04 February 2011

PERJALANAN BALIK KAMPUNG



Pukul 4.15 petang dengan tarikh 28/01/2011 aku bersama Joe pergi ke KTM BANK NEGARA kemudian menapak sehingga ke KL SENTRAL. Sementara menunggu my sister, Sis Long  kami singgah mengisi perut dengan donut di DUNKIN" DONUTS. Perghh, memang layanlah cuz sebenarnya aku lapar. Hehe. Pukul 5.00 pm lebih baru Sis Long datang ke KL SENTRAL. Terpisahlah pertemuan aku dengan Joe di situ. Sebelum itu, aku memeluk Joe dengan ucapan thanx sangat2 sebab sudi menemani aku ke KL SENTRAL :-)

Seterusnya, kami ke destinasi di TAMAN MELATI pada pukul 6.00 pm. Kami naik teksi pula menuju ke PLAZA IDAMAN dan singgah di McDONALD untuk makan. Yummmy! Nikmatnya pabila dapat mengigit burger McChicken bersama black pepper yang banyak kutaburkan.. Ya, aku gilakan black pepper! Hehe. So, sekali lagi kami menaiki teksi pergi ke STESEN GREENWOOD kerana disitu destinasi yang membawa kami kembali ke TERENGGANU, yahooo! :-). Pukul 8.30 pm barulah kami kami menaiki bus dan bertolak pada pukul 8.45 pm dimulakan dengan doa memohon perlindungan dariNYA. 

Perjalanan kami berhenti di MERAPOH, PAHANG untuk makan dan sebagainya. Kami memilih untuk makan Laksam sahaja untuk sekadar mengisi perut secara sederhana. Sudah pukul 4.00 am lebih, aku menerima mesej dari Asean. Mesejnya bertaip begini :

"Umi, da sampai mn dah? np xmsg2. risau.. aku xtido2 lg ni.."

Haha, thanx sangat2 Asean kerana take care tentang aku walaupun aku sudah meninggalkan kota KUALA LUMPUR. Lantas ku balas mesejnya katakan aku masih dalam perjalanan. Jika aku sudah tiba di TERENGGANU akan kukirimkan mesej kepadanya sekali lagi. Pukul 5.20 am, kami berhenti di stesen MACHANG, KELANTAN  dan menunggu mak dan ayah menjemput kami balik ke rumah. I miss my home sweet home! Alhamdulilah, syukur kepadaNYA kerana memberi perlindungan untuk kami selamat tiba di rumah dengan keadaan yang benar-benar 'sihat'. Alhamdulilah :-)
Post a Comment