04 February 2011

HATIKU TERLUKA!



Hatiku terluka pabila ada bicara berwarkah mengguris perasaanku ketika ini. Kejadian ini berlaku apabila bermula paparan drama kehidupan kunyatakan kepada Insan 1 tentang yuran semester duaku ini. Kali ini yuran semester perlu diisi dengan huluran RM 600. Raut wajah Insan 1 dihadapanku diam.

"Mahalnya yuran kena bayar!" aku jadi sepertinya, diam. Tidak tahu bagaimana  untuk bersuara kerana aku memahami pemikiran Insan 1 ketika ini. Datang Insan 2 menyampuk perbualan kami dan bertanya apa yang sedang kami bicarakan. Insan 1memberitahu yuran semester 2 kepada Insan 2.

"Kenapa kita tidak selidik elok-elok sebelum nak sambung belajar di situ? Menyesal pula kerana tidak hantar ke ILP sahaja. Di situ lebih murah,Insan 1 bersuara dengan nada kekesalan. Benar aku terasa dengan kata-katanya. Itu tempat yang kusanjungi untuk kutuntut ilmu dengan lebih tinggi. Mengapa harus dipersoalkan? 

"Belajar tapi tidak membantu tiada guna juga!" aduh, aku terasa lagi. Sebak. Sedih. Kecewa. Terkilan. Kini semuanya menjadi satu emosi menguasai fikiran dan hatiku. Sekarang, aku benar-benar direndah-rendahkan oleh pemandangan Insan 1terhadap kehidupanku. Duhai Insan 1, inikah janjimu dahulu dengan bait-bait indah yang kamu katakan akan sentiasa menyokong aku  tika aku berjaya menyambung pelajaran pada tahap lebih tinggi? Masih kuingat lafazmu yang berjanji denganku ketika aku berusia 17 tahun. Sekarang, aku berusia 22 tahun kembali datang menuntut janjimu tetapi kamu lupa wahai sayangku :-( . Janji itu tidak semanis madu yang jernih kerana kejernihan itu sudah menjadi titisan air mata berkelopak dimataku. Ya, hatiku terluka!

Kenapa perlu dipersoalkan disaat aku mahu merasainya sekarang? Inikah janji manusia untuk memberi peluang sebenar-benarnya? Jawablah Insan 1. Ini semua gara-gara manusia yang tidak berguna itu! Aku menjadi marah mengingatkan manusia tidak berguna itu! Alangkah syukurnya jika manusia tidak berguna itu bijak menafsir dan menilai sebuah erti kehidupan yang sebenarnya. Sayang, manusia tidak berguna itu gagal sehingga tempias badinya makin hampir melekat dengan kehidupanku pula.


Sewaktu manusia tidak berguna itu belajar dan belajar sehingga peringkat tinggi dengan menambahkan lagi 1 'ekor'nya menjadi 2 'ekor' jelas dia sudah berilmu tinggi. Aku tidak sepertinya kerana itulah aku juga mahu memiliki 'ekor' sepertinya. Aku akui aku kekurangan ilmu menyedarkan aku memiliki ilmu sangat penting dan aku juga nekad untuk belajar tinggi sepertinya. Insan 1, ketika manusia tidak berguna itu belajar tiada kudengar  rungutan dari bibirmu walaupun bayaran pengajiannya lebih jauh beza dengan pembayaran pengajianku. Pengajiannya lebih mahal menyebabkan beribu-ribu duitmu sudah ditaburkan. Tika aku baru melangkah menapak ke gedung ilmu yang kusanjungi sudah ada rungutan darimu walaupun ribu sahaja kau taburkan untukku. Salahkah aku untuk merasai kenikmatan menuntut ilmu seperti manusia tidak berguna itu? Katakanlah kepadaku kerana kelopak mataku kian jernih menanti dipecahkan bila-bila masa sahaja. Biarkan aku di tempat kebingungan keseorangan. Aku mahu sendirian.


Hatiku terluka lagi. Tidak mengapa akan kupujuk hatiku kembali sembuh. Tidak sanggup aku berlama terluka keranamu. Aku masih menyayangimu seperti dulu duhai Insan 1. Terima kasih :-)

Post a Comment