04 February 2011

KEMBALI DI KUALA LUMPUR

Ish, berat hati nak tinggalkan tanah BESUT, TERENGGANU. Kalau ikutkan hati mahu saja aku duduk diam-diam di rumah. Tak mahu pergi ke KUALA LUMPUR. Aku tidak puas lagi menapak di kampung. Aku mahu  bersama keluarga tercinta tapi pada masa yang sama aku rindu. Rindu tetap rindu apabila berjauhan dengan mereka yang aku terlalu sayangi. Di kampung, aku rindu dengan teman-teman ASWARA terutamanya FAMILY WANNAABEEYU dan juga adikku, EG & AKHMAL. Tiba di KUALA LUMPUR, pasti aku merindui keluargaku sehingga adakalanya aku terasa kesunyian tanpa mereka. Aku pasti resah dan gelisah jika tidak menatap wajah mereka walaupun adakalanya aku selalu suka 'gaduh-gaduh' manja dengan mereka. Tidak mengapa komunikasi kami tetap berhubung dengan adanya TELEFON BIMBIT dan INTERNET :-)

Semoga perjalananku kembali bersayap kukuh di kota KUALA LUMPUR diberkati dan dilindungi olehNYA.. AMIN...
Post a Comment