07 February 2011

TIKETKU DICURI


Aksi aku menembak 'pencuri' tiket bus aku.. Haha!


Kisah 'TIKETKU DICURI' dimulakan dengan suasana di tempat kedai pakaian dengan iringin lagu yang sedang merancakkan perhatian pelanggan memilih pakaian untuk dibeli. Jam sudah pukul 6.32 petang, aku dan akak aku, Sis Long sedang memilih pakaian lagi. Sebelum nak bayar baju yang aku nak beli tergerak hati aku nak check tiket bus yang aku beli kelmarin dulu. Aku bukak beg dan cari tiket bus tapi tiada. Adalah 3 kali jugak aku shake beg aku kot-kot ada terlekat celah-celah kosong ruang beg tapi tak ada.

"Long, kau ada tengok tak aku punya tiket?" soalku. Kak Long yang sedang memilih pakaian memandang ke arahku dengan wajah yang agak pelik - tersenyum dengan wajah kesengalan. 

"Betul ni kau tak ada terjumpa aku punya tiket?" soalku selagi dengan perasaan yang curiga. Makin geram aku tengok dia buat tak tahu lepas tu tersengih-sengih memandang aku. Aku tengok dia lagi tapi dia buat wajah sengal lagi. 

"Bak sini kau punya beg aku nak tengok," kataku laju sambil cuba ambil beg duit dia tapi dia cepat-cepat larikan. 

"Buat apa nak tengok beg duit aku? Mana ada tiket kau dalam beg aku," kata Sis Long. Kemas pulak dia pegang beg duit dia membuatkan dialah suspek utama aku. Haha! Sudahlah malam ni aku bertolak naik bus pukul 9.45 pm so aku terfikir sempat ke tak aku nak mencari tiket bus aku yang hilang. Risau sangat memikirkan tiket bus aku sampaikan aku tukar baju yang sudah aku pilih dengan baju lain. Bijak tak penangan tiket bus aku  kena curi? Huahua! 

Selepas bayar baju yang dipilih kitaorang terus nak balik rumah. Dalam perjalanan nak balik ke rumah dengan kereta yang dipandu oleh aku tiba-tiba Sis Long mengeluarkan tiket bus dari beg duitnya. Tiket bus berwarna putih dengan tulisan merah dengan hiasan gambar bus yang kecik membuatkan aku menjerit geram dengan Sis Long. Sah, Sis Long yang 'mencuri' tiket bus aku. Gampang punya kakak then apa lagi aku terus la bagi habuan kaw2 punya untuk dia sehingga aku puas hati. Hahaha!


Post a Comment