11 March 2011

HATI SEORANG LELAKI




Sebuah kehidupan
Diantara dua generasi
Seringkalinya
Tiada selarian pendapat
Pedih dan siksanya
Kedua ibu bapa
Mengharungi badai kehidupan
Air mata teman kesusahan
Mengumpul sedikit harta
Menyara putra dan putri
Ingatkah kita tanpa menyaksikan
Leluhur keringat ayahanda dan bonda?

·        Inilah luahan hati seorang lelaki yang bernama A.Y.A.H… Ya, dalam maknanya puisi yang ayah nukilankan… Tentu ayah berada di hospital dan bosan  sangat, agaknyalah… Sedang aku ‘menggeledah’ telefon nokia ayahku dan terpaparlah sebuah nota kecil menarik perhatianku… Aku buka nota dan itulah puisi hati seorang lelaki… Benar, dia lelaki yang terhebat walaupun jatuh tersungkur kerana sakit dan juga kehidupannya kini dek manusia yang tidak tahu mengenang erti  K.E.B.U.D.I.A.N… Puisi ini aku ‘lekatkan’ di blog kesayanganku agar menjadi ingatan kepadaku tentang hati seorang lelaki yang sanggup bersusah payah dan berkorban demi zuriatnya…  Malang sekali ada juga zuriat tidak mampu memiliki luahan ini kerana gagal menjadi manusia yang bijak dan berguna… Aku juga tidak mengerti mengapa disaat ‘kerebahan’ seorang lelaki ada juga yang masih kabur untuk menafsirkan erti sebuah kehidupan… Ingatlah, susah dan senang semuanya dari kehendak ALLAH S.W.T dan aku mohon agar suatu hari manusia itu juga akan merasainya… Sedikit pun tidak mengapa asalkan dia mengerti ‘kesakitan’ yang diluahkan oleh seorang lelaki dan juga A.Y.A.H
Post a Comment