04 February 2011

TELEFON BIMBIT & BUNUH DIRI

Aku sudah bosan, muak, menyampah dan cuak melihat situasi yang sama. Situasi apa pula kali kumaksudkan? Inilah yang kumahu katakan - SITUASI CUBAAN MEMBUNUH DIRI GARA-GARA TELEFON BIMBIT. Kadang-kadang mahu aku 'membaling' telefon manusia di luar kenderaan mereka. Kenapa? Aku benar-benar pantang melihat segelintir manusia cuba mencari pasal untuk membunuh diri sendiri. Aku BENCI kepada mereka yang menggunakan telefon bimbit ketika memandu kenderaan di jalan raya!

Tidak bolehkan mereka berhenti di mana-mana tempat yang sesuai jika mahu menggunakan telefon bimbit? Tidak usahlah mengada-ngada menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu kenderaan. Aku tidak suka dengan perbuatan negatif ini. 

Hentikanlah perbuatan anda yang sengaja mencari maut hanya kerana gara-gara telefon bimbit. Tidak ada gunanya anda beria-ia menjaga kesihatan tetapi pada masa sama anda gagal menjaga nyawa anda sendiri. Mohon, jauhkanlah SITUASI CUBAAN MEMBUNUH DIRI GARA-GARA TELEFON BIMBIT sewaktu memandu kenderaan. Anda mampu mengubah segala-galanya! 
Post a Comment