30 March 2011

LOGO TERHEBAT DALAM KENANGAN

:: Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi ::

:: Wajah ASWARA terbaru ::


Tahun 2010 ialah tahun yang paling bermakna dalam hidup aku... Aku tersenyum gembira, terharu dan bersyukur apabila menerima surat yang berlambangkan pohon beringin berwarna kuning keemasan... Logo pohon beringin itulah lambang segala-galanya apabila "Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi"... Sayang sememangnya teramat sayang apabila aku nak pergi kelas lalu di depan lobi dan aku ternampak kepingan besi bersilver berubah wajah... Ya, di depan tangga nak naik pergi Okestra Hall (OH) dulu aku bangga melihat logo pohon beringin tersergam indah penuh makna... Itu dulu dan sekarang sudah berubah... Bukan lagi pohon beringin yang menghiasi setiap langkah titian tangga... Aku sedih sebab sukar untuk melepaskan pohon beringin itu... Kini, logo yang berbentuk lenggang lengok berwarna oren yang dililit dengan ukiran moden tapi maaf aku tidak dapat menerima wajah logo baru itu... Maaf dan maaf ya kepada pihak yang mengubah wajah logo baru itu... Selagi masih ada kata-kata tersemat dalam hati aku "Melangkah Ke Hadapan Bersama Tradisi" logo pohon beringin kuning keemasan itu tetap dalam kenanganku... Aku tetap mahukan pohon beringin itu kerana tradisi segala-galanya ada makna dan nilai yang tersendiri... 

:: TINGGAL KENANGAN ::






29 March 2011

PERSOALAN?

Semalam aku singgah di blog yang berkaitan dengan kesihatan... Ini nama blog yang kusinggah : Rawatan Dan Penyembuhan Diri dan aku pun intai-intai apa yang patut... Menarik kerana berkaitan dengan kesihatan dan aku pun tertarik melihat ruangan cbox 'Sembang Kesihatan' di blog itu... Aku menjenguk dan ada beberapa soalan daripada pengunjung blog dan membuatkan aku tertarik... Aku pun cuba juga ingin bertanya dan mana tahu soalanku akan akan dijawab... Hari ini aku singgah di blog ini dan terjawab soalanku yang kutanya semalam... Cepatnya, bagus-bagus... I LIKE :-)


27 Mac 11, 12:10

miylo meow: hye... singgah dan nak b'tnya ni... adakah kebiasaan kalau sakit pinggang selepas buang air besar dan batuk? satu lagi, saya sering mengigil dan pening kepala.. apa puncanya? thnx :-)

27 Mac 11, 04:19

hurairah: kebiasaanya mereka yg rsa sakit pingang msa batuk or buang air besar kmunginan msalah tulang belakang. tp klau lepas kencing pn sakit tu tnda batu karang. bnyakan minum air masak n bersenam.

27 Mac 11, 04:21

hurairah: gejala sakit pngang biasa trjadi bila kita duduk telalu lama, atau jika batuk teruk. klau seseorang tu berbadan gempal lg sakit bila batuk.

Aku pun terfikir tentang jawapan tersebut... Benarkah kecuali 'lepas kencing' syukur aku tidak pernah mengalaminya... Sebenarnya agak lama jugak aku sudah sakit pinggang tetapi aku rahsiakan dari keluargaku... Entah, aku tidak mahu mereka tahu kerana aku mahu mereka tahu aku kuat... Aku tidak suka menyusahkan keluargaku kerana aku terlalu menyayangi mereka... Sampai sekarang sakit pinggangku makin menjadi-jadi dan kalau aku menggeliat pasti sakit... Aku pun tidak pasti sakit pinggangku makin kuat ada kaitan dengan jatuh tangga... Tahun lepas dan seingat aku pada bulan 11... Time itu aku nak turun tangga... Lepas tu aku tergelincir dan terjatuh sebanyak empat anak tangga... Aduuhh, sakitnya macam keguguran pula... Sengal, hahahaha!  Entah apa yang sedang berlaku dengan tubuhku dan aku mohon jauhkan sebarang penyakit datang kepadaku... So sesiapa yang tahu tentang benda ni dan sudi berkongsi singgahlah menegur sapaku di sini... 

*Nak pergi hospital tapi tidak tahu bila ingin pergi... Sibuk... Huhu :-(

MR. ASSIGNMENT LAGI :-(



Aku masih lagi terbeban dengan lambakan Mr. Asgment yang sengaja mencuri kenikmatan hidupku... Masih banyak lagi yang perlu aku mencelik minda menyiapkan segala persoalan dalam kertas putih untuk Mr. Asgment... Pening bila memikirkan tentang Mr. Asgment sehingga membuatkan aku menjadi stress, uuurrggghhh!!... Aku tidak suka stress hanya kerana tekanan study... Maaf, aku harus belajar menghadapi kenyataan tentang study memang terikat kemas dengan Mr. Asgment... Huhu...

Aku akan gagal jika aku tidak berjaya menyiapkanMr. Asgment.. Ya, ini akan menjejaskan segala-galanya dan mampu membuatkan aku tersungkur jatuh... Aku tidak mahu dan bukan ini yang aku pinta... Aku mahu berjaya dan janji aku sudah tentu mahu menyiapkan Mr. Asgment secepat mungkin tetapi dengan isi yang kemas dan padat... Insya Allah, Amin... :-)


SELAMAT HARI LAHIR, AYAH

:: SELAMAT HARI LAHIR,AYAH :-) ::


27 MAC 1957
Dia dilahirkan di bumi Terengganu,
Dia membesar dengan kasih sayang keluarga,
Dia mula mengerti tentang kehidupan dunia,
Tapi...
Dia anak orang kesusahan dan kemiskinan,
Mula meniti kehidupan warna-warni yang kosong,
Dia tidak dapat mengerti kemewahan keemasan,
Dia anak lelaki yang memiliki adik-beradik ramai,
Pernah...
Dia dihalang belajar kerana kekangan duit,
Dia anak yang tabah dan berusaha berjihad untuk keilmuan,
Diam-diam dia mencelah dunia huruf dan angka,
Rupa-rupanya dia anak yang pandai mengikat ilmu di minda,
Bangkit...
Dia bangkit berusaha mencari sinar kehidupan,
Dia jadi sang penggembara merantau sana sini,
Segala usaha penat lelah bergabung menjadi tenaga,
Syukur, dia berjaya memiliki kerjaya untuk masa depannya,
Cinta...
Dia bertemu taman hati cinta yang indah,
Berhubungan darah warisan keluarga - bersepupu,
Permaisuri idaman hati - Munoh binti Mat Ali,
Mereka bersatu dalam kehidupan abadi kerana cinta,
Zuriat...
Sudah tiba masanya kelahiran warisan generasi keluarga,
Ada rezeki dan anugerah daripada ALLAH S.W.T,
Lahirlah lima zuriat generasi atas dasar cinta sejati mereka,
Najihah, Nurul Arijah, Muhammad Nahar, Ummi Nabilah dan Fatma Amirah,
Bahagia :-)

27 MAC 2011
Buat ayahanda tercinta, Mat Adam bin Awang Hamad,
Selamat Hari Lahir ke-54,
Semoga panjang umur, murah rezeki, sentiasa ada kesihatan yang baik-baik,
Semoga bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta,
Sentiasa diberkati dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T...

Ayah,
Sesungguhnya, Kak Chik sungguh berasa bertuah dan bersyukur,
Dijadikan sebagai cahaya mata cinta Ayah dan Emak,
Apa pun yang pernah dugaan dan cabaran datang menduga,
Percayalah Kak Chik sentiasa di sisi Ayah walaupun adakalanya kita berjauhan,
Andai ada silap dan salah maafkan Kak Chik,
Semoga di usia yang kian mendatang Ayah makin berbahagia,
Salam kasih dan sayang dari Kak Chik,
Kak Chik sayang sangat-sangat Ayah!
Muahhhhxx!!

:: Emak dan Ayah :-) ::

:: Ayah & Daku - Miylo Meow ::

:: Sis Tih, Adik Maa, Abang Ngah & Sis Long ::




26 March 2011

COMEL SAYANG :-)



Bila tengok gambar ni kenangan datang menerpa mengusik taman hati aku... Sedih... Rindu... Sayang... Suka... Ya, semua itu dalam rasa-rasa emosi aku tika mata sedang melihat gambarnya... Dia... Kucing yang paling terbaik dan terhebat dalam hidup aku... Tanpa disangka, dia seekor kucing yang begitu baik. manja, nakal dan bijak menarik perhatianku... Sayangku, Comel Sayang... Aku rindu mahu mengait titian memori kita dulu... Biarpun kau hanya kucing tetapi engkaulah raja dalam taman hati aku... Aku rindu sama kamu sayang... 

Aku rindu ingin melihat kau menyambut kedatanganku di tangga itu...
Aku rindu mahu melihat kau meminta makanan kepadaku...
Aku rindu mahu merasai sentuhan ciumanmu di wajahku...
Aku rindu mahu bergambar dengan kau yang pandai beraksi...
Aku rindu pabila melihat kau datang kepadaku...
Selepas makan pasti kau datang dengan manja...
Kau duduk di ribaanku dengan aksi yang sangat comel...
Aku rindu pabila aku terbangun dari tidur...
Rupa-rupanya kau setia berada di sisiku...
Kau tidur disebelah ku dengan baringan di lenganku...
Kemudian, aku tersenyum bahagia melihat kau setia denganku...
Dan aku mencium dan memelukmu dengan kasih sayangku :-)

Comel sayang,
Aku rindu...!
Kerna terlalu rindu air mataku pasti menitis...
Itulah kerinduanku yang tak pernah aku mampu lenyapkan...
Lihatlah, walaupun kau sudah tiada...
Namamu seringku sebut-sebut membasahi bibirku...
Ke mana-mana sahaja aku pergi...
Gambar kita berdua pasti aku bawa sekali...
Itu tandanya kasih dan sayangku untukmu hingga akhir hayatku...
Aku sayang kamu, COMEL SAYANG!



IBU ATAU ANAK?

:: IBU :-) ::

ATAU

:: Si Comel BABY :-) ::


Aiikk, kenapa aku letak gambar ibu mengandung dan baby comel di atas? Hurrmm.. mesti korang fikir aku nak nak gatal sangat nak kahwin lepas tu dapat babykan? Hahaha! Tidak... Tidak... Tidak... Belum tiba masanya lagi :-).

Sebenarnya,ada satu topik yang menarik mahu aku kongsikan sama kalian yang baik hati singgah di blog aku ni... Topik 'IBU ATAU ANAK' timbul bila semalam kawan aku, Asean Iskandar berbicara tentang ni... Time ni kami dari Selayang nak balik ke ASWARA... Soalan  Asean Iskandar berbunyi seakan-akan begini :-

Andai ditakdirkan korang mengandung dan tiba-tiba korang di beri dua pilihan... Korang ada masalah untuk bersalin dan hanya dua pilihan sahaja iaitu  menyelamatkan IBU atau ANAK? Apa pendapat korang?

Aku pun diam dan terasa sedih bila dengar soalan tu... Aku dapat bayangkan betapa pedih dan peritnya terpaksa membuat pilihan yang melibatkan dua nyawa... Aku pun menjawab soalan  Asean Iskandar... "Jika dah ditakdirkan begitu mungkin aku terpaksa mengorbankan ANAK... Sebab kalau aku diselamatkan mungkin ada rezeki lagi untuk mendapat ANAK..."

"Betul tu, kalau aku pun sama macam kau... Lebih-lebih lagi kalau suami kata kita gugurkan baby sebab kita masih berpeluang lagi untuk 'membuat' baby... Lagi satu kita kena ingat syurga ada dengan suami...", kata  Asean Iskandar pula..

Aku pun terfikir, betul jugak... Jika itu kehendak suami, isteri harus mendengarnya jika tidak... Faham-fahamlah sendiri ya.... Aku diam kembali dan berfikir jika aku dalam situasi yang menyedihkan itu... Sedihnya dan aku mohon berdoa kepada ALLAH S.W.T agar jauhkanlah dugaan ini... Aku faham betapa peritnya terpaksa membuat pilihan yang melibatkan nyawa orang yang tersayang...

Kepada my luvy mom, MUNOH BINTI MAT ALI... Terima kasih kerana bersusah payah mengandung dan melahirkan anakmu walaupun ada dugaan datang melanda untukmu... Sesungguhnya, aku bersyukur kerana menjadi anakmu kerana kau ialah wanita yang terhebat dan disanjungi dalam hidupku sampai bila-bila... Terima kasih Mak... Sayang Mak, muahhxxx! :-)

ROTI CANAI :-(

:: Yummy, bestnya! :-) ::

:: My fav - Roti Canai Tisu :-) ::

Petang semalam pukul 4 lebih aku terasa mahu ngoyen-ngoyen (ibarat kata adik Eg kesayanganku, hehe )... Memandangkan aku sedang 'berbulan' ni macam-macam aku nak makan... Sekejap nak makan benda manis tapi sebenarnya aku tak suka sangat benda manis... Lepas tu  teringin pulak nak makan roti canai... Aku pun sms kawan aku, Ain Chelsea mintak tolong dia belikan roti canai sebab aku duduk dalam bilik (hostel)... Jam dah pukul 5.12 petang, aduhaaiii lambatnya masa nak berlalu sebab kelas Ain Chelsea habis pukul 6 lebih... Aku pulak tengah menunggu dengan mulut yang dah berair nak makan roti canai, huhu... Jam pukul 6. 15 pm, Ain Chelsea sms aku... Adeeehh, roti canai dah habis! Hurmm... Tiba-tiba sedih sebab nak makan tapi tak dapat... Aku pujuk diri aku jangan sedih gara-gara roti canai jer... Mungkin tak ada rezeki, huhu... Lain kali ajelah yer Miylo Meow <3...

25 March 2011

MR. ASGMENT SUKA KACAU :-p




Aduhaiii... Sekarang ni kepala aku berat dengan perkataan MR. ASGMENT! Argghh, banyaknya nak kena buat... Satu-persatu asgment datang menyemak dalam hidup aku... Bukan satu, bukan dua, bukan tiga tapi lebih dari itu asgment aku sekarang ni... Banyaknya nak kena siapkan, haha... Itulah nak belajar sangatkan sekarang tengoklah kena buat asgment banyak-banyak... Nama lagi student Fakulti Penulisan memang kena molek sangatlah, hahahah... Exam dah nak tiba tapi otak masih fikir asgment... Beratnya nak fikir tentang asgment... Sekarang aku tengah berusaha menyiapkan asgment dengan sebaik mungkin dan tak mahu lagi membebankan kepala dengan asgment... Mudah-mudahan ALLAH S.W.T permudahkan segala urusan aku dan lancarkan segala persiapan aku dengan asgment ni... INSYA ALLAH, Amin... 

24 March 2011

SAKIT DATANG LAGI!

:: Sakitnya! ::

Tengah bermesra dengan Mr. Asgment di lappy CA2...
Terasa ada yang kurang kena...
Sudah muncul 'keperempuananku' hari ini...
Patutlah sejak akhir-akhir ni ada saja berlaku...
Asyik marah-marah macam sengal aje...
Sakit pinggang terasa macam dah patah...
Asyik sakit kepala sampai nak tidur aje...
Menggigil sana sini kalau tak makan...
Lenguh-lenguh tak usah dicerita...
Malam-malam wajib sapu minyak angin...
Hurmm, rupa-rupanya dia nak datang...

Sekarang, aku masih bersama lappy CA2...
Sakit tak usah diceritakan...
Hanya Hawa sekaumku memahami sakit ini...
Sudah beberapa kali aku sapu minyak angin...
Masih sakit lagi terasa mahu menjerit...
Biar bergegar satu hostel ni dengan aku menjerit sakit...
Fikir-fikir aku akhirnya membuka beg kecil ubatku...
Aku ambil pil kuning dan terus kutelan...
Hurmm,harap-harapnya sakit ini berakhir...
:-((

Pergilah senguggut...
Aku tak sanggup kesakitan seperti ini..
Pergilah :-((


15 March 2011

BERUSAHALAH SAYANGKU :-)




Pagi-pagi lagi aku sudah isi perut dengan air kopi bercoklat KH + dua keping roti... Itu cara aku sebelum nak keluar dari bilik dan pergi ke kelas... Pagi ni ada kelas Wayang Kulit... Semua ada dan aku rasa bilik Wayang Kulit hari ini sungguh meriah... Entah, aku pun tidak tahu mengapa tetapi dapat aku rasakan ada 'benda' lain turut memeriahkan suasana bilik... Tidak mengapa, meriah tetap meriah yang pasti belajar tetap belajar... Kali ini kena salin note lagu yang baru seperti Lagu Dewa Keluar, Lagu Dewa Berjalan, Lagu Binatang, Lagu Bota Maharajawana @ Rawana dan Lagu Orang Dapat @ Orang Kampung... Banyakkan note lagu? Sebenarnya note lagu kali ini semuanya pendek je... Moga-moga aku dapat mengingati note lagu kali ini dengan sebaik mungkin... Tengah belajar main lagu yang diajar aku ditegur oleh Adiguru kerana aku 'terlepas' mengejar note lagu... Ya, aku akui sememangnya aku agak lemah untuk menyentuh note lagu bersama pukulan gedombak setia bersamaku... Adakalanya pukulan itu 'enak' dan adakalanya menjadi 'hangit'.... Tidak mengapa, masih ada cara yang dapat diperbaikipulih kelemahan aku... Aku akan cuba dengan bersungguh-sungguh sehingga aku mampu mencapai yang terbaik... Sudah, kelas Wayang Kulit akan datang akan aku cuba lagi belajar dengan sebaik mungkin untuk 'mengikat' note dari 'terlepas'... Insya Allah, Amin..... :-)


14 March 2011

LELAKI IDAMAN


Aku TERGODA dan CAIR bila :-)

  1.  Mengalunkan azan dan membaca Al-Quran… Ya Allah,indahnya hidup aku andai dipertemukan dengan lelaki yang beriman. Sungguh, aku bersyukur jika memiliki lelaki beriman kerana dapat membimbing aku ke jalan kebenaran…
  2. Rambut terpacak… Hehe, sungguh aku tergoda kalau melihat lelaki yang berstylekan rambutnya terpacak… Bagi aku itu adalah gambaran peribadi seorang lelaki yang cukup kemas dan bergaya tanpa perlu memakai pakaian atau barangan berjenama…
  3. Murah dengan senyuman… Aduhaaii, sweetnya bila melihat lelaki tersenyum dengan manis tetapi macho…
  4. Suka berjenaka dan menghiburkan…  Romantiknya jika lelaki itu pandai berjenaka dengan menghiburkan aku sebab aku ni kadang-kadang ada sengalnya dan suka gila-gila.. Hehe...

Aku bersyukur jika dihadiahkan dengan lelaki :-)

  1. Seorang yang mengambil berat… Syukurnya jika ada lelaki yang benar-benar mengambil berat tentang orang yang disayanginya dengan seikhlas-ikhlasnya.. Mengambil berat tetapi tidak semestinya ada sifat mengongkong... Bukan itu yang aku mahukan…
  2. Seorang yang suka akan kanak-kanak… Susah untuk mencari lelaki yang dapat melayan karenah dan bergurau mesra dengan kanak-kanak… Alhamdulilah, jika dipertemukan lelaki sebegini memang dia seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab.
  3. Seorang yang sangat mengasihi dan taat dengan ibu bapanya… Syukur andai aku dihadiahkan lelaki sebegini yang benar-benar mengasihi dan taat dengan ibu bapanya… Jika lelaki sebegini mampu menjadi anak lelaki yang soleh untuk ibu bapanya sudah tentu dia juga mampu menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab.
  4. Seorang yang tidak berkira… Tidak berkira macam mana tu? Ya, tidak berkira apa jua dalam apa perkara seperti dengan sesekali mengalah mengikut pendapat perempuan yang dikasihinya.. Tidak berkira tentang duit ( tengok keadaan juga la), makan minum dan apa-apa jualah…
  5. Seorang yang tegas tetapi baik hati… Senang cerita aku ni kadang-kadang degil , hehe… So, syukurnya andai  ada lelaki yang tegas tetapi baik hati melayan karenah aku yang degil… Aku mudah mengalah andai ada lelaki bersifat tegas tetapi masih baik hati untuk memberi yang terbaik untuk aku.. Tegas bukannya garang atau panas baran ya…

WAJIB ada bila :

  1. Seorang yang memahami… Nah, ini perkara pertama aku mahukan bila ada perhubungan cinta.. Aku paling anti andai lelaki itu tidak mahu memahami tentang diri dan kehidupan aku… Susah untuk bersama dengan orang yang tidak mahu memahami keadaan aku tetapi aku pula yang berlebih-lebih kena memahami keadaannya… Oppss, maaf ya aku memang tak layan lelaki yang pentingkan diri macam ni…
  2. Seorang yang sanggup menerima kelemahan dan kelebihan… Tidak semua orang ada kesempurnaan  yang terbaik… Syukur andainya aku dihadiahkan dengan lelaki yang sanggup menerima segala adanya tentang diri aku tanpa membandingkan aku dengan orang lain… Jika lelaki itu ‘gagal’ menerima kelemahan dan kelebihan aku bermakna dia juga ‘gagal’ menerima pemberian ALLAH S.W.T… Fikir-fikirkanlah ya
  3. Seorang yang jujur dan ikhlas… Ya, jujur dan ikhlas aset penting jika mahu dikasihi dan mengasihi dengan orang tersayang.. Jika tiada dua aset ini maknanya perhubungan cinta tidak akan indah dan bahagia..


11 March 2011

HATI SEORANG LELAKI




Sebuah kehidupan
Diantara dua generasi
Seringkalinya
Tiada selarian pendapat
Pedih dan siksanya
Kedua ibu bapa
Mengharungi badai kehidupan
Air mata teman kesusahan
Mengumpul sedikit harta
Menyara putra dan putri
Ingatkah kita tanpa menyaksikan
Leluhur keringat ayahanda dan bonda?

·        Inilah luahan hati seorang lelaki yang bernama A.Y.A.H… Ya, dalam maknanya puisi yang ayah nukilankan… Tentu ayah berada di hospital dan bosan  sangat, agaknyalah… Sedang aku ‘menggeledah’ telefon nokia ayahku dan terpaparlah sebuah nota kecil menarik perhatianku… Aku buka nota dan itulah puisi hati seorang lelaki… Benar, dia lelaki yang terhebat walaupun jatuh tersungkur kerana sakit dan juga kehidupannya kini dek manusia yang tidak tahu mengenang erti  K.E.B.U.D.I.A.N… Puisi ini aku ‘lekatkan’ di blog kesayanganku agar menjadi ingatan kepadaku tentang hati seorang lelaki yang sanggup bersusah payah dan berkorban demi zuriatnya…  Malang sekali ada juga zuriat tidak mampu memiliki luahan ini kerana gagal menjadi manusia yang bijak dan berguna… Aku juga tidak mengerti mengapa disaat ‘kerebahan’ seorang lelaki ada juga yang masih kabur untuk menafsirkan erti sebuah kehidupan… Ingatlah, susah dan senang semuanya dari kehendak ALLAH S.W.T dan aku mohon agar suatu hari manusia itu juga akan merasainya… Sedikit pun tidak mengapa asalkan dia mengerti ‘kesakitan’ yang diluahkan oleh seorang lelaki dan juga A.Y.A.H

10 March 2011

PENGALAMAN ‘KITAR SEMULA’

LESEN B2 & D


Aku dan Sis Tih datang ke JPJ hari ini (7/03/2011) untuk membuat lesen kereta dan motor yang baru memandangkan beg duit aku hilang punya pasal, huhu. Mujur orang tak ramai sangat kalau tak menunggu lama jugaklah aku jawabnya. No giiliran ketika itu 129 dan no giliranku 133 bermakna cepatlah sikit urusan aku di JPJ, hehe. Giliran aku di kaunter 1 dan seorang pegawai wanita bertugas dengan wajah berseri tersenyum kepadaku. Aku juga tersenyum.

"Nak buat apa dik?"
"Saya nak buat lesen yang baru sebab hilang..."
"Salinan lesen tu kena bayar RM 20.00. Kalau adik nak sambung terus lesen ni kena bayar RM 30.00. Nak sambung ke terus dik?"
"Tak apalah kak. Saya nak buat salinan dululah…"
"Nak mykad yang sementara?"
"Sementara? Erkk, kejap ye kak… Saya terlupa nak bawak sekali.. Ada ya pergi ambil jap, hehe…"

Aku pun pergi ambil mykad sementara tu dan masuk balik ke JPJ yang berhawa dingin tu, hehe. Aku menunggu sekejap kerana ada orang lain di kaunter 1 tu. Selepas tiada orang di kaunter 1 aku terus bangun mendapatkan pegawai wanita tu. Aku menghulurkan mykad sementaraku kepadanya.

"Ada bawak gambar?"
"Ada..."

Aku bagi gambarku kepada wanita itu dan aku tengok pegawai wanita itu menggunting tanpa sebarang garisan pembaris pun. Gunting punya gunting gambar aku dari besar menjadi kecil barulah sekeping kertas warna pink keluar dari printer tu. Pegawai wanita itu pun ‘sarungkan’ kertas dan gambarku menjadi satu dengan erti laminated, hehe…

"Adik belajar kat mana?"
"ASWARA, KL..."
"ASWARA? Kat mana tu dik?"
"ASK…"
"Ohh, ASK..."
"Dah tukar nama baru kak memang orang tak tahu sangat, hehe…"
"Itulah, sebut ASK baru akak tahu… Duit RM20.00 dik… Macam mana boleh hilang lesen ni?"
"Hilang kat tempat kampus kak…"
"Yeke, dah hilang nak buat macam mana.. Okey, dah siap…"
"Terima kasih kak..."

Aku pun keluar dari JPJ mendapatkan Sis Tih tengah sibuk pot pet di telefon bimbitnya. Sempat aku membelek lesen baruku dan erkkkk… Hancur juga lesenku sebab gambarku yang digunting oleh pegawai wanita itu tak berseri pun… Habis senget sana sini dan aku terasa gambarku digunting oleh budak tadika, haha… Tak mengapalah gambarku senget asalkan aku dah ada lesen. Iyalah, sejak tak ada lesen ni ketagih aku dibuatnya nak pandu kereta proton hitam. So, dah dapat lesen B2 & D ni dapat juga aku lepas ketagih aku bawak kereta. Yahuuuu, tak sabarnya nak belai manja kereta proton hitam kesayanganku…

09 March 2011

PENGALAMAN ‘KITAR SEMULA’

MYKAD


Pukul  2 lebih ( 27/2/2011) Aku bersama Sis Tih pergi ke Kampung Raja, Besut untuk ‘mengupdate’ mykad aku yang baru, huhu… Kami masuk ke bahagian Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Besut.. Mujur juga orang tak ramai, so berpeluanglah aku untuk buat proses mykad secepat mungkin... Tiba giliran aku memberitahu kehilangan my kad aku dan pegawai lelaki yang bekerja ku panggilkan Cik mesra orangnya.. Bagus-bagus sebab walaupun hari sudah petang melayan pelbagai karenah orang namun dia masih bisa tersenyum mesra.. Pegawai itu menghulurkan borang untuk permohonan mykad hilang dan selesai menigisi borang terus sahaja aku memberinya kembali. Sewaktu borang ku ditelitinya sempat lagi dia berbual dengan aku..



Pegawai               :               Buat mykad baru ni kenapa?
Aku                        :               Mykad saya hilang, Cik. (Aku pun menghulurkan report polis kepadanya).
Pegawai               :               Ooh, hilang (Selepas membaca report polis). Nak kena buat mykad baru kena
bayar. Adik masih belajar lagi ke?
Aku                        :               Belajar lagi Pak Cik.
Pegawai               :               Belajar kat mana?
Aku                        :               ASWARA, Kuala Lumpur.
Pegawai               :               Kenapa tak buat di Kuala Lumpur aje?
Aku                        :               Memang nak buat di Kuala Lumpur tapi sebab ada hal lain.. Saya balik kampung
dan uruskan sekali mykad ni.. Berapa ya bayaran nak buat mykad ni, CIk?
Pegawai               :               Alang-alang dah balik kampung buat sekaligus teruskan.. Adik ada bawa tak kad
atau surat tawaran belajar?
Aku                        :               Surat tawaran belajar ada… Kad saya tertinggal dalam kereta, hehe..
Pegawai               :               Tak apa, ada surat tawaran belajar pun dah cukup.. Nak bukti adik masih belajar
lagi.. Bayaran buat mykad RM 60.00 sebab adik masih belajar lagi.. Kalau bekerja
dan tak belajar kena bayar RM110.00.. Sebab adik belajar jadi bayarannya
kurang sikit..
Aku                        :               (TERSENYUM – bayaran murah sikit, hehe) Baguslah kalau ada diskaun ya Cik,
hehe… Kalau mykad hilang kali pertama kena bayar RM110.00kan? Habis tu
kalau hilang kali kedua berapa Cik?
Pegawai               :               Hilang mykad kali pertama kena bayar RM110.00… Hilang mykad kali kedua
bergandalah harganya… Rm210.00
Aku                        :               Banyak jugak ya Cik… Kalau hilang mykad kali kedua tak ada diskaun ke Cik?
Maklumlah student lagi.. (Aku tersengih kambing)
Pegawai               :               Kalau belajar lagi adalah diskaunnya tapi tengok keadaan jugalah,
haha… Ingat lepas ni jaga elok-elok mykad ni.. Kalau hilang kena buat yang baru
lepas tu kena bayar pulak…
Aku                        :               Iyalah, Cik.. Saja tanya hargakan, hehe… Insya Allah… Lagipun mykad ni hilang
memang bukan rezeki sayakan…
Pegawai               :               Itulah, kalau tak nak bayar mahal-mahal simpan mykad elok-elok.. Dah siap dik..
Bayar RM60.00 ya… Lepas ni adik pergi kaunter hujung sekali letak borang ni..
Nanti dia panggil adik untuk ambil gambar..
Aku                        :               Terima kasih banyak-banyak ya Cik…

Aku bangun dari kerusi dan letak borang seperti yang disuruh oleh pegawai itu… Opps, aku terlupa pula nak tengok nama pegawai tu.. Bukan apa, aku selesa dan senang hati berkerjasama dengan pegawai macam dia.. Senyum dan memberi layanan mesra bila bertemu dengan pelanggan, bagus ya Cik.. Hampir pukul 3 juga barulah aku siap membuat proses ‘kitar semula’ mykad… Harap-harap mykad baru aku ni tak hilang macam hari tu lagi… Amin… 

PERUBAHAN AYAH




Sekembalinya aku ke Terengganu membuatkan aku benar-benar teruja untuk bertemu dengan keluarga tersayang. Malam tika aku selamat tiba dirumah aku berbual dengan ayah. Alhamdulillah, syukur sangat kerana ada perubahan kesihatan ayah. Sebelum ini mata ayah tertutup dan sering tidur (bak kata ayah, hehe) sudah mampu mencelik. Tidaklah mata kanannya dicelik dengan luas tetapi separuh sahaja. Syukur, ada rasa kelegaan dan ketenangan dalam diri aku apabila mata ayah sudah ‘bangun dari tidurnya’. Moga perubahan kesihatan ayah ada peningkatan yang baik. Syukur, Allah memberi rezeki kesihatan mata ayah dengan rahmatnya. Mohon kepada Allah agar mata ayah yang tertutup itu kembali pulih seperti dulu. Amin…

TERIMA KASIH EEKA & NISHA :-)

:: Aku & Nisha Amiruddin ::


:: Aku & Eeka Azmi ::



Pagi lagi aku sudah dikejutkan bangun dari tidur oleh Nisha. Aku bangun dari tidur dan mandi. Begitu juga Eeka yang masih mamai bangun jua dari tidur lenanya. Pukul  7.15 pagi aku bersiap dan mengemas apa yang patut. Hari ini (26/02/2011) aku akan kembali bersayap ke Terengganu dengan menaiki bas kesayanganku, SANI EKPRESS. Pukul 7.40 pagi, aku, Nisha dan Eeka keluar dari asrama perempuan ASWARA menuju ke LRT. Dari LRT BANDARAYA menuju ke LRT PWTC, kami sampai jua ke Stesen Hentian Putra. Mujur jua aku tidak membawa barang terlalu banyak kerana  perjalanan pagi kami lebih terisi dengan berjalan kaki. Penat sangat tetapi aku sangat menghargai detik kesusahan sebagai seorang pelajar. Pukul 8.10 pagi, kami pergi ke gerai (medan selera) Hentian Putra untuk bersarapan pagi. Nampaknya orang tidak ramai di gerai dan kami bertiga menjamu sarapan dengan nasi berlauk. Selesai sarapan pagi, kami duduk di kerusi menantikan kehadiran bas merah dua tingkat tiba di Stesen Hentian Putra. Lebih kurang pukul 9.20 pagi, muncul jua bas SANI EKPRESS bernombor 13.

Sebelum aku menaiki bas, aku bersalaman dan memeluk Eeka dan Nisha serta mengucapkan terima kasih. Ya, terima kasih kerana kalian sanggup bangun awal pagi sudi menemani dan menghantar aku ke Stesen Hentian Putra. Terima kasih Eeka dan Nisha, terima kasih. Kesudian kalian membuatkan aku semakin mengerti hubungan persahabatan yang sanggup bersama aku tika susah dan senang. Aku bersyukur kerana Allah menghadiahkan dua insan ini hadir dalam hidup aku dengan nama  SAHABAT. Sayang kalian berdua, terima kasih.

TERIMA KASIH ADIK EG :-)






Hari ini (25/02/2011) aku ditemani oleh adikku tersayang, Eg untuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat kad ATM BSN baru. Penat jugaklah kami mencari BSN dan Alhamdulillah berjaya juga kami mencari BSN dengan cuaca yang memang sangat panas membuatkan kami berpeluh sakan dan penat. Terasa nyaman bila tubuh diselimuti dengan hawa dingin aircond. Namun nyaman itu sementara apabila hajat aku untuk membuat kad ATM BSN baru tidak dapat dilakukan kerana ada dokumen tidak lengkap. Sungguh, kecewa dan sakit hati pun ada namun aku sabarkan jua emosi. Aku menelefon ayahku dan membuat keputusan untuk balik ke Terengganu dengan segera. Atas cadangan dan nasihat Eg lebih baik aku kembali ke Terengganu untuk menyelesaikan urusan peribadiku tentang kehilangan beg duit dan juga Yayasan Terengganu. Aku bersetuju dan meminta ayahku memasukkan duit untuk beli tiket bas balik ke Terengganu. Pukul 2 lebih, aku bersama Eg tiba juga di Stesen Hentian Putra. Aku membeli tiket bas dan akan balik ke Terengganu esok (26/02/2011) dan bertolak pukul 9.30 pagi. Berjaya juga aku membeli tiket bas dengan ditemani Eg dengan lancar. 

Di sini, aku mahu berterima kasih dengan adikku Eg sebab sanggup menemani aku ke hulur sana sini dengan cuaca yang panas dan kepenatan. Terima kasih dik kerana sanggup menemani kakakmu untuk beberapa hari ini sejak aku dalam kesusahan kehilangan beg duit tempoh hari. Terima kasih juga kerana ‘menumpangkan’ kad ATM Maybanknya  untuk aku kerana aku kehilangan kad ATM Maybank tempoh hari. Terima kasih ya dik. Andai hari ini aku dalam kesusahan ada jua huluran tanganmu membantu aku dan andai engkau pula kesusahan aku setia menghulurkan tanganku untukmu. Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila dengan disulami kasih sayang adik dan kakak, Amin….