22 February 2011

HARI MENCABAR BUAT GADIS

Pukul 9.05 pagi aku beberapa orang teman sudah berada di dalam bilik Wayang Kulit untuk menghadiri kelas tutorial. Pukul 9.15 pagi, masih orang yang sama dan tiada kemunculan orang lain dalam bilik Wayang Kulit. Aku dan teman yang lain buat keputusan kelas tutorial Wayang Kulit dibatalkan jam pukul 9 lebih. Aku dengan Jowani keluar dari bilik Wayang Kulit terus pergi ke library ASWARA. Aku keluarkan kad matrik pelajar, telefon bimbit dan beg duit kemudian beg coklat aku ditidurkan di rak beg kat depan Mak Guard. Aku print kertas kerja aku untuk dihantar hari ini kemudian muncul adikku, Eg dengan membawa bakul hijau (macam nak pergi pasar :-p). Selesai bayar harga print aku letak beg duit dan telefon dalam bakul hijau Eg.. Opps, lupa pulak hari ini aku pakai baju kurung hitam+putih = sebab tu aku terpaksa tumpang dalam bakul Eg. Lepas tu, aku, Eg dan Jowani buat keputusan nak pergi cafe.

Di tempat Mak Guard, aku ambil beg duit dan telefon bimbit dari bakul Eg. Aku ambil beg coklat aku letak di atas meja Mak Guard sebab nak masukkan beg duit, telefon bimbit dan juga kertas kerja. Mak Guard tu tengok aje tapi cara dia tengok tu lama jer. Aku tak kisah pun sebab tugas Mak Guard pantau student sebelum keluar dari library dan memang kerja diaorang. So, kami bertiga ni pergi ke Cafe dan join dengan Yien, Anith, Edd Luigi dan juga Uda. Aku nak makan roti canai lepas tu aku cari aku punya beg duit tu dalam beg coklat tapi tak ada. Sekali lagi aku cari tapi memang tak ada. Aku dah mula rasa tak sedap hati dan jangka ada benda yang tak kena hari ini. Aku ajak Eg pergi library sekali lagi tapi sayang library tutup sebab ada mesyuarat. Aku dan Eg nampak Mak Guard yang jaga library duduk di depan bilik Wayang Kulit. Aku tanya Mak Guard pasal beg duit aku tapi dia kata tak ada jumpa pun. Aku tanya sekali lagi untuk minta kepastian dan Mak Guard tu kata memang tak jumpa apa-apa. Heran beb! Aku bengang Mak Guard ni sebab boleh dia membebel kat aku. Agaknya Mak Guard tak bukak fikiran kot sebab bodohlah kalau aku nak tinggalkan barang berharga aku di rak beg. Mesti sebelum keluar dari library aku angkut semua harta aku, takkan nak buat pameran di library pulak (*-*). Nak tak nak aku terpaksa pergi cafe semula sebab meeting di library lama lagi. 

Pukul 10 lebih aku balik asrama dan selongkar beg coklat aku. Memang beg duit aku tak ada. Pukul 11 aku pergi library jumpa Eg yang tengah online. Sekali lagi aku dengan Eg tanya Mak Guard, Hanafi, Pekerja di situ, Kak Zura dan Abang (aku tak tahu nama apa) memang diaorang kata tak jumpa. Hakikatnya, benar dugaan yang Allah berikan untuk aku hari ini ialah kehilangan beg duit. Aku duduk kat meja dengan Eg di library dan masa tu Eg mangsa kena dengar aku merengek sedih hilang beg duit tu. Aku merengek pot pet pun sekejap juga sebab aku tahu tak guna juga aku merengek lama-lama kat Eg dan memang benda dah berlaku. Aku kena redha. Takkan aku nak menangis dan meraung macam orang gila di library.. Opps, itu bukan aku kalau nak buat macam tu dan aku kena bersabar menghadapi ujian ni. 

Pukul 8.00 malam, aku, Abang Yus, Eg dan Eeka pergi ke balai polis Tun H.S.Lee dan kami bernasib baik sebab ada seorang sahaja yang buat aduan kat situ. Bermakna aku orang kedua menjadi pengadu buat aduan kehilangan barang... Sedih ingatkan barang-barang aku tambah-tambah lagi ada broaband kawan aku dalam beg tu :-( . Pukul 8.50 malam baru selesai buat laporan polis dan kami singgah makan di Medan Selera Tebing. Terima kasih buat teman-teman yang berada disisi aku ketika aku dalam kesusahan dan mengambil berat tentang diri aku. Terima kasih sangat-sangat. Mudah-mudahan Allah membalas budi dan kebaikan kalian semua. Andai hari ini aku yang jatuh tersungkur kalian yang membangunkan aku. Andai hari esok lusa kalian pula jatuh tersungkur aku pula akan membangunkan kalian. Kita sama-sama jatuh dan bangun dengan kekuatan dan kejujuran dalam persahabatan :-)

Coret-coret dugaan hidup aku hari ini :-
  • Aku sakit perut (senggugut) tiba-tiba berkurangan dan langsung tak fikir tentang sakit aku ni sebab fikiran aku fokus dengan beg duit je.
  • Di Cafe ( petang), Rozie suruh aku makan tapi aku tak nak. Puas Rozie suruh aku makan tapi aku tak nak makan juga sebab selera makan aku benar-benar hilang. Kosong. Sama seperti fikiran kosong dan juga selera makan aku juga kosong. 
  • Aku baru perasaan hampir satu hari aku hanya sentuh Air Milo panas dan Roti Pau Kaya (itupun sebab Eg baik hati belanja aku makan, thanks :-)). Selepas balik dari kelas pukul 7.10 pm, aku terus cari Mamee isi perut. Sedihnya, sebab aku dah jadi miskin! Huhu...
  • Sakit gigi aku masih lagi ada dan aku tak fikir tentang sakit gigi aku. Lantak gigi aku buat hal pun janji aku nak dapatkan beg duit tu tapi tak ada rezeki juga.. Huhu. 
  • Hebatkan impak beg duit hilang? Huhu... Sedih tetap sedih tapi tak bermakna kesedihan itu aku kena kongsi semua orang di sekeliling. Cukuplah, hanya aku bersedih  dengan kehilangan beg duit tu. Aku tak mampu nak menunjukkan kesedihan aku dengan teman-teman aku sebab cukup memadai mereka ada disisi aku disaat aku dalam kesusahan seperti ini. Terima kasih, teman :-)


Post a Comment