15 February 2011

MANUSIA TERHEBAT MENJADIKAN AKU MANUSIA BERGUNA

Kali ini aku mahu bercerita tentang idola aku yang menjadikan aku menjadi seorang manusia berguna... Rindu pula bila terkenangkan guru dan pensyarah aku yang banyak memberi ilmu kepada aku... Walau apa-apa pun sorry lah tak ada gambar sebab tak semua gambar mereka aku ada... Just nak bercerita tentang mereka MANUSIA TERHEBAT dalam hidup aku :-)


TEACHER WAN RUHANI



  • Ini dia cikgu Bahasa Inggeris sewaktu aku darjah enam.. Kalau korang nak tahu aku memang tak suka dan lemah dalam Bahasa Inggeris...  Sewaktu aku darjah enam aku dipindahkan ke sekolah baru sebab my family pindah tempat tinggal yang baru. Dari Sekolah Kebangsaan Kerandang -> Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak aku dihadiahkan seorang insan yang bernama TEACHER WAN RUHANI..
  • Aku sangat bersyukur apabila dipertemukan dengan beliau sebab beliau telah banyak membantu aku dalam subjek Bahasa Inggeris... Bayangkan aku paling tak suka subjek Bahasa Inggeris boleh tergila-gilakan subjek ini sampaikan apa-apa tugasan lain pasti aku siapkan tugasan Bahasa Inggeris dulu...
  • Antara subjek lain subjek Bahasa Inggeris paling aku beri perhatian... TEACHER WAN RUHANI baik, tidak sombong, tak suka marah-marah dan tak kekwat :-)
  • Terima kasih Teacher sebab menjadikan aku manusia berguna untuk membuka minda dan teruja belajar Bahasa Inggeris :-)

CIKGU WAN ADDENAN

  • Aku kenal CIKGU WAN ADDENAN masa form six di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nering... Sebelum aku masuk sekolah ni, My Sis Tih sudah belajar di sekolah ni. So, CIKGU WAN ADDENAN tentu mengajar kakak aku. Dari cerita kakak aku tentang CIKGU WAN ADDENAN, beliau seorang yang tegas, kurus, garang ( maklumlah guru disiplin ) dan kadang-kadang suka berlawak.
  • Aku sekali lagi dihadiahkan dengan manusia terhebat iaitu CIKGU WAN ADDENAN ditakdirkan menjadi guru KESUSATERAAN MELAYU TRADISIONAL aku... Aku mula-mula takut juga bila jumpa beliau ni tapi lama-kelamaan teruja pulak... Oopps bukan gatal yerk... Dia sudah ku anggap ayah aku sendiri.
  • Sebenarnya, gara-gara beliau aku menjadi tergilakan subjek KESUSATERAAN MELAYU sehingga sekarang... Best dapat belajar dengan beliau walaupun dia garang tapi pernah marah-marah dengan aku... CIKGU WAN ADDENAN bagus, tak pilih kasih seperti segenlitir guru... Ooops ,kantoi tapi inilah hakikatnya kena terima okey? Terima kasihCIKGU WAN ADDENAN kerana memberi aku ilmu yang cukup terbaik dan hebat sehingga pintu hati aku terbuka ingin masuk ke ASWARA :-)



CIKGU NOR AKLIMA

  • Aku bertemu manusia terhebat ini, CIKGU NOR AKLIMA di Pusat Pendidikan Yayasan Terengganu... Meh aku gambarkan perwatakan beliau yer, hehe.. CIKGU NOR AKLIMA akan pakai jubah pelbagai colour dan yang penting warna tudung mesti sama naik dengan colour jubah beliau... Sweet :-)... Jarang sangat-sangat tau beliau pakai baju kurung tapi pakai jubah pun cantik jugak Cikgu.
  • Beliau seorang yang tegas, berdisiplin, baik hati dan tengok mood juga kalau nak bergurau-senda sebab CIKGU NOR AKLIMA sangat fokus di dalam kelas...  Yes, I like her style :-)
  • CIKGU NOR AKLIMA suka melukis untuk nota subjek KESUSASTERAAN MELAYU... Comel aje bila dia melukis dan aku pun sama naik la nak melukis juga... Paling penting, sampai sekarang aku akan pegang kata-kata semangat yang dia berikan untuk aku... Terima kasih Cikgu :-)


CIK RIDZUAN HARUN

  • Ini lecture pertama yang aku hormati... Aku panggil CIK RIDZUAN HARUN dengan CIK WAN  jer... CIK WAN mengajar subjek PRINSIP TEORI PENULISAN semester 1 di ASWARA... CIK WAN  ni glamour and fav student di ASWARA... Hanya orang tertentu sahaja yang tahu kenapa mereka suka dan selesa dengan CIK WAN ...
  • CIK WAN  ni seorang yang biasa-biasa, nak kata garang tak ada tapi adalah ketegasannya... Paling aku tak boleh nak blah aku selalu kantoi mengantuk dalam kelas beliau sehingga ada suatu hari dia perli aku dengan nada " Lepas baca cerpen ni boleh la sambung tidur di asrama yer?"... Hahahah :-p
  • Ooops, lupa pulakCIK WAN  ni my mentor di ASWARA... So aku agak selesa bermentorkan beliau sebab beliau seorang yang senang dalam apa jua perkara tapi kena tengok keadaan jugak la...
  • Thanx to CIK WAN  sebab mencurahkan ilmu untuk manusia yang lemah seperti aku ni... Huhu...




DOKTOR FAISAL TEHRANI

  • Ini lecture kedua yang aku hormati... Aku biasakan gelaran untuk beliau dengan DOKTOR aje okey? Beliau mengajar subjek PENGENALAN DRAMA BARAT di ASWARA... Susah wehh subjek ni sebab melibatkan manusia barat, huahuahua...
  • DOKTOR ni seorang yang berdisiplin, tegas, suka berjenaka dan sweet bila dia tersenyum... Aku paling suka belajar dalam kelas beliau sebab cara pengajaran beliau sangat padat, kemas dan tersusun... DOKTOR kalau dah mengajar memang tak suka student dia bising-bising apatah lagi bersuara kecuali ada yang ingin bertanya... Aku sangat fokus belajar dalam kelas beliau... DOKTOR seorang yang hebat bersama ilmu yang beliau miliki... Aku bersyukur dipergurukan dengan orang yang berilmu tinggi dengan DOKTOR...
  • Sekarang aku di semester 2, rindu pulak mahu berilmu lagi dengan beliau... Walaupun DOKTORseorang yang tegas tapi aku senang untuk berguru dengan beliau... Thanx DOKTOR :-)

Post a Comment