09 March 2011

TERIMA KASIH ADIK EG :-)






Hari ini (25/02/2011) aku ditemani oleh adikku tersayang, Eg untuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat kad ATM BSN baru. Penat jugaklah kami mencari BSN dan Alhamdulillah berjaya juga kami mencari BSN dengan cuaca yang memang sangat panas membuatkan kami berpeluh sakan dan penat. Terasa nyaman bila tubuh diselimuti dengan hawa dingin aircond. Namun nyaman itu sementara apabila hajat aku untuk membuat kad ATM BSN baru tidak dapat dilakukan kerana ada dokumen tidak lengkap. Sungguh, kecewa dan sakit hati pun ada namun aku sabarkan jua emosi. Aku menelefon ayahku dan membuat keputusan untuk balik ke Terengganu dengan segera. Atas cadangan dan nasihat Eg lebih baik aku kembali ke Terengganu untuk menyelesaikan urusan peribadiku tentang kehilangan beg duit dan juga Yayasan Terengganu. Aku bersetuju dan meminta ayahku memasukkan duit untuk beli tiket bas balik ke Terengganu. Pukul 2 lebih, aku bersama Eg tiba juga di Stesen Hentian Putra. Aku membeli tiket bas dan akan balik ke Terengganu esok (26/02/2011) dan bertolak pukul 9.30 pagi. Berjaya juga aku membeli tiket bas dengan ditemani Eg dengan lancar. 

Di sini, aku mahu berterima kasih dengan adikku Eg sebab sanggup menemani aku ke hulur sana sini dengan cuaca yang panas dan kepenatan. Terima kasih dik kerana sanggup menemani kakakmu untuk beberapa hari ini sejak aku dalam kesusahan kehilangan beg duit tempoh hari. Terima kasih juga kerana ‘menumpangkan’ kad ATM Maybanknya  untuk aku kerana aku kehilangan kad ATM Maybank tempoh hari. Terima kasih ya dik. Andai hari ini aku dalam kesusahan ada jua huluran tanganmu membantu aku dan andai engkau pula kesusahan aku setia menghulurkan tanganku untukmu. Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila dengan disulami kasih sayang adik dan kakak, Amin….
Post a Comment