20 February 2011

SYUKUR ADA REZEKI DARINYA


Hari sudah pagi dan terpapar mesej di skrin telefon bimbitku. Aku buka. Mesej itu dari my Sis Tih mengkhabarkan berita gembira untuk aku... Syukur, benar-benar syukur kerana aku tak sangka permohonan aku untuk mendapat 'sesuatu' dari Yayasan Terengganu diterima dan diluluskan. Aku tersenyum kesyukuran. Hajatnya hari ini -KHAMIS- aku mahu membeli tiket untuk balik ke kampung untuk menguruskan hal 'sesuatu' dari Yayasan Terengganu dan balik hari esoknya -JUMAAT- tapi cancel. My mom call beritahu tak perlu balik kampung kerana dia akan pos surat 'sesuatu' ke ASWARA, KL... Sekarang aku akan menunggu surat 'sesuatu' di KL dan serta-merta aku akan pantas menguruskan surat itu dengan jayanya... Rezeki jangan ditolak kerana aku  benar-benar bersyukur ada rezeki ALLAH S.W.T menghadiahkan untuk aku... Mudah-mudahan urusan surat 'sesuatu' dengan Yayasan Terengganu berjalan lancar dengan keberkatan ALLAH S.W.T... Amin...
Post a Comment