21 February 2011

SAKIT GIGI LAGI!

:: Sakit Gigi Lagi! ::

:: Reaksi Muka Aku Tengok Benda Tajam,huahaua ::


Sudah beberapa hari aku menahan sakit gigi... Sakit sangat-sangat! Sakit gigi bertambah sakit bila gusi aku dah bengkak dengan comel sekali, huhu... Nak makan pun susah kena control tapi kalau dah lapar sangat aku makan juga.. Tak kira sakit ke tak janji perut duduk diam-diam tak bunyi dengan 'LAPAR' tapi bila lepas makan mula berdenyut-denyut sakit... Apa, ingat ni music hip hop nak berdenyut-denyut? Adoyaiii, sakitlah! Lepas makan aje terus aku gosok gigi... Boleh dikira aku gosok gigi 3 @ 4 kali dalam sehari... Mesti syarikat ubat gigi kaya kalau dapat pelanggan macam aku gosok gigi banyak kali dalam sehari... Huhu :-(

Gara-gara sakit gigi aku dah baik hati sangat dengan ubat... Adehhh, sejak bila la tekak aku ni boleh terima ubat? Dulu bukan main susah aku nak makan apa-apa ubat tapi sakit gigi punya pasal aku jalan juga dengan ubat... Nak buat macam mana sakit sangat sampai ubat pun aku boleh melantak dengan jayanya,huhu... Tahniah yer Miylo Meow! :-p

Sebenarnya aku nak pergi klinik gigi tapi dup dap dup dap berdebar nak jumpa doktor gigi...Sakit gigi tahap antarabangsa buat aku nak cabut gigi ni biar kasi tak ada sakit-sakit lagi tapi aku takut... Takut pulak nak tengok jarum tajam cucuk dalam mulut aku... Aduiii, sebenarnya aku memang penakut dengan jarum nak-nak lagi kalau kena pergi klinik gigi... Macam mana ni? Nantilah, aku akan pergi jugak ke klinik gigi tapi tak tahu bila... Kuatkan semangat Miylo Meow... Pasti berjaya, muahuahaua! :-)
Post a Comment