power kalau subjek Seni Visual dan memang tangan berseni halus pandai melukis... Sekarang ni dia belajar di UMS, baguskan?:-)... Aku memang susah nak jumpa dia sebab duk jauh sangat, haha! Buat  Mar, aku rindu nak dengar suara kamu yang suka pot pet dan kita sama-sama bergelak tawa mesra... Bahagianya! Apa-apa pun  Mar teruskan dengan status Mar yang happy go lucky okey... Sayang kamu! (Lupa pulak, gambar  Mar tu 'diculik' dari FB dia, hehe).
:: Daku & Intan ::
Nama budak perempuan bertudung hitam dalam gambar tu ialah Intan... Aku kenal  Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering (SMKSN)... Kami sama-sama form six cuma kelas saja yang tak sama... Nak kata kawan tu kawan biasa-biasa sahaja sebab aku tak kenal sangat Intan time tu... Kalau terserempak senyum dan sapa-menyapa biasa aje... Oh ya,  Intanlah orang pertama yang panggil aku 'Nabila' di sekolah itu sebab orang lain semua panggil aku 'Umie'... Nak dijadikan cerita aku dan  Intan sama-sama ambil STPM di PPYT dan kebetulan satu bilik dengan aku...  Intan sekatil dengan aku tapi katil atas la.... Aku dan Intan mula rapat bila kawan aku, Maryam kawan baik Intan... So, bermulalah persahabatan dan sememangnya aku memang rapat dengan Intan...Ke mana-mana pasti kami bersama sambil bergelak tawa... Oh rindunya time tu! Sekarang  Intan  belajar di UiTM Shah Alam... Sejak dah habis exam STPM aku dengan  Intan dan tak berjumpa... Masing-masing sibuk nak-nak Intan dapat masuk U awal daripada aku... Apa-apa pun buat  Intan, aku sentiasa merindui kamu... Sayang kamu dan jangan nakal-nakal okey! :-)

:: Daku & Azie ::

Budak perempuan yang pakai tudung berwarna purple + pink nama dia ialah Nur Bazielah tapi nama glamour Azie... Azie ni orang Setiu, Terengganu dan belajar sekali dengan aku di PPYT... Kiranya Azie punya dialek Setiu memang kaw-kaw walaupun dia belajar di Besut, hehe... First tengok Azie ni memang tidaklah seberapa mesra... Kenapa? Azie ni tak banyak bercakap dan lebih suka diam sahaja... So, aku tengok Azie ni pun biasa-biasa aje... Eh lupa pulak, Azie pun sebilik dengan aku di hostel PPYT... Aku dan Azie mula rapat dan mesra bila kawan aku juga, Maryam berkawan dengan dia... So, masa tu aku, Intan, Maryam dan Naa yang satu geng ni terima dia jadi geng kitaorang... Aku memang rapat dengan Azie... Kami selalu makan, sembahyang, belajar dan mandi bersama-sama (Ooops, mandi tu sama-sama sebab bilik air besar... Kitaorang ni straight yer, haha!)... So, time tidur pun bersama termasuklah sepupuku, Naa sekali (Katil Queen)... Aku paling tergelak bila tengok Azie ni menggelabah dan kalut bagai nak rak sedangkan benda remeh aje, haha... Sekarang ni, aku pun dah tak jumpa dia sejak aku dapat masuk ASWARA... Azie pula sekarang ni study di Kuala Lumpur dan aku plan nak jumpa dia bila kami free... Buat Azie, aku sentiasa rindu memori kita dulu dan kamu memang budak yang baik... Tak banyak songeh, bagus-bagus! Haha.. Sayang kamu!

Sebelum nak habiskan pot pet aku kasi korang tengok gambar kitaorang dulu, okey?
-GENG AWEK PPYT-


:: Awek PPYT bergaya sakan... Meletup! ::

:: Ke mana-mana pasti kami berlima :-) ::

:: Moga tautan ini kekal sampai bila-bila :-) ::