20 February 2011

AYAH DAN WAD HOSPITAL


Pukul 7.10 malam ada deringan nada lagu “I’LL BE BACK -2PM” daripada my dad, Cik Adam Hensem... Hehe... Ayah memberitahu sekarang dia berada di dalam wad dan aku terkejut. Makin terukkah sakit lelakiku tersayang ini? Aku menjadi kerisauan dan suaraku menahan sebak mengenangkan ayah di kampung. Ayah beritahu satu hari ini ( RABU) dari awal pagi selepas Subuh dia berada di Hospital Kota Bharu sehinggalah pukul 4 petang, dia ditahan masuk ke wad. 

Aku tanya ayah kenapa dia ditahan? Mulanya ayah menjawab dengan sempoi sekali bunyinya begini "Saja-saja jalan kat sini. Tengok doktor buat kerja," haha, aku tergelak. Ishh, Cik Adam Hensem ni sempat lagi berlawak dengan aku yer tapi aku tahu... Aku tahu dan aku tahu sangat... Aku tahu ayah sengaja berlawak dengan aku sebab tak nak aku risau tentang dia... Aku sedih :-(

Kata Ayah lagi, doktor nak scan kepala dia sekali lagi sebab nak tengok punca mata Ayah sakit dan selalu tidur setiap masa (bak kata Ayah, huhu)... Lega aku mendengarnya walaupun aku tahu Ayah cuba menyembunyikan sakitnya daripada aku tapi Ayah tak boleh 'tipu' aku tentang dia sakit. Aku tahu Ayah sakit sebab itu aku kerisauan selalu apabila memikirkan tentang dia walaupun emak dan adik-beradikku yang lain ada disisinya. Ayah mungkin 'menginap' rumah keduanya beberapa hari dan satu harapan aku untuk Ayah :-

:: Hope Ayah cepat sembuh - Bertahanlah lelakiku tersayang kerana anakmu sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu - Sayang Ayah ♥ ::

Okey, sebelum aku nak menamatkan taipan berblog aku letakkan beberapa kiriman gambar (MMS) daripada Ayah dan harap sudi menjenguk gambar ini :-)


:: MMS 1 - Masuk Wad ::

:: MMS 2 - Dapat Aksesori Baru ::

:: MMS 3 - Sempat Lagi Posing Walaupun Sakit, Huhu ::

::MMS 4 - Cik Adam Hensem & Adik Maa ::

Post a Comment