09 March 2011

TERIMA KASIH EEKA & NISHA :-)

:: Aku & Nisha Amiruddin ::


:: Aku & Eeka Azmi ::



Pagi lagi aku sudah dikejutkan bangun dari tidur oleh Nisha. Aku bangun dari tidur dan mandi. Begitu juga Eeka yang masih mamai bangun jua dari tidur lenanya. Pukul  7.15 pagi aku bersiap dan mengemas apa yang patut. Hari ini (26/02/2011) aku akan kembali bersayap ke Terengganu dengan menaiki bas kesayanganku, SANI EKPRESS. Pukul 7.40 pagi, aku, Nisha dan Eeka keluar dari asrama perempuan ASWARA menuju ke LRT. Dari LRT BANDARAYA menuju ke LRT PWTC, kami sampai jua ke Stesen Hentian Putra. Mujur jua aku tidak membawa barang terlalu banyak kerana  perjalanan pagi kami lebih terisi dengan berjalan kaki. Penat sangat tetapi aku sangat menghargai detik kesusahan sebagai seorang pelajar. Pukul 8.10 pagi, kami pergi ke gerai (medan selera) Hentian Putra untuk bersarapan pagi. Nampaknya orang tidak ramai di gerai dan kami bertiga menjamu sarapan dengan nasi berlauk. Selesai sarapan pagi, kami duduk di kerusi menantikan kehadiran bas merah dua tingkat tiba di Stesen Hentian Putra. Lebih kurang pukul 9.20 pagi, muncul jua bas SANI EKPRESS bernombor 13.

Sebelum aku menaiki bas, aku bersalaman dan memeluk Eeka dan Nisha serta mengucapkan terima kasih. Ya, terima kasih kerana kalian sanggup bangun awal pagi sudi menemani dan menghantar aku ke Stesen Hentian Putra. Terima kasih Eeka dan Nisha, terima kasih. Kesudian kalian membuatkan aku semakin mengerti hubungan persahabatan yang sanggup bersama aku tika susah dan senang. Aku bersyukur kerana Allah menghadiahkan dua insan ini hadir dalam hidup aku dengan nama  SAHABAT. Sayang kalian berdua, terima kasih.
Post a Comment